ANWAR BUKAN ‘BEKAS BANDUAN’?

Pada kempen PRK Sandakan yang lalu, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mempersoalkan sama ada rakyat mahu seorang ‘bekas banduan’ seperti Presiden PKR, Anwar Ibrahim diangkat sebagai bakal Perdana Menteri.

A A A A A A A A A A A A A A A A A YBUKANBANDUAN 2

Namun sebagaimana biasa, pihak media hanya mengutip isu Takiyuddin menggelar Anwar ‘bekas banduan.’ Maka riuhlah pihak yang bersekongkol dengan PKR marah berapi-api dengan isu gelaran ‘bekas banduan’ itu.

Adakah dengan pengampunan DYMM Yang DiPertuan Agong, maka status Anwar sebagai ‘bekas banduan’ terbatal walaupun sudah dua kali merengkok di penjara?

Secara logiknya sekiranya Anwar bukan ‘bekas banduan’ maka DS Najib juga bukan ‘bekas Perdana Menteri’, Tunku Abdul Rahman bukan ‘bekas Perdana Menteri’, dan begitu juga yang lain-lain. Dengan itu juga adakah Mahathir yang dulunya pernah digelar diktator, masih juga diktator kerana tidak pernah menerima pengampunan DYMM Agong?

Mungkin Mat Sabu juga suka dan mahu menggelar Tun Mahathir sebagai ‘bekas Bapa Pelingkup Negara’ atau ‘bekas Bapa Perompak Negara’.

Sebagaimana yang disiarkan oleh Malaysiakini, Takiyuddin menjelaskan bahawa kesalahan yang dijatuhkan ke atas Anwar diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan yang disabitkan dengan kesalahan sebagaimana yang dituduh dan dibuktikan oleh mahkamah ke atasnya.

Ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan membatalkan keputusan tidak bersalah Anwar dalam kes Liwat II oleh Mahkamah Tinggi. Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada tahun 2015.

Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, orang awam tidak boleh mempertikaikannya. Jika dipertikaikan bermakna ia adalah satu perbuatan ‘contempt of court’, atau ‘penghinaan terhadap mahkamah’ yang boleh dikenakan tindakan.

A A A A A A A A A A A A A A A A A YBUKANBANDUAN 3

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Undang-undang (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia, Wan Rohimi Wan Daud, juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa kenyataan Anwar sebagai ‘bekas banduan’ adalah tepat berlandaskan undang-undang, kerana dia telah disabitkan dengan dua kesalahan jenayah.

  • SABITAN PERTAMAPada 4 April 1999, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Hakim Augustine Paul telah mensabitkan Anwar atas 4 pertuduhan melakukan perbuatan rasuah (corrupt practices) sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri
  • SABITAN KEDUAPada 11 April 2014, Mahkamah Rayuan telah mensabitkan Anwar atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii (liwat) di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan telah dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun. Rayuan DSAI ke Mahkamah Persekutuan telah ditolak, lantas sabitan dan hukuman dikekalkan.

Walau bagaimanapun itu hanya satu persoalan daripada puluhan persoalan lain yang dibangkitkan oleh pemikiran khalayak dan rakyat.

Adakah dengan pengampunan DYMM Agong maka bermakna Saiful Bahari tidak diliwat?

Adakah dengan pengampunan DYMM Agong itu juga maka video seorang lelaki dengan wanita pelacur yang telah disahkan oleh pakar Video CIA sebagai 99% tulen dan pelaku lelakinya adalah tokoh politik Malaysia, juga menjadikan pelakunya suci-bersih?

Adakah kenyataan Anwar bahawa semua agama sama yang disampaikan di LSE, London pada 18 Mac 2010 juga terbatal dengan pengampunan DYMM Agong?

A A A A A A A A A A A A A A A A A YBUKANBANDUAN 4

Sebagaimana yang disiarkan dalam portal MYKMU dan Karim’s Blog, Anwar telah mengeluarkan kenyataan bahawa tuhan yang disembah itu ‘tuhan yang sama’ di hadapan khalayak Barat, di London, baik bagi agama Kristian, Yahudi, Sikh, Hindu, dan lain-lain mahupun Islam.

Sebagaimana yang dicatatkan oleh Karim’s Blog, Anwar dengan terbukanya menyatakan bahawa:

A A A A A A A A A A A A A A A A A YBUKANBANDUAN 5

Karim memberikan reaksi, “Jika Anwar bercakap sedemikian di hadapan para paderi dan pemimpin Kristian bahawa ‘Kita harus sedar tuhan yang kita sembah ialah … tuhan yang sama,’ maka apakah Anwar maksudkan bahawa tuhan yang orang-orang Kristian sembah itu sama dengan Allah Yang Maha Esa?”

Apakah patung yang terpaku pada tiang salib yang disembah oleh orang-orang Kristian sebagai tuhan mereka itu adalah ‘Allah Hus-Somad’?

Jika maksud Anwar, tuhan yang disembah oleh penganut semua agama adalah tuhan yang sama maka apakah erti pengucapan kalimah syahadah pada dirinya?

Apakah semua tuhan yang disembah oleh penganut pelbagai agama juga merujuk kepada Allah SWT?

Dengan itu juga, tuhan-tuhan lain yang ditolak oleh umat Islam dalam syahadah itu tuhan yang mana?

Apakah Anwar lupa tidak faham surah Al-Kafirun (109, Al-Quran Nur Karim) atau Anwar menolak surah tersebut?

A A A A A A A A A A A A A A A A A YBUKANBANDUAN 6

Firman Allah, “Katakanlah (kepada orang-orang kafir), Wahai orang-orang kafir, aku tidak menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah, dan aku tidak pernah menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah menyembah apa yang aku sembah. Bagimu agamamu dan bagiku agamaku.”

Sekiranya Anwar masih berpegang pada fahaman bahawa semua tuhan itu sama, pastinya Anwar telah menolak surah Al-Kafirun itu. Dengan itu juga, adakah dia masih Muslim?

Pegangan pluralisme agama (fahaman bahawa semua agama sama) pada diri dan akidah Anwar juga ditentang keras oleh ilmuan tersohor negara, Uthman El-Muhammady.

A A A A A A A A A A A A A A A A A YBUKANBANDUAN 7

Turut mengkritik keras pegangan fahaman pluralisme Anwar ialah bekas sahabatnya di Universiti Malaya  Ismail Mina Ahmad yang pernah memimpin Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat).

A A A A A A A A A A A A A A A A A YBUKANBANDUAN 8

Kemudiannya, mungkin kerana mahu mempertahankan fahaman pluralisme agamanya, di negara sendiri Anwar telah menyertai perayaan Hindu, Pongal pada 2012.

Dia turut menari-nari ketika lagu Hindu dimainkan di atas pentas, yang kemudiannya dicalit pada dahinya ‘tandak atau tilak’ yang mempunyai makna ‘penganutan’ bagi kepercayaan Hindu.

‘Tandak atau tilak’ bagi agama Hindu diterjemahkan oleh Encyclopedia Britannica sebagai berikut.

“In Hinduism, a mark, generally made on the forehead, indicating a person’s sectarian affiliation. The marks are made by hand or with a metal stamp, using ash from a sacrificial fire, sandalwood paste, turmeric, cow dung, clay, charcoal, or red lead.”

A A A A A A A A A A A A A A A A A YBUKANBANDUAN 9

‘Sectarian affiliation’ bermakna menganut suatu kepercayaan atau bersama-sama menganut atau mendukung kepercayaan kaum tertentu.

Hilangkah semua status buruk Anwar itu setelah DYMM Agong mengampunkannya?

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: