Sememangnya Lim Kit Siang amat obses dengan bekas Perdana Menteri, DS Najib, sejak Mahathir sudah tidur sebantal dengannya, meskipun mimpi berbeza-beza, namun lebih dilihat sebagai boneka tua DAP.
Kit Siang-lah sebenarnya antara ‘binatang politik’ yang teguh bersekongkol dengan gerakan ‘Reformasi’ Anwar Ibrahim untuk menentang ‘korupsi, kolusi, kronisme dan nepotisme’ Mahathir suatu ketika dahulu.
Semua falsafah yang didukung oleh konsep dan hala tuju ‘Reformasi’ itu mengangkat kleptokrasi pemimpin bernama Mahathir yang kini sudah tidur sebantal dengan Kit Siang, dan menjadi boneka DAP.
Lihatlah ke mana perginya kes skandal Forex BNM-Mahathir yang sering dicanangkan oleh Kit Siang dahulu? Semuanya hilang setelah Mahathir bermanja dengannya dan menjadi rakan sekongkol dan politik hipoktrit mereka.
Kini, Kit Siang amat obses untuk mengutuk Najib saban hari melalui FB, dan sememangnya obses dengan kebenciannya terhadap Melayu-Islam kerana itulah strategi perjuangan DAP sebagaimana yang dibangkitkan oleh beberapa buah buku antarabangsa yang didedahkan oleh Senator Tan Sri Ibrahim Abu Shah; strategi yang lewah dengan penipuan, kepura-puraan, penyamaran dan zionisme yang mahu memusnahkan Islam dan menjadikan negara ini negara Kristian.
Sifat obses Kit Siang, pengasas DAP yang suatu ketika dahulu amat condong kepada perjuangan Parti Komunis Malaya, adalah selari dengan bidasan Bekas Pengarah Strategik Melayu dan Islam DAP, Mohammad Razali, Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim serta Bekas Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP, Amran Ahmad yang merancang strategi untuk menghapuskan hak Melayu-Bumiputera, Raja-Raja Melayu serta agama Islam di negara ini, sebagaimana yang diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan.
Memang patutlah Kit Siang diberikan gelaran ‘Menteri Hal-Ehwal Najib’, kerana obsesinya yang ekstrem untuk mengutuk Najib saban hari dalam media sosial, dan lupa terhadap kutukannya terhadap Mahathir dahulu.
Sepatutnyalah Kit Siang berdebat dengan DS Najib supaya obsesi dirinya terhadap Mahathir dahulunya dan kini beralih kepada Najib diluahkan habis-habisan.
Sebagaimana kata Najib melalui FMT, “Sekiranya dia (Lim) cukup lapang untuk menulis pelbagai kenyataan (mengutuk Najib) setiap hari, dia sepatutnya lapang untuk berdebat,” tambah Najib.
Malah ini bukan kali pertama isu perdebatan Najib-Kit Siang kerana pada Julai tahun lalu, Kit Siang pernah mencabar Najib menyertai debat umum bertajuk “Islam bukan kleptokrasi” seakan-akan dia tahu sangat tentang Islam, dan dia pejuang Islam.
Najib telah membalas dengan berkata Kit Siang sepatutnya menganjurkan debat berhubung manifesto PH yang lebih bersifat semasa dan menjadi isu rakyat. Lantas Kit Siang telah menolak saranan debat pada Julai tahun lalu itu.
Terkini, segalanya sudah dipersetujui dengan baik dan tajuk debat yang dicadangkan oleh Kit Siang “Bagaimana Malaysia menjadi sebuah negara kleptokrasi dan bagaimana kita menjadi negara berintegriti” juga telah dipersetujui oleh Najib dengan tambahan isu semasa yang relevan.
Namun tidak sampai 48 jam persetujuan dicapai, Kit Siang dengan pelbagai alasan telah menarik diri.
Alasan dangkal Kit Siang untuk mengelak debat dengan Najib itu, adalah terutamanya untuk mengelak konflik Melayu-Cina, kononnya.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu juga mendakwa bahawa penganjuran debat itu akan digunakan Najib bagi meningkatkan semula populariti Najib dalam kalangan rakyat.
Itulah dia politik hipokrit Kit Siang yang cuba berdolak-dalik apabila dia sedar bahawa dia tidak mempunyai kekuatan fakta dan kebenaran untuk mengutuk Najib, UMNO dan PAS.
Kit Siang sudah terlebih dahulu mengakui bahawa rakyat akan menghukumnya sebagai pengecut kerana menolak perdebatan tersebut.
Itu memang benar kerana itulah taktik perjuangan komunis yang pengecut, hanya berani ‘serang dan lari’ tetapi pengecut untuk berperang secara berhadapan.
Sekiranya Kit Siang memberi alasan bahawa perdebatan itu akan meningkatkan populariti Najib, maka kami ingin mengingatkan Kit Siang yang hipokrit itu bahawa Najib sememangnya sudah popular dalam kalangan rakyat dan di hati rakyat.
Kamulah Kit Siang yang pernah dimaki hamun rakyat dan terkini Mahathir sendiri tidak lagi dipedulikan rakyat marhaen yang tidak lagi menunjukkan rasa hormat padanya.
Sekiranya Kit Siang berpegang pada hujah bahawa perdebatan itu akan membangkitkan konflik Melayu-Cina, maka kami juga mahu mengatakan bahawa orang-orang Cina sendiri sudah terbuka mengkritik DAP, kecuali golongan pembodek Cina-DAP yang buta tentang ‘kontrak sosial’ dan lupa siapakah yang dahulunya kaum pendatang yang diterima baik oleh orang Melayu, serta Raja-Raja Melayu.
Kami juga ingin membangkitkan persoalan, adakah Lim Kit Siang juga mahu menjaga integriti Mahathir, kerana dialah yang sebenar-benarnya kleptokrat sebagaimana yang didakwa oleh Mat Sabu, mendiang Karpal Singh, Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, anak Kit Siang, Lim Guan Eng, dan Gobind Singh Deo (sekadar menyebut beberapa nama).
Malahan Wan Azizah pernah berjanji untuk mengheret Mahathir ke mahkamah atas penyelewengan kuasa serta rasuah yang dilakukannya semasa dia berkuasa.
Anwar Ibrahim juga mahu harta anak-anak Mahathir dalam persepsi nepotisme dan kronisme dibawa ke mahkamah.
Lim Kit Siang, kami rasa debat inilah platform yang paling berkesan untuk kamu pukul Najib, atau kamu sebenarnya terperangkap dengan perangkap yang kamu telah pasang sendiri.
Oleh itu Kit Siang, selepas ini kamu sudah kehilangan ‘locus standi’ untuk mengutuk Najib dalam FB kamu, duduklah diam-diam kerana kamu sudah tua, kulit mata kamu yang sepet itupun sudah melebeh menutupi pandangan kamu yang sememangnya rabun dengan kebenaran, fakta dan hakikat sebenarnya kewujudan DAP- parti cauvinis Cina.
*****
Tinggalkan Jawapan