VIDEO – DAP LEBIH BAHAYA DARIPADA PENGGANAS ISIS DAN DAESH

Dengan kapasitinya sebagai Senator, Tan Sri Ibrahim Abu Shah pernah membangkitkan dalam Parlimen isu DAP mahu menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri Christian-Yahudi yang condong kepada zionisme.

Isu yang dibangkitkan oleh Ibrahim telah disanggah oleh seorang Timbalan Presiden DAP berbangsa Melayu dengan bidasannya, “Apa salahnya Pulau Pinang menjadi negeri Christian?”

Ibrahim mengemukakan beberapa buah buku yang telah mendedahkan agenda tersembunyi DAP dalam gerakan mereka untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri Christian-Yahudi. Malah sudah gah terpampang Salib ‘gergasi’ di Pulau Pinang yang pernah menjadi isu kontroversial, tapi ditepis dengan pelbagai alasan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

A A A A A A A A A A A A A A A A A T A5

Menurut Ibrahim agenda tersebut dipelopori oleh DAP yang menurut pandangan penulis buku berkenaan, ‘DAP adalah lebih berbahaya daripada ISIS, IS atau pun Daesh’ yang pernah bertindak ganas di Iraq dan Syria serta di negara Barat.

Dunia telah dihujani dengan satu serangan dakyah Islamofobia dengan pandangan bahawa ISIS amat berbahaya dan ditanggapi sebagai pengganas global.

Namun, penulis buku tersebut menegaskan bahawa DAP jauh lebih berbahaya daripada ISIS, IS ataupun Daesh yang telah ditolak oleh Al-Qaeda kerana tindakan ganas ISIS atau Daesh itu sendiri.

Gerakan DAP amat terancang, menggunakan pendekatan camouflage (penyamaran), proksi (perwakilan atau ejen), dan deception (penipuan).

Pendekatan mereka adalah halus (invisible) tidak dapat dikesan kerana penuh kerahsiaan, yang diasaskan oleh Evangelical Christian.

Malah terdapat pandangan bahawa Evangelical Christian adalah satu mazhab agama Christian yang sesat sama seperti fahaman Syiah Iran yang difatwakan sebagai kaum munafik Islam dan sesat.

Evangelical Christian tidak sama dengan golongan generic Christian dan mereka ini hanyalah satu golongan kecil.

Di Malaysia sendiri, majoriti masyarakat Cina adalah beragama Taois, dan Budha. Hanya kira-kira 9% sahaja orang Cina yang beragama Kristian. Walaupun begitu Evangelical Christian hanyalah merupakan pecahan 2% daripada penganut Christian itu di Malaysia.

Jumlah mereka amat kecil, tetapi mereka amat kuat.

Mereka bukan berpegang kepada fahaman Kristian yang biasa dikenali oleh masyarakat Malaysia, tetapi menurut Ibrahim sebagaimana yang dirujuk kepada penulis buku tersebut, mereka adalah ‘Christian Zionist’.

Ibrahim menjelaskan, di Malaysia Christian Zionism ini dipelopori oleh DAP dan nama-nama pemimpin DAP secara terang-terangan disebut dalam buku berkenaan.

Ibrahim juga menegaskan bahawa dia bukan cuba hendak menghasut tetapi dia mahu menyampaikan mesej supaya pemimpin-pemimpin Melayu dalam DAP kembali ke pangkal jalan.

Begitulah juga dengan pemimpin Melayu yang menjadi boneka DAP dalam PH supaya sedar, dan tidak lagi bersekongkol dengan golongan yang cuba memusnahkan kuasa Islam di negara ini, lantas tergolong sebagai golongan munafik yang menentang agama Allah.

Ibrahim mahu masyarakat majmuk Melayu-Cina-India yang berpegang kepada ‘kontrak sosial’ dalam memaktubkan prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan supaya bergabung semula dan hidup saling hormat-menghormati antara satu sama lain, mempertahankan keharmonian dan kestabilan sosial untuk membangunkan negara.

Menariknya menurut Ibrahim, ada dalam kalangan pemimpin DAP sendiri yang tidak tahu dan terkejut dengan rahsia gerakan DAP sebagaimana yang didedahkan oleh penulis buku tersebut.

Soal agama kepada masyarakat Melayu adalah perkara yang amat sensitif dan kontroversial sekiranya mencabar agama mereka.

Namun demikianlah yang cuba digerakkan oleh Christian-Zionist yang kini rakyat dapat lihat dalam gerakan ratifikasi ICERD, ratifikasi Statut Rome, menentang dan menghina Raja-Raja Melayu kerana Raja-Raja adalah payung agama Islam, memburukkan agama Islam melalui tindakan-tindakan tertentu dan memusnahkan ekonomi badan-badan Islam.

Malah atas nama deception (penipuan) parti PH telah dilihat sebagai menipu rakyat dalam kempen pilihan raya PRU14 serta manifesto ’10 janji-100 hari’ mereka yang penuh dengan bulan-bintang. Adakah itu semua sebahagaian daripada agenda DAP?

Kini rakyat cuba dibutakan dengan kehadiran pemimpin DAP berbuka puasa, memberi sumbangan kepada masjid, Cina DAP berhujah menggunakan ayat Al- Quran, membantu sekolah tahfiz. Harap kaum Muslimin tidak terlena dengan taktik camouflage dan deceptif mereka.

Rakyat juga tertanya-tanya adakah penubuhan Sekolah Demokrasi DAP yang berjaya melahirkan orang-orang tertentu dalam kalangan masyarakat Melayu Islam yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama itu sebahagian daripada agenda DAP untuk memusnahkan Islam?

A A A A A A A A A A A A A A A A A T A2

Bekas Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP, Amran Ahmad pernah mendedahkan bahawa, “Saya dipecat kerana mengkritik tindakan DAP menyebarkan fitnah serta melakukan propaganda jahat sebelum PRU14. Salahkah saya menegakkan kebenaran dan mengkritik tindakan salah parti atas nama demokrasi yang kononnya menjadi tunjang perjuangan DAP.”

Selain Amran, pendedahan Bekas Pengarah Strategik DAP, Mohammad Razali tentang agenda tersembunyi DAP, juga nampaknya selari dengan apa yang didedahkan oleh Ibrahim.

A A A A A A A A A A A A A A A A A T A3

Mohammad Razali mempunyai maklumat bahawa DAP ditaja oleh Zionis Yahudi dengan dana RM1.2 bilion yang masuk melalui Singapura.

Razali mencatatkan bahawa, “Dalam satu majlis makan malam DAP, seorang Ketua Paderi daripada Afrika Selatan berkata mereka telah membuat satu frame time. Dalam jangka masa sepuluh tahun, mereka akan pastikan agama rasmi Malaysia adalah agama Kristian. Pihak DAP telah setuju untuk bekerjasama dengan pihak Kristian untuk menjayakan misi ini. Kita (DAP) akan berganding bahu dengan pihak Kristian untuk pastikan dalam masa sepuluh tahun agama rasmi Malaysia adalah agama Kristian.

Namun di sebalik itu, Razali telah dimaki-hamun oleh Lim Guan Eng dimarahi oleh Mat Sabu (ejen DAP?) dan mendakwa bahawa dia (Mat Sabu) lebih tahu tentang Islam daripada Razali.

Adakah ini yang dimaksudkan proksi, deception dan penyamaran oleh buku berkenaan?

Semasa PH berkuasa, segala serangan terhadap Islam dan kaum Bumiputera amat jelas terlihat apabila Tabung Haji, Bank Islam, Khazanah dan banyak lagi telah menjadi sasaran kerajaan PH yang didominasi oleh DAP.

A A A A A A A A A A A A A A A A A T A4

Kita tidak perlu membangkitkan isu LGBT, dan pluralisme agama sebagaimana ucapan Anwar Ibrahim di LSE London yang mengangkat bahawa semua agama adalah sama, dan semua agama menyembah tuhan yang sama.

Fahaman pluralisme agama itu amat bertentangan dengan firman Allah dalam surah Al-Kafirun.

Dengan kata-kata lain, mana-mana pemimpin yang berpegang kepada fahaman tersebut adalah munafik yang lebih berbahaya daripada kafirun.

Jelaslah bahawa agama Islam dan umatnya di Malaysia sedang terancam.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: