Banyaklah aset negara yang telah dijual oleh Lim Guan Eng dengan alasan bahawa kerajaan dahulu telah banyak membebankan negara dengan hutang RM1 trilion.
Namun hutang RM1 trilion yang diiringi dengan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan BN yang tidak berkesudahan, telah pula diperakui oleh laporan Bajet 2019 sebagai kesilapan apabila jumlah yang dicatatkan adalah RM686 bilion sahaja.
Baru-baru ini, Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings telah dijual kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta minggu lepas.
Harga jualan hotel 4 bintang 400 bilik di atas tanah hakmilik kekal terletak di kawasan tiga-segi emas Kuala Lumpur itu dijual pada harga rizab sahaja.
Butakah Menteri PH bahawa hotel-hotel lain yang terletak di jalan yang sama pernah dijual pada harga dua kali ganda lebih tinggi, beberapa tahun yang lepas?
Kemudian Boustead mengaku terpaksa menjual hotel itu kerana LTAT perlukan wang.
Sebelum itu aset Lembaga Tabung Haji (LTH) juga dijual wewenangnya.
Sebagaimana heboh dalam media, pada Disember lalu kerajaan PH mengumumkan memindahkan aset TH berjumlah RM19.9 bilion kepada syarikat tujuan khas (SPV) bawah Kementerian Kewangan. Syarikat ini pastinya ada pertalian dengan Lim Guan Eng. Inilah cara Lim Guan Eng DAP memfaraidkan aset TH dan orang Islam di negara ini. Tidak tahulah di mana letaknya halalan touyiban?
Untuk mewajarkan penjualan aset dan harta umat Islam khususnya dalam urusan Rukun Islam Ke-5, Guan Eng telah melantik Price Waterhouse Cooper sebuah syarikat audit milik Yahudi bercawangan di Malaysia mengaudit LTH. Adakah Guan Eng mempunyai agenda untuk menjahanamkan Tabung Haji?
Sebelum ini TH diaudit oleh 3 badan pengauditan yang melaporkan keuntungan berterusan saban tahun. Tiba-tiba dengan pengurusan Guan Eng ini, ekonomi TH dilaporkan tidak stabil kerana banyak liabiliti daripada keuntungan.
Sekiranya terdapat liabiliti dan kerugian sebagaimana dakwa Guan Eng pasti sudah berdekad lalu Tabung Haji Muflis.
Sebelum ini media melaporkan kerugian saham-saham TH selepas 7 bulan PH memerintah. Penjualan aset bumiputera adalah sebahagian strategi Lim Guan Eng
Mengapa kepimpinan PH sekarang ini begitu dahagakan wang? Rakyat tidak pernah mendengar penjualan aset negara atau aset badan yang berkaitan dengan negara dijual wewenangnya, seperti peribahasa Melayu, bergolok bergadai.
Benarkah PH perlukah wang atau sebaliknya PH sedang ‘merompak harta negara’ kerana Menteri Pertahanan, Mat Sabu juga pernah menuduh PM sebagai ‘Bapa Perompak Negara’?
Walau bagaimanapun rakyat jadi termanggu-manggu apabila kerajaan PH terus dengan agenda mereka menjual aset negara yang dikumpul pada masa kerajaan BN.
IHH Berhad telah dijual oleh Khazanah kepada Jepun pada bulan November lalu dengan harga RM8.42 bilion.
Seluruh pegangan Khazanah melalui Axiata di dalam Syarikat telco M1 juga telah dijual kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion.
Kemudian rakyat dikhabarkan bahawa lebih setengah dari pegangan Khazanah dalam bank Filipina terbesar BDO Unibank Inc telah dijual kepada Filipina dengan harga RM415 juta yang juga di bawah harga pasaran.
Pembantu khas Guan Eng, Tony Pua telah menjelaskan lagi bahawa kerajaan akan jual (cairkan) aset dan saham Khazanah dan PNB untuk “membayar hutang”.
Sebelum PH berkuasa, aset Khazanah telah naik dari RM33.7 bilion pada akhir 2008 kepada RM115.7 bilion pada akhir tahun 2017 manakala aset PNB naik dari RM120 bilion kepada RM279.2 bilion.
Jadi, apakah agenda cina-cina DAP ini terhadap harta bumiputera dan umat Islam?
Di sebalik keriuhan menjual itu ini daripada harta negara, kerajaan PH masih berhutang dan hutang negara terus meningkat naik.
Semalam 16 Mei, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan data hutang Kerajaan bagi suku pertama tahun 2019.
Hutang negara bagi suku pertama (Jan-Mac) 2019 ialah RM775.918 billion. Ia bersamaan dengan 53.7% KDNK.
Berbanding pada akhir bulan Disember 2018, hutang negara ialah RM774 billion.
Sebelum PRU14, hutang negara di bawah tadbir urus BN hanyalah RM686 billion atau berkadar 50.1% berbanding KDNK.
Tetapi setelah diperintah PH, hutang negara meningkat kepada RM776 bilion dengan kadar 53.7% berbanding KDNK.
Celakanya, dalam tempoh masa setahun PH berkuasa, hutang negara telah meningkat dengan begitu cepat sekali.
Adakah itu caranya Guan Eng menjaga harta dan perbelanjaan negara?
Tidak cukup wang, aset dijual, penjawat awam mahu diberhentikan, bantuan kepada rakyat ditamatkan, pelbagai cukai diperkenalkan, sedangkan apa yang sepatutnya dilakukan ialah meningkatkan KDNK negara, menarik pelabur asing dan merancakkan perdagangan antarabangsa.
Sebaliknya, harta negara dijual, hutang terus bertambah tetapi hasil KDNK merosot.
Jadi nampak sangatlah bahawa strategi Guan Eng dan Kerajaan kakistokrasi PH mencari dana dengan cara:
- Jual aset negara
- Buang pekerja dan penjawat awam
- Perkenalkan pelbagai cukai
- Kurangkan bantuan rakyat
- Turunkan nilai ringgit
- Minta rakyat bantu kerajaan
- Batalkan projek yang menguntungkan rakyat
Patutlah sebagaimana difirasatkan oleh Ku Li, perkembangan dan trend ekonomi negara sekarang boleh menyebabkan Malaysia menghadapi krisis ekonomi yang teruk.
*****
Tinggalkan Jawapan