VIDEO – FORUM STATUT ROME MENJADI PLATFORM MENGHINA RAJA-RAJA MELAYU

Forum Statut Rome yang diadakan di Universiti Malaya pada 26 April lalu, kini hangat dalam media sosial dan juga media konvensional kerana ia dikatakan menjadi platform penghinaan dan tuduhan terhadap Raja-Raja ‘sebagai perompak dan perogol.’

Forum itu membariskan Peguam Negara Tommy Thomas, bekas Duta Malaysia ke Belanda yang juga anggota G25, Datuk Noor Farida Ariffin, pakar perlembagaan Profesor Emeritus Dr Shad Saleem Faruqi dan peguam Lim Wei Jiet.

Forum tersebut diadakan susulan pendedahan rumusan eksekutif yang dibentangkan empat ahli akademik yang dikatakan digunakan bagi meyakinkan Majlis Raja-Raja Melayu supaya menolak Statut Rome.

Forum itu sepatutnya menjurus kepada isu utama iaitu mengapakah Statut Rome perlu ditolak atau diterima untuk diratifikasikan dalam undang-undang negara.

Sebaliknya ada hujahan panelis yang mengambil kesempatan untuk menuduh dan mengutuk golongan istana sebagai ‘perompak wang rakyat’, ‘perogol’ dan ‘penzina’.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh MalaysiaToday, forum tersebut mencetuskan kontroversi apabila ucapan ahli politik veteran, Syed Husin Ali mendakwa golongan Raja-Raja Melayu telah merompak wang rakyat.

Khalayak media harus faham terlebih dahulu siapakah dia Syed Husin Ali dan latar politiknya yang pernah memimpin parti sosialis dan kini adalah Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR.

Sememangnyalah orang begini tidak akan dapat menerima sistem negara beraja dan sentiasa melihat Raja-Raja Melayu sebagai liabiliti kepada negara, sedangkan rakyat menerima Raja-Raja Melayu sebagai payung agama Islam.

Pertubuhan Sahabat Erat Dan Amanat Rakyat Malaysia atau SEDAR Malaysia menggesa agar laporan polis dibuat terhadap penganjur dan panelis Forum Awam & Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang diadakan itu.

Presiden SEDAR, Nazrin Norani mendakwa forum berkenaan telah menyimpang jauh daripada topik perbincangan apabila secara terbuka menghina Raja-Raja Melayu sehingga ada yang riuh bertepuk tangan, bersorak gembira apabila setiap kali kenyataan penghinaan ke atas Raja-Raja Melayu diujarkan.

Malah dalam kalangan mereka terdapat ahli akademik atau intelektual yang turut menyetujui persepsi dan tuduhan yang tidak disertai dengan bukti.

SEDAR menjelaskan bahawa laporan polis mesti dibuat kerana pihak penganjur dan panelis tidak berbuat apa-apa langsung untuk menghalang mana-mana pihak dalam forum tersebut daripada menghina dan membuat tuduhan berterusan dan tidak berasas.

Bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Rafii, telah turut hadir dalam forum itu.

Razlan berasa amat terkilan apabila panelis melabelkan pandangan pihak yang menentang Statut Rome sebagai bodoh. Sepatutnya panelis membuka ruang untuk menerima pandangan yang berbeza dan bukannya menutup minda khalayak supaya terus menerima pandangan sebelah pihak sahaja.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) telah membuat laporan polis terhadap Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Syed Husin Ali yang didakwa mengkritik Raja-Raja Melayu pada forum itu.

A A A A A A A A A A A A A A A A A ZHINA RAJA2

Laporan polis ini juga mengaitkan Peguam Negara, Tommy Thomas, Ketua Gabungan Pembebasan Akademik Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Asheeq Ali Sethi Alivi serta beberapa individu lain.

Pihak polis, telah mengesahkan bahawa mereka telah menerima laporan berkenaan penghinaan dan kritikan biadap terhadap Raja-Raja Melayu ketika forum Statut Rome yang berlangsung di Universiti Malaya itu.

Polis akan melihat apa kesalahan dan keperluan untuk memanggil pihak terbabit. Siasatan juga akan dibuka sama ada mengikut Akta Hasutan atau undang-undang berkaitan.

A A A A A A A A A A A A A A A A A ZHINA RAJA3

Nampaknya kuasa pentadbiran PH, telah meletakkan negara pada keadaan yang amat berbahaya dalam konteks, survival kaum Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Apabila Raja-Raja Melayu diterima sebagai payung agama Islam, maka agama Islam juga berada pada kedudukan yang amat terancam.

*****

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: