PENGGIAT SENI KUTUK KERAJAAN PH

Kekecewaan rakyat terhadap kerajaan PH kerana kegagalan dan kelemahan mengendalikan negara dengan baik sebagaimana yang diharapkan dan dijanjikan turut membabitkan golongan penggiat seni.

Tindakan Menteri Belia dan Sukan yang mahu membawa masuk kumpulan BTS atau Bangtan Boys dari Korea Selatan, atas matlamat untuk mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2020 telah mendapat kritikan Seniman (Persatuan Seniman Malaysia).

Agak aneh dan penuh dengan strategi sempit Syed Saddiq kerana menjemput kumpulan BTS samalah seperti mempromosi Korea Selatan dan bukannya Malaysia.

Apapun natijahnya, sekiranya mahu menarik masyarakat dunia untuk berkunjung ke Malaysia, maka budaya tempatanlah yang seharusnya menjadi tunggak tarikan bukannya budaya luar.

Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah menuntut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mengkaji semula cadangan membawa BTS sebagai sebahagian agenda mempromosikan negara.

Sebagai sebuah kerajaan yang mewakili negara, Syed Saddiq sepatutnya memberi peluang dan tumpuan terhadap penggiat industri kreatif tempatan untuk menjana pendapatan sehingga mampu menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Dalam keadaan ekonomi negara yang meruncing ini, pandangan Seniman mempunyai alasan yang kukuh.

Sebelum itu pun, watak animasi ‘Doraemon’ telah dipilih untuk dijadikan bahan promosi (maskot) bagi Tahun melawat Malaysia 2020.

Mengapa harus menggunakan maskot yang menjulang nama Jepun sedangkan apa yang mahu dipromosikan ialah Malaysia?

Adakah ‘Tahun Melawat Malaysia 2020’ mahu mempromosi Korea Selatan dan Jepun atau Malaysia?

Sebagaimana yang diutarakan oleh Presiden Persatuan Animasi Malaysia, Ameir Hamzah Hashim, “Malaysia tidak kurang hebatnya dengan watak animasi sedia ada.

“Antaranya Lat Kampung Boy, Upin dan Ipin, Boboiboy, Usop Sontorian, Keluang Man dan lain-lain yang pernah dan masih digemari penonton.”

Malahan karya Lat dan Upin-Ipin sudahpun memasuki pasaran antarabangsa.

Nampak sangat bahawa pendekatan yang digunakan oleh kerajaan PH, menambahkan lagi luka-parah kegagalan setahun mereka mengendalikan Malaysia dengan penuh kecelakaan, kini mereka masih buta dan terikat dengan politik sempit dan menyeleweng.

Tindakan ‘bodoh’ kerajaan PH yang telah dilabelkan oleh penganalisis politik sebagai kerajaan kakistokrasi, membenarkan apa yang telah dihujahkan oleh pensyarah Sains Politik UKM, Abdul Muien Abadi, bahawa 365 hari kerajaan PH memerintah, 365 kecelakaan menimpa negara.

A A A A A A A A A A A A A A ASENI 2

Vokalis kumpulan rock terkenal, Wings iaitu Datuk Awie turut menyuarakan pendapat beliau tentang isu mengadakan konsert BTS tersebut.

Awie bertanya, “Kenapakah Syed Saddiq perlu mengagungkan artis luar negara dengan perbelanjaan lebih RM4.2 juta untuk membawa masuk BTS serta pelbagai budaya pelik ke Malaysia?”

A A A A A A A A A A A A A A ASENI 3

Kata Awie, “Saya bercakap perkara ini demi rakyat, bangsa dan budaya kita. Apa faedahnya RM4.2 juta dihabiskan untuk bawa Kpop masuk ke sini? Sekarang tak kira rambut hijau, kuning, merah semua ada.

 “Budaya apa sebenarnya yang nak dibawa masuk? Kita yang duduk di depan menonton persembahan mereka tak faham sepatah haram nyanyian mereka. Apa pengajaran yang kita dapat daripada KPop? Orang luar yang datang tentu pelik apabila tengok artis Korea yang menyanyi.”

Pada masa yang sama, Awie turut mempertikai kenyataan kerajaan berkenaan ekonomi negara yang dikatakan teruk tetapi sanggup berbelanja besar untuk membawa BTS ke Malaysia. Apa salahnya untuk berikan peluang kepada artis tempatan?

Pada April lalu, negara digamatkan dengan keputusan ‘Juara Lagu’ apabila lagu-lagu yang telah memenangi anugerah membawa tajuk yang sinis “Haram, Bunga, Sampai Bila-Bila.”

Lagu ‘Haram’ ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong muncul juara AJL 33 yang disampaikan Hael dan Dayang Nurfaizah manakala tempat kedua pula lagu ‘Bunga’ nyanyian Ara Johari dan pemenang ketiga disandang Misha Omar dengan lagu ‘Sampai Bila’.

Adakah ia satu kebetulan atau dirancang, bukanlah persoalannya. Apa yang terpantul ialah gelodak rakyat yang tertonjol daripada susunan tajuk lagu yang terbina, ‘Haram Bunga Sampai Bila-Bila,’ atau ‘Haram PPBM sampai bila-bila.’

A A A A A A A A A A A A A A ASENI 4

Ia satu kritikan tajam terhadap Dr Mahathir, Perdana Menteri yang kini sedang ditentang rakyat dalam Deklarasi 2.0 yang akan mengemukakan petisyen 1.1 juta rakyat kepada DYMM Yang DiPertuan Agong supaya melucutkan jawatannya.

A A A A A A A A A A A A A A ASENI 5

Sebelum itu, pada Mac lalu, penyanyi tersohor negara, Datok Jamal Abdillah telah menyampaikan sebuah lagu atas pentas jemputan PH di Semenyih yang terkandung kritikan pedas melalui lagu ‘Jangan Lupa Janji.’

Jamal telah menukar liriknya, pastinya dengan tujuan mengutuk PH yang gagal menunaikan janji-janji manifesto yang diterjemahkan oleh rakyat sebagai penipuan dan pembohongan.

A A A A A A A A A A A A A A ASENI 6

Satu lagi insiden yang amat mengejutkan ialah tindakan Sasterawan Negara, Datok Sri Abdul Samad Said yang telah meluahkan perasaan kecewa dan kesedihannya melalui bait-bait puisi beliau: ‘Bila akan ada harapan, adakah harapan itu kosong, seperti Pakatan Harapan?’.

A A A A A A A A A A A A A A ASENI 7

Beliau juga merasai bahawa Sasterawan Negara tidak dihargai di tanah air sendiri dan terpaksa menjadi ‘sang peminta’ seakan-akan mengemis untuk mendapatkan secupak rezeki.

A A A A A A A A A A A A A A ASENI 8

Kartunis terkenal Zunar juga yang tidak putus-putus mengkritik kerajaan sebelumnya BN dan kini terus mengkritik PH, yang diterjemahkan oleh rakyat sebagai kerajaan yang bukan sahaja gagal menunaikan janji, tetapi juga gagal mentadbir negara dengan baik.

A A A A A A A A A A A A A A ASENI 9

 

Nampaknya trend atau aliran mengkritik kerajaan PH kini bukan sahaja terpantul daripada perasaan rakyat marhaen, tetapi sudah melarat kepada golongan seniman.

Aliran sedemikian adalah sesuatu yang baharu pada mata rakyat, mungkin sesuai dengan kegagalan Malaysia Baru, yang lebih dilihat sebagai suatu tindakan ‘Menyelamatkan Mahathir dan konco-konconya’ jauh sekali daripada mitos ‘Menyelamatkan Malaysia.’

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: