“REPUBLIC OF MALAYSIA?”

Adakah Malaysia akan menjadi negara republik sebagaimana Singapura, Filipina dan Fiji yang dikuasai oleh penganut Kristian?

Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh penulis makalah yang kami petik daripada blog yang dinamakan ‘PakDin’.

Wacana makalah tersebut dikatakan ditulis oleh seorang Ustaz yang tidak pula dapat kami kesan namanya.

Namun itu bukanlah satu-satunya wacana yang cuba membangkitkan isu dominasi DAP yang dikuasai oleh golongan Kristian Evangelis tetapi banyak lagi wacana yang kami kesan membicarakan tentang pandangan yang hampir sama; kebimbangan tentang aliran ideologi untuk menghapuskan sistem beraja dan sekali gus membolehkan sesiapa sahaja untuk memimpin negara tanpa mengira latar belakang agama.

A A A A A A A A A A A A A A A A A RDAESH 1 A A

Malahan dalam blog kami, terdapat juga wacana yang membicarakan hal yang sama iaitu “DAP DAH MULAKAN AGENDA MENGHAPUSKAN SISTEM BERAJA UNTUK MENUBUHKAN REPUBLIK RAKYAT.”

Walau bagaimanapun kami rasa terpanggil untuk turut berkongsi apa yang telah dirungkaikan oleh sang Ustaz melalui blog PakDin itu.

Wacana tersebut seiring dengan kenyataan Senator Tan Sri Ibrahim Abu Shah dalam satu wawancara dalam program ‘Nothing to Hide’ yang mendedahkan dakwaan beberapa buah buku tentang agenda tersembunyi DAP untuk menjadikan negara ini negara ‘Evangelis-Zionis’ dengan memulakannya di Pulau Pinang.

Tidak hairanlah sekiranya tapak masjid pun dirampas, hal kebajikan umat Islam dimusnahkan, kondo-kondo mewah yang tidak mampu dibeli oleh rakyat Melayu marhaen didirinya dan akhirnya pastilah ia akan dihuni oleh kaum elit Cina dari Malaysia, Singapura, Taiwan, Hong Kong dan tanah besar China sendiri.

Wacana yang membangkitkan isu ‘Christian’s Republic of Malaysia’ dimukadimahkan dengan realiti parlimen Malaysia daripada parti PH yang terkenal dengan manifesto palsunya.

Pihak PH didominasi oleh kaum bukan-bumiputera-Islam iaitu 66 kerusi berbanding 58 kerusi parlimen bumiputera-Islam.

Malahan apa yang membimbangkan kaum pribumi tanah Melayu ini ialah dalam jumlah 66 kerusi itu majoritinya dengan 41 kerusi daripadanya adalah daripada parti cauvinis Cina-DAP.

A A A A A A A A A A A A A A A A A RDAESH 1 A A A

Parti PKR pimpinan Anwar Ibrahim juga tidak boleh diharapkan kerana dalam 47 kerusi parlimennya, 20 daripadanya adalah berada dalam tangan kaum bukan-bumiputera-Islam.

Memang benarlah sekiranya dikatakan bahawa DAP mendominasi parlimen PH  sekarang ini dan dengan kata-kata lain, cauvinis Cina-DAP sedang mendominasi negara ini.

A A A A A A A A A A A A A A A A A RZAKAT 1

Inilah kebodohan kaum Melayu yang menyokong PH semasa PRU-14 tempoh hari, yang hanya menang sorak tanah tergadai.

Sang Ustaz telah membangkitkan sejarah perubahan kuasa kaum pribumi Filipina yang kini berada di tangan kuasa pemerintah Kristian

Dulunya Manila diperintah oleh Raja Sulaiman. Mindanao diperintah oleh Sultan Muhammad Kabungsuwan. Sekarang sudah jadi negara yang dikuasai oleh puak agama Kristian meskipun terdapat agama lain di negara itu.

Kemudian penulis juga mempersoalkan sejarah Vietnam yang sebelumnya didominasi oleh Islam Campa (Panduranga, Kauthara, Vijaya, Inderapura, Simhapura).

Sekarang Vietnam sudah menjadi negara Komunis-Buddha. Orang Malaysia tidak tahu pun bahawa Vietnam yang dahulunya dan sebenarnya adalah sebuah kerajaan Melayu Islam.

Demikianlah juga dengan negara Thailand. Sebahagiannya dahulu di sebelah selatan adalah wilayah Melayu Islam dan tempat lahirnya para ulamak Islam Nusantara.

Sekarang ia sudah dimiliki oleh penganut Budha dan menjadi negara Buddha.

Orang Melayu di daerah selatan Thailand itu pun sudah tidak fasih, malah sudah kekok bercakap bahasa Melayu dan tidak tahu lagi menulis dengan tulisan Melayu-Jawi.

Pelajar sekolah rendah Melayu di sana pula percaya bahawa Perlis, Kedah, dan Kelantan adalah pada asalnya sebahagian daripada Thailand yang kini telah dijajah oleh Malaysia.

Kemudian sebagaimana yang kita ketahui melalui ‘Sulalatus Salatin’ karya Tun Seri Lanang, bendahara kerajaan Johor-Riau yang merupakan kerajaan buangan kesultanan Melayu-Melaka yang besar dan gagah, bahawa Singapura adalah pada asalnya bernama Temasek, tempat berdagang pelbagai rumpun Melayu. Tempat berlabuh sultan-sultan Melayu dari Riau-Lingga.

Sekarang Temasek sudah menjadi negara kosmopolitan berkiblat ke Washington dan Tel Aviv.

Anak-anak Melayu di Johor pun tidak tahu bahawa Singapura dahulunya adalah negeri Melayu-Islam beraja di bawah kedaulatan pemerintahan Sultan Johor.

Kini lihatlah pula, apa yang terjadi kepada Pulau Batam dan banyak lagi wilayah di Indonesia.

Tidakkah gerakan Kristianisasi di Pulau Batam kini amat rancak dan hebat. Kini Batam sudah menjadi daerah Kristian terbesar di Indonesia!

Pribumi Islam-Indonesia seharusnya malu dengan apa yang sedang berlaku di Pulau Batam. Janganlah kerana sikap tidak peduli kerajaan Indonesia, kelak Batam juga akan menjadi Pulau Batu Putih milik Malaysia yang kini menjadi milik Singapura kerana sikap leka dan tidak mempedulikan tanah milik ibunda.

Dengan itu tidaklah mustahil jika Malaysia juga menjadi sasaran Kristian atau Kristian Evangelis yang kelihatannya sudah pun menguasai Pulau Pinang.

A A A A A A A A A A A A A A A A A T A5

Kita bukan mahu berkongsi pemikiran rasisme, tetapi kita mahu hak pribumi tidak dirompak secara halus oleh kaum oportunis yang tidak sedar bahawa mereka dahulunya adalah kaum pendatang.

Kini mereka sedang menggiatkan dakyah mereka melalui ‘deception (penipuan), camouflage (penyamaran), pengeliruan, dan kepura-puraan’.

Mereka menuntut penggunaan kalimah Allah, mereka menuntut agar konsep sama-rata digunakan juga untuk kebebasan murtad bagi umat Islam yang munafik.

Dengan mempergunakan prinsip hak asasi manusia, sekiranya Budha, Kristian dan Hindu boleh memeluk agama Islam, mengapa pula penganut Islam tidak boleh memesong ke agama lain.

Mereka menuntut agar peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menghalang penganut agama lain menyebarkan agama mereka kepada umat Islam, dimansuhkan.

Mereka menuntut supaya anak-anak yang baru lahir tidak lagi dicatatkan status agama mereka. Mereka juga menuntut agar status agama dalam kad pengenalan dipadamkan.

A A A A A A A A A A A A A A A A A SDEBAT 2

Kaum Melayu asyik dengan budi bahasa tinggi dan tolak-ansur sampai tertolak ke dinding sehingga kemudiannya dihumban ke luar tingkap.

Image result for mubaligh kristian edar phamplet di bukit mertajam

Perlembagaan Persekutuan telah memaktubkan bahawa agama lain tidak boleh didakwahkan kepada orang Islam, tetapi kini mereka sudah berani menyebarkan ajaran agama mereka kepada umat Islam dengan memulakannya dengan pelajar sekolah, sebagaimana pernah kita lihat di Bukit Mertajam.

Hakikat gejala serangan agenda halus kristianisasi ini bukanlah sesuatu yang baharu malah ia sememangnya telah didedahkan oleh bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Melayu-Islam DAP, Muhamad Razali Abdul Rahman dan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim.

Sejauhmanakah kaum Melayu umat Islam Malaysia berdaya untuk mempertahankan gerakan ‘Christian’s Republic of Malaysia’ itu?

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: