LYNAS MENENTANG HIPOKRASI DAN KEBODOHAN PH

Sejak 2012 lagi, pemimpin PH seperti ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, malahan boleh dikatakan semua pemimpin badot PH, melaung-laungkan bahayanya Lynas kepada rakyat Kuantan dan amnya kepada seluruh rakyat Malaysia, sehingga mereka mahu Singapura turut serta.

A A A A A A A A A A A A A A A A A PLYNAS 7

Sekarang sudah masuk 2019, berapa ramaikah rakyat Kuantan yang sudah mati akibat toksik, kesan radioaktif dan radiasi Lynas?

Malahan kini sikap hipokrasi kerajaan PH tertonjol apabila Perdana Menteri membenarkan Lynas meneruskan operasinya. Sebagaimana biasa pelbagai alasan diberikan untuk menyokong operasi Lynas setelah mereka berkuasa.

A A A A A A A A A A A A A A A A A PLYNAS 3

Titik tolak kebodohan pemimpin PH, terutamanya YB Fuziah ialah kerana kewujudan thorium yang terdapat dalam bahan mentah yang akan diproses oleh Lynas.

Pakar Fisik Nuklear, Dr Abdul Rahman Omar, lulusan PhD Fizik Nuklear daripada Kansas State University, Amerika Syarikat telah menjelaskan bahawa thorium tidak membawa bahaya kepada manusia sebagaimana yang dilaungkan oleh pemimpin PH dahulu (ketika itu PR).

Sila rujuk Dr Abdul Rahman, yang telah menjelaskan dengan panjang lebar, malah mencabar pemimpin PH bahawa “saya tidak akan berdiam diri sekiranya rakyat Malaysia diperbodoh-bodohkan”.

Dr Rahman telah menjelaskan tentang kewujudan thorium yang secara semula jadi mempunyai satu isotop (Thorium 232) dan ia mempunyai hayat selama berbilion tahun. Ia mereput dan menghasilkan zarah alfa.

Separuh hayat thorium adalah selama 14 bilion tahun yang bererti separuh daripada thorium yang ada akan mereput dalam masa 14 bilion tahun. Separuh lagi masih utuh.

Kalau Lynas dikatakan akan memproses 22,000 tan galian dan kandungan thorium adalah 10 peratus, mengikut anggaran Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) bermakna akan wujud 2,200 tan thorium.

Daripada 22,000 tan yang diproses, purata yang mereput adalah kurang daripada 0.3 mg sehari. Angka 0.3 mg adalah tiga gram dibahagi dengan 10,000. Adakah amaun ini boleh membunuh atau memusnahkan alam sekitar?

Zarah alfa yang dipancarkan boleh merentasi udara sejauh 2.5 sentimeter atau satu inci. Ini bererti udara setebal satu inci sudah cukup untuk menjadi perisai bagi melindungi rakyat dari thorium yang mereput. Thorium yang tidak mereput adalah tidak berbahaya.

Dalam air, sinaran alfa merentasi kurang daripada satu mikron. Angka ini merujuk kepada satu milimeter dibahagi dengan 1,000 dan ia terlalu nipis. Zarah alfa dari reputan thorium tidak akan dapat menembusi kulit kita (andaian bahawa kandungan badan manusia adalah 90 peratus air). Kalau sinaran itu tidak sampai kepada kita dan jikalau sampai pun, ia tidak dapat menembusi kulit kita, jadi apa masalahnya?

Dr Rahman juga mencabar mereka yang menulis tentang keburukan thorium, supaya menulis dengan berlatarbelakangkan fakta. Cerita mesti konsisten dengan fakta sains.

Lagi sekali Dr Rahman mencabar pemimpin bengap dari kalangan kabinet PH supaya jangan memperbodohkan rakyat.

Kami masih ingat, apabila seorang pemberita TV3 menyindir pemimpin bengap yang menentang Lynas dengan hujah bahawa kesan ‘radiasi isteri dalam pelukan suami lebih tinggi berbanding dengan kesan radiasi thorium’.

Sungguh melucukan apabila aktivis ‘Himpunan Hijau’ tajaan Pakatan Rakyat (ketika itu dan kini PH) yang telah diadakan pada Ahad, 26 Februari 2012 telah berkunjung menemui Pesuruhjaya Tinggi Singapura.

Mereka menyerahkan memorandom meminta kerajaan Singapura menyatakan kebimbangan terhadap Lynas. Himpunan Hijau juga menyatakan kebimbangan makanan laut dari Kuantan yang dihantar ke Singapura akan mengandungi unsur radioaktif.

Ironinya, Perdana Menteri Singapura pernah berhasrat membina janakuasa nuklear berasaskan bahan api thorium iaitu ‘Liquid Fluoride Thorium Reactor (LFTR)’ dengan alasan ia tidak berbahaya dan efisien. Cadangan itu dimasukkan dalam pelan induk pembangunan tenaga republik itu. Sila layari artikel “Thorium for Singapore” di www.thoriumsingapore.com.

A A A A A A A A A A A A A A A A A PLYNAS 4

Jika dirujuk kepada gerakan ‘Save Malaysia, Stop Lynas’ (SMSL), maka pembinaan janakuasa nuklear Singapura adalah beratus kali ganda berbahaya daripada Lynas.

Anehnya SMSL mendesak agar zon operasi Lynas hendaklah berkedudukan dalam jarak 30 km daripada penempatan penduduk.

Dengan itu janakuasa nuklear Singapura juga hendaklah berada dalam jarak 30 km dari Malaysia atau 30km daripada kawasan penduduk Singapura yang amat sempit itu.

Maka amatlah sukar bagi Singapura mencari mana-mana lokasi di republik itu yang jauhnya melebihi 30 km dari Malaysia atau 30km daripada penempatan penduduknya.

Dengan itu SMSL dicabar agar mereka mengadakan demonstrasi di sepanjang Selat Tebrau, Johor bagi menyatakan pendirian membantah janakuasa nuklear tersebut.

Jadi, apakah pendirian Himpunan Hijau sekarang? Masihkah hendak menyembah pemimpin Singapura untuk menyelesaikan masalah thorium di Gebeng?

Loji Lynas adalah kilang kimia dan ia sangat kecil jika dibandingkan dengan janakuasa nuklear yang akan dibina oleh Singapura. Thorium dari Australia yang digunakan Lynas adalah  0.19 peratus tulen sedangkan loji nuklear Singapura, akan menggunakan 100 peratus thorium tulen. Adakah Himpunan Hijau atau SMSL akan diam seribu bahasa?

Perbuatan mengadu kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura adalah paling bodoh dan memaparkan sikap badot kepimpinan PH pada masa itu.

Bertambah aneh lagi apabila Dr Rahman juga menarik perhatian kepada mereka yang menggunakan lampu minyak gas. Mentol yang digunakan dalam lampu minyak gas adalah berasaskan thorium.

A A A A A A A A A A A A A A A A A PLYNAS 8

Adakah Fuziah, aktivis SMSL dan konco-konco yang diperbodohkan telah mengetahui fakta mentol thorium ini?

Lampu minyak gas inilah yang menerangi kota, desa dan pelbagai jenis kediaman lebih daripada satu abad. Thorium yang digunakan dalam mentol ini adalah 99 peratus tulen dan thorium di Gebeng nanti tak sampai satu peratus.

Berapa ratus ribu rakyat yang telah mati akibat daripada penggunaan lampu minyak gas yang berasaskan thorium itu?

Adakah kita akan menerima mitos bahawa harga tanah di Kuantan akan jatuh merudum hingga tiada nilainya sedangkan harga hartanah di Singapura adalah beratus atau beribu ganda lebih tinggi berbanding nilai hartanah di Kuantan dik kerana Lynas dan thorium?

Loji nuklear akan dibina di tengah bandar raya Singapura, sedangkan Lynas jauh di pinggir Gebeng.

Nampaklah bahawa persepsi rakyat Singapura dan kerajaan republik itu tidak sebodoh konco-konco PH.

Oleh itu, benarkah kita ini lebih maju dalam pengetahuan sains,  pembangunan dan kepekaan terhadap keselamatan berbanding Singapura?

Kini kepimpinan Tun Mahathir sendiri telah membuat keputusan bahawa Lynas akan diteruskan (mungkin Mahathir sudah terbuka mindanya setelah mendapat penjelasan daripada Dr Abdul Rahman Omar).

Namun lakonan pemimpin bengap seperti Fuziah Salleh masih berlangsung. Mungkin dia sudah malu dengan hakikat kebenaran yang ditojah oleh fakta sains dan teknologi.

A A A A A A A A A A A A A A A A A PLYNAS 5

Fuziah masih terhegeh-hegeh menegakkan benang basah dengan mengatakan bahawa dalam jangka masa panjang Lynas tetap membawa kesan buruk kepada rakyat Malaysia.

Kerana kemaluannya yang bangat, dia tidak mahu mengaku kesilapannya dan dia masih menunggu kematian rakyat Kuantan yang disahkan akibat Lynas. Mungkin juga nanti Fuziah yang akan mati dahulu.

Sedangkan Fuziah lupa bahawa kemelesetan ekonomi serta kos sara hidup yang meningkat mendadak hari ini lebih banyak membunuh rakyat daripada kesan toksik Lynas.

Atau cukuplah jika dikatakan bahawa kesan karbon monosida daripada kereta Fuziah lebih berbahaya daripada thorium kerana dalam masa yang singkat sahaja sudah boleh membunuh. Kalau dia tidak percaya, kami boleh ekperimenkan dengan Fuziah sebagai subjek ujikaji.

Anehnya juga, isu Lynas kalut dihebohkan, tetapi kenapa kes pencemaran Sungai Kim Kim yang membawa kepada pencemaran udara yang amat jelas berbahaya sehingga menyebabkan lebih dua ribu mangsa tidak begitu diendahkan?

A A A A A A A A A A A A A A A A A PLYNAS 6

Kenapa tidak digerakkan dengan penubuhan ‘Save Malaysia, Stop Kim Kim Polution’?

Segala tingkah laku pemimpin badot PH, hanya menambahkan pendedahkan kebodohan dan hipokrasi mereka.

*****

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: