VIDEO- SINGAPURA ADA RAKAMAN AKTIVITI MAKSIAT TOKOH POLITIK MALAYSIA

Seorang peguam dan juga Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah serta bekas ahli PKR, Zulkifli Noordin mendakwa bahawa Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew pernah berkata ketika lawatannya ke Malaysia bahawa tidak mustahil bagi Singapura kembali bergabung dengan Malaysia.

A A A A A A A A A A A A A A A A A WSINGAPURA 1
Dato’ Zulkifli Noordin 

Namun Zulkifli melihat bahawa penyatuan Singapura-Malaysia akan membawa mala- petaka yang besar kepada kaum Melayu.

Pulau kecil di selatan Semenanjung Malaysia itu pernah mengakui bahawa kedudukannya sama seperti Israel yang dikelilingi oleh negara-negara Islam.

Dengan itulah Singapura amat menjaga kecanggihan logistik pasukan angkatan tenteranya, yang diklasifikasikan sebagai yang terkuat di Asia Tenggara.

Walau bagaimanapun Zulkifli melihat bahayanya penyatuan Singapura-Malaysia dalam konteks survival kaum Melayu, kerana negara pulau kecil itu mempunyai 87 parlimen, sedangkan Malaysia yang berpuluh kali ganda lebih besar daripada Singapura hanya mempunyai 222 parlimen.

Majoriti parlimen Singapura adalah dikuasai oleh kaum Cina.

Nescaya dengan penyatuan Singapura-Malaysia, nasib kaum Melayu akan tersisih sebagaimana nasib kaum Melayu di Singapura.

Jika itu terjadi, kaum Melayu dan umat Islam bolehlah melupakan sahaja kedudukan istimewa kaum Melayu-Bumiputera, Raja-Raja Melayu dan agama Islam sebagaimana yang dimaktubkan dalam Perlembagaan.

Bagi Zulkifli, kedudukan Malaysia juga amat bahaya sekiranya Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri kerana, banyak rekod dan rakaman maksiat tokoh politik Malaysia berada dalam simpanan Singapura dan pasukan risikannya.

Menurut Zulkifli, hakikat ini adalah kerana banyak aktiviti maksiat tokoh politik Malaysia di Singapura telah dipantau dan dirakam oleh perisikan Singapura.

 

Dimuat naik daripada YouTube

Malahan Lee Kuan Yew pernah memperakui bahawa Anwar sendiri telah masuk perangkap mereka sebagaimana dilaporkan oleh Wikileaks dan juga portal berita Malaysiakini.

A A A A A A A A A A A A A A A A A WSINGAPURA 3

Antara kes yang Zulkifli lihat sebagai salah satu contoh ialah kes video China Doll, yang memperlihatkan rakaman video antara seorang tokoh politik Malaysia, yang telah disahkan 99.9% tulen oleh pakar video CIA Amerika.

Bagi Zulkifli, sekiranya Anwar diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia, banyaklah permintaan Singapura pada kerajaan Malaysia terpaksa dipenuhi.

Sekiranya tidak dipenuhi, maka segala rakaman aktiviti maksiat tokoh politik Malaysia akan didedahkan kepada khalayak dunia.

Dengan itu, adakah wajar Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri, sedangkan dia pernah dipenjara kerana rasuah dan kes sodomi?

Bukan itu sahaja, Anwar juga popular dengan fahaman pluralisme agama (satu ideologi bahawa semua agama itu sama) dan tuhan yang disembah oleh semua agama adalah tuhan yang sama sebagainya terkandung dalam ucapannya di LSE, London suatu ketika dahulu.

Tidakkah dogma pluralisme agama itu bertentangan dengan firman Allah sebagaimana tercatat dalam surah Al-Kafirun?

A A A A A A A A A A A A A A A A A YBUKANBANDUAN 6

Rakyat Melayu dan umat Islam harus fikirkan sedalam-dalamnya.

******

Advertisement

3 thoughts on “VIDEO- SINGAPURA ADA RAKAMAN AKTIVITI MAKSIAT TOKOH POLITIK MALAYSIA

Add yours

  1. Org melayu jgn mudah lekas percaya pada anuar,allah tidak larang kita bersumpah,malah allah telah beri amaran berjaga jaga dgn sumpah kamu,ada termaktup di dlm alquran…baca bab bersumpah

    Liked by 1 person

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: