KAFIRUN DAP EDAR ZAKAT KEPADA ORANG ISLAM

DAP yang pernah dihebohkan suatu ketika dahulu sebagai kafir harbi, kini secara terbuka mencabuli urusan Zakat Pulau Pinang apabila mengedarkan zakat kepada golongan asnaf.

A A A A A A A A A A A A A A A A A RZAKAT 1

Pendedahan tersebut berlaku di Pulau Tikus, atau mungkin juga di kawasan lain di Pulau Pinang atau juga di negeri lain, kerana DAP dilihat sebagai kuasa dominan kerajaan PH dengan Perdana Menteri tua yang mengaku menjadi boneka DAP.

Isu tersebut tertonjol apabila wakil rakyat DAP Chris Lee Chun Kit yang memuat naik dalam FB gambarnya “mengagihkan zakat” di Pulau Tikus, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

A A A A A A A A A A A A A A A A A RZAKAT 2

Malah di samping Chris, wakil rakyat DAP Jelutung, Rayer Rajaji juga terpampang dalam gambar sedang mengedarkan sumbangan zakat kepada umat Islam.

A A A A A A A A A A A A A A A A A RZAKAT 4

Daripada tindakan pemimpin DAP tersebut, telah terbangkit beberapa persoalan.

  • Adakah tiada pemimpin masyarakat Islam yang boleh diwakilkan untuk mengedarkan zakat sehingga ia terpaksa diserahkan kepada golongan kafir DAP?
  • Adakah urusan kutipan zakat dan pendapatan terkumpul daripada zakat kini dikuasai oleh pemimpin kafirun?
  • Adakah hasil zakat itu juga diedarkan kepada golongan bukan Islam?

Zakat adalah rukun Islam ke-4 yang wajib bagi golongan Muslim yang mampu daripada punca pendapatan yang halal. Ada tatacaranya dan yang utama ialah niat dan lafaz kerana Allah.

Daripada hasil kutipan atau bayaran zakat itu, ia diagihkan pula kepada golongan asnaf Muslim, juga dengan niat dan lafaz kerana Allah.

Wang zakat datangnya daripada umat Islam dan ditentukan bahawa sumbernya adalah halal, dan dengan itu pastilah kaum Muslimin mahu melihat bahawa tangan yang menyerahkan zakat itu adalah tangan yang bersih daripada hati yang beriman kepada Allah dan agama-Nya.

Peliknya di Pulau Pinang pengagihan zakat ini diserahkan kepada pemimpin kafirun, daripada tangan najis dan hati yang menentang agama Allah.

Dengan itu apakah muslihatnya bagi pihak yang menguruskan zakat di Pulau Pinang apabila, zakat diagihkan oleh pemimpin DAP yang sudah diketahui sebagai anti-Islam, anti-Melayu dan anti-Raja-Raja Melayu sebagai payung agama Islam.

Lakonan apakah yang mahu dipentaskan oleh pemimpin DAP ini?

Baru-baru ini telah heboh tentang agenda halus DAP yang mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri Kristian.

Malahan sebagaimana yang pernah didedahkan oleh Senator Ibrahim Abu Shah, agenda DAP itu terselit bersamanya agenda Zionis-Evangelica.

Adakah tindakan pemimpin DAP ini sebagai satu kepura-puraan untuk mengelabukan pandangan kaum Muslimin di Pulau Pinang atau di mana jua.

Firman Allah dalam surah Ali Imran (ayat 118)

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” (QS. Ali Imran: 118).

Rasulullah SAW juga telah bersabda sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Majjah.

Daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya “Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang yang ramai” (HR Ibnu Majah).

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor seharusnya mengambil iktibar daripada firman Allah dan hadis Rasulullah SAW, supaya tidak menjadi orang kerdil hina yang tidak tahu bagaimana hendak menguruskan hal rakyat.

Wan Salim juga pernah membangkitkan isu kontroversial pada November tahun lalu, apabila mencadangkan supaya fatwa terhadap golongan sesat Syiah disemak semula.

A A A A A A A A A A A A A A A A A RZAKAT 5

Wan Salim telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak ZPP (Zakat Pulau Pinang) menyalurkan zakat menerusi pelbagai pihak termasuk menerusi wakil-wakil rakyat Islam dan bukan Islam untuk disampaikan kepada golongan asnaf.

Katanya “Asal tidak diselewengkan, pada pandangan saya, tidak perlu dijadikan isu. Sebagai mufti saya ingin menyeru umat Islam supaya tidak membesarkan perkara remeh-temeh seperti ini.”

Mengapakah pula tidak menjadi isu dan tidak diselewengkan, kerana mereka ini pempimpin kafirun yang sudah terkenal sebagai golongan cauvinis Cina DAP, anti-Islam, anti-Melayu dan anti-Raja-Raja Melayu yang menjadi payung agama Islam.

Lakonan mereka sebagai penyampai zakat kepada golongan asnaf boleh dijadikan topeng untuk menutup sikap kebencian mereka terhadap Islam sebagaimana agenda tersembunyi mereka yang mahu menjadikan negara ini negara Kristian (sila rujuk kenyataan Bekas Pengarah Strategik DAP, Muhamad Razali Abdul Rahman dan juga Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

A A A A A A A A A A A A A A A A A SDEBAT 2

 

A A A A A A A A A A A A A A A A A T A3

Nampaknya mufti pun sudah termakan gula-gula pemimpin Kristian Evangelis-Zionis (sekadar memetik kenyataan buku yang didedahkan oleh Senator Ibrahim Abu Shah).

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: