LUCU BANGAT BILA KIT SIANG DAN MAHATHIR DAKWA TIADA RASUAH ERA PH (II)

Sememangnya amat lucu sekali sehingga boleh membuat perut meletup apabila Lim Kit Siang dan Mahathir mendakwa, kerajaan PH berjaya menentang rasuah, dan lebih lucu lagi ‘Bapa rasuah negara’ itu (sebagaimana label yang dilaungkan oleh Mat Sabu, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim) mengatakan bahawa kerajaan PH dibenci kerana berjaya membanteras rasuah.

A A A A A A A A A A APEK LUCU 1A1

Kami ingin mendefinisikan lagi sekali terminologi ‘rasuah’.

Menurut Transparency International rasuah bukan sahaja melibatkan transaksi kewangan daripada orang yang berkepentingan kepada orang yang mempunyai kuasa tetapi ia juga “perilaku penjawat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah, dari sudut undang-undang, menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberikan kepada mereka”.

Daripada skop yang lebih luas, dalam “rasuah politik” berlaku penyalahgunaan kuasa politik untuk kepentingan peribadi.

Dengan itu rasuah bukan sahaja melibatkan transaksi dalam bentuk wang, sebaliknya ia juga melibatkan penyalahgunaan kuasa yang dimiliki oleh seseorang penjawat awam mahupun tokoh politik.

Kerajaan PH sememangnya telah menyalahgunakan kedudukan mereka dalam parti pembangkang semasa kempen PRU14 kerana berjanji bulan-bintang untuk mendapatkan undi rakyat.

Apabila mereka berkuasa mereka tidak melaksanakan janji-janji mereka, malah secara tersembunyi mengkayakan kroni-kroni melalui rasuah.

Kerajaan PH juga dengan terang-terangan menipu rakyat dengan 10 janji 100 hari sebagaimana yang didokumenkan dalam manifesto PH sebelum PRU14.

Dalam kempen-kempen Tun Mahathir juga, dia tidak malu mencanangkan antara lain, perkara berikut:

  • menghapuskan tol,
  • melupuskan hutang PTPTN,
  • menurunkan harga petrol ke paras RM1.50 seliter, mewujudkan satu juta jawatan baru untuk rakyat, memansuhkan GST tapi sebaliknya memperkenalkan pelbagai cukai di samping cukai SST,
  • menubuhkan suruhanjaya siasatan DiRaja untuk kes 1MDB tapi bersilat macam beruk kena belacan untuk mengelakkannya kerana kes 1MDB hanyalah rekaan Mahathir dan konco-konconya,
  • buru sehingga tertangkapnya Jho Low tokoh perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB, tetapi sampai sekarang badak putih keturunan Cina itu masih bebas berpoya-poya di Taiwan, di Los Angeles, di New York dan mana-mana sahaja dia suka
  • Memastikan ekonomi Malaysia kekal kukuh selepas PRU tapi sebaliknya merudum, bursa Malaysia terburuk di dunia, pelabur asing lari ke negara lain, Ringgit juga jatuh merudum
  • jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dilantik oleh Parlimen sebaliknya Mahathir menggunakan kuasa tunggalnya melantik DS Mohd Shukri Abdull
  • mengurangkan kos sara hidup, sebaliknya semuanya naik kecuali hujan sahaja yang turun

Inilah antara perkara yang lucu bangat apabila Lim Kit Siang dan Mahathir gah mengatakan bahawa kerajaan PH yang dikuasai oleh Cina DAP mengatakan bahawa mereka tidak melakukan rasuah.

Sedangkan menipu rakyat itu juga adalah rasuah dan menyalahgunakan kuasa yang ada pada mereka juga adalah rasuah.

Tidak perlu rakyat meneropong jauh, lihat sahaja perlakuan rasuah DAP ketika kempen PRK di Cameron Highlands, balaci DAP terang-terangan telah memberi rasuah kepada masyarakat Orang Asli dan pengundi di situ.

A A A A A A A A A A APEK LUCU 1 AA

Golongan cauvinis dalam DAP sememangnya sudah mangli dengan sikap menipu.

Lihatlah sahaja pemimpin PH yang menipu sijil kelayakan akademik mereka, termasuk Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Sekiranya menipu sijil dan latar kelayakan akademik pun dipandang ringan maka hal-hal penipuan yang lain menjadi lebih ringan kepada golongan tokoh-tokoh rasuah dalam PH ini.

A A A A A A A A A A APEK LUCU 1A2

Mengenai penipuan manifesto PH, tiada satu pun 10 janji dalam 100 hari memerintah ditunaikan kecuali menghapuskan GST, namun sedihnya ia digantikan dengan SST dan pelbagai cukai lain, iaitu cukai pembelian perkhidmatan digital luar negara, levi pelepasan RM40, cukai perkhidmatan hiburan, pembersihan, latihan dan pelaburan, termasuk cukai minuman manis soda.

Nampaknya Malaysia berubah menjadi kerajaan zaman Robin Hood yang menzalimi rakyat dengan pelbagai cukai.

Hari ini, rakyat juga dapat melihat rasuah politik melalui dakwaan mahkamah.

Sekiranya mahu mengelak daripada didakwa di mahkamah, seseorang itu boleh melompat parti dan sekiranya dia adalah Ahli Parlimen (AP) maka dia boleh menjadi AP PPBM yang diterajui oleh Mahathir.

Atau sebagaimana yang diperhatikan rakyat, Mahathir menawarkan diskaun pendakwaan terpilih di mahkamah kerana dia menjadikan mahkamah sebagai kaldainya (sila rujuk blog TheSpinners)

A A A A A A A A A A APEK LUCU 1 AA 1

Malahan rakyat melihat sekiranya tidak mahu didakwa di mahkamah, sila dapatkan pengampunan daripada Mahathir, sebagaimana yang rakyat lihat tindakan yang dikenakan kepada AP BN-UMNO.

Dengan itu juga Mahathir sudah dilihat seperti ‘bapa paderi’ yang mempunyai kuasa gereja untuk mengampunkan dosa-dosa AP.  Ini adalah amalan rasuah PH- Mahathir yang amat menjijikkan.

Sikap Mahathir yang tidak mahu mengisytiharkan harta, sedangkan semua penjawat awam diwajibkan mengisytiharkan harta mereka juga merupakan satu lagi penyalahgunaan kuasa.

A A A A A A A A A A APEK LUCU 1 AA 2

Kemudian rakyat juga hairan bagaimana anak-anak Mahathir boleh menjadi tokoh-tokoh terkaya di Malaysia?

Ada yang mencabar Mahathir untuk berdebat tentang soal ini, tetapi sebagaimana biasa diktator tua itu akan pantas menepis untuk menolak persepsi rasuah dan nepotisme yang melibatkan dirinya dengan pelbagai alasan.

Dimuat turun daripada YouTube

Senang sahaja bagi PH untuk menutup kes-kes rasuah yang melibatkan konco-konco mereka. Berikan sahaja arahan kepada Peguam Negara ciptaan mereka, supaya menolak kes-kes rasuah konco-konco mereka. Memang benar Malaysia bersih daripada rasuah kerana Peguam Negara membersihkan kes-kes rasuah PH kecuali kes-kes rasuah DS Najib dan UMNO.

Lihat sahaja kes Terowong Bawah laut yang melibatkan Lim Guan Eng.

A A A A A A A A A A APEK LUCU 1A5

Portal berita MalaysiaToday telah mengemukakan bukti-bukti yang signifikan untuk tindakan SPRM, misalnya empat muka surat dokumen yang mendedahkan seorang pegawai penyiasat SPRM yang bernama Muqri Mayasin telah merakamkan kenyataan Zarul Ahmad Zulkifli mengenai rasuah yang bernilai RM19 juta dibayar kepada Gnanaraja Gnanasundram untuk menutupkan fail siasatan SPRM yang melibatkan tuduhan rasuah Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.

Gnanaraja didakwa oleh MalaysiaToday sebagai proksi ataupun ‘barua’ yang mengendalikan kesemua ‘kerja kotor’ Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Masa, tarikh, tempat dan nama secara terperinci telah didedahkan MalaysiaToday sekali dengan butiran dokumen SPRM.

Kalau SPRM boleh rampas penyata bank dan dokumen yang lain mengenai fitnah pertuduhan ke atas Najib kenapa mereka tidak boleh melakukan perkara yang sama ke atas kroni-kroni DAP?

Adakah kes-kes rasuah DAP ditutup kerana Mahathir memerlukan DAP untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri dengan itu dia telah mengarahkan SPRM untuk tidak menyentuh Lim Guan Eng?

Naib Pengerusi PKR Rafizi Ramli pula pernah mendakwa bahawa beliau mempunyai dokumen mengesahkan bayaran meragukan berjumlah RM800,000 oleh seorang Pegawai Kanan Menteri Pertahanan Mat Sabu.

Rafizi mendakwa dokumen tersebut mengesahkan bahawa status muflis orang kuat Mat Sabu itu diselesaikan dalam tempoh dua hari.

Menurut Rafizi, dokumen-dokumen tersebut menunjukkan bahawa empat bayaran yang meragukan masing-masing berjumlah RM318,525, RM100,000, RM300,000 dan RM100,800 dibuat dalam tempoh dua hari iaitu pada 30 Mei dan 31 Mei tahun lalu.

A A A A A A A A A A APEK LUCU 1A3

Kemudian heboh pula bahawa kerajaan PH telah memberikan beribu-ribu ekar tanah kepada kerajaan China supaya harga projek ECRL Pantai Timur dapat dikurangkan.

Tujuan kerajaan PH adalah untuk membohongi rakyat bahawa mereka boleh mendapatkan harga projek lebih rendah daripada apa yang diusahakan oleh DS Najib.

A A A A A A A A A A APEK LUCU 1A4

Dengan itu, Najib membayar kos projek ECRL dengan harga lebih tinggi dan Daim pula berjaya mengurangkan kosnya sebanyak RM21.5 bilion kepada RM44 bilion.

Propaganda PH yang diterajui Mahathir, ialah untuk membenarkan tuduhannya bahawa DS Najib adalah penyamun.

Sekarang baru rakyat tahu yang RM21.5 billion itu bukanlah diskaun seperti Mahathir canangkan. Yang sebenarnya, China telah diberi tanah dan hak pembangunan yang jumlahnya sepuluh kali ganda lebih tinggi daripada ‘diskaun’ yang mereka beri.

Cukuplah dengan apa yang dapat kami petik daripada portal berita dalam talian. Banyak lagi sekiranya hendak kami dedahkan.

Di PRK Cameron Highlands sendiri rakyat dapat melihat tindakan DAP memberikan rasuah dengan alasan itu adalah ‘duit minyak.’

Dengan itu kerajaan PH hendaklah membuktikan dengan membawa tuduhan-tuduhan tersebut ke mahkamah untuk diadili.

Namun sayangnya Peguam Negara hanyalah kaldai kepada PH, semua kes tentang PH boleh dipadamkan begitu sahaja.

Apa lagi nak dikata?

Cuma janganlah buat rakyat ketawa terbahak-bahak pecah perut dengan laungan bahawa kerajaan PH berjaya membanteras rasuah, dengan makna tersirat bahawa kerajaan PH sendiri bebas rasuah.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: