GERAKAN RAKYAT SINGKIRKAN PERDANA MENTERI BONEKA DAP

Seorang Peguam, Mohd Khairul Azam, telah melancarkan satu gerakan rakyat untuk mendapatkan 1.1 juta tanda tangan supaya satu memorandum boleh dipersembahkan KeBawah Duli SPB Yang DiPertuan Agong, supaya Perdana Menteri yang hanya merupakan boneka kepada parti Cina DAP, dapat disingkirkan.

A A A A A A A A A APECATMADEAD 1

Gerakan rakyat tersebut dinamakan ‘Gerakan Deklarasi Rakyat 2.0’ dijalankan melalui dalam talian dan dalam tempoh 24 sahaja, Buzze Azam telah dapat mengumpulkan 55 ribu tandatangan rakyat dengan 92% atau 50,600 yang bersetuju agar Perdana Menteri dipecat oleh YDP Agong. Jika trend sambutan sedemikian berterusan, Buzze Azam akan dapat mengumpul 1.1 juta tanda tangan dalam tempoh 21 hari sahaja.

Tindakan Mohd Khairul Azam atau nama popularnya Buzze Azam, adalah berasaskan beberapa alasan kukuh.

Antaranya dua kesalahan besar yang tidak seharusnya dikompromi (sila rujuk https://www.editormalaysia.com/9624/) :

A A A A A A A A A APECATMADEAD 2

Tindakan Buzze Azam, tidak boleh didakwa sebagai satu kesalahan dari segi undang-undang kerana Tun Mahathir pernah mengambil tindakan yang sama ke atas DS Najib semasa Najib berkuasa.

A A A A A A A A A APECATMADEAD 3

Sekiranya Peguam Negara mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Buzze Azam, maka tindakan yang sama terlebih dahulu harus diambil ke atas Mahathir.

Malahan peguam peribadi Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, sendiri memperakui bahawa ‘Perlembagaan benarkan Agong singkir PM.’

A A A A A A A A A APECATMADEAD 4

Tindakan Buzze Azam adalah tepat pada masanya kerana rakyat hari ini melihat pentadbiran Mahathir yang merupakan boneka DAP adalah amat huru-hara dengan keadaan perhubungan kaum yang mendidih, penghinaan terhadap agama Islam yang menjadi-jadi, ekonomi yang mundur ke belakang, kronisme yang tersembunyi di sebalik projek kerajaan, nilai ringgit yang merosot, bursa saham Malaysia terburuk di dunia, penjawat awam dan swasta yang dibuang kerja, dan banyak lagi kegenjotan pentadbiran Mahathir, seorang Perdana menteri yang dilukiskan sebagai ‘nyanyuk’ oleh DYM Sultan Johor.

Apatah lagi apabila pemimpin ‘nyanyuk’ itu telah memperakui bahawa dia adalah ‘boneka DAP’.

A A A A A A A A A APECATMADEAD 5

Di samping itu perkara yang menjadi kemarahan rakyat ialah, Mahathir tidak sedar diri, masih mahu meletakkan kesalahan kepada pentadbiran BN terdahulu, sedangkan kelemahan pentadbiran PH terdedah satu-persatu hari demi hari.

Budaya fitnah yang diterajui oleh Mahathir dengan isu 1MDB terdedah apabila tiada satu pun tuduhan berkaitan 1MDB yang lekat di mahkamah terhadap DS Najib.

Watak Jho Low yang dilaung-laungkan oleh Mahathir dan konco-konconya pula dilihat sebagai satu agenda fitnah yang terancang dan tersembunyi.

Sedangkan tempat persembunyian Osama Laden dan Saddam Hussein dapat ditemui inikan pula badak gemuk seperti Jho Low tidak dapat ditemui.

A A A A A A A A A APECATMADEAD 6

Gerakan fitnah Mahathir bukan setakat mempergunakan media tempatan, malah sanggup menghantar konco-konconya ke luar negara untuk membayar dan melobi media antarabangsa bagi membenarkan fitnah jahat Mahathir.

Mahathir memang terkenal sebagai tokoh pemimpin yang suka dan pandai membina permusuhan dengan orang-orang kanannya serta Perdana Menteri yang terdahulu sejak Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Badawi dan terkini DS Najib Tun Razak. Malah rakan-rakan politiknya dalam PH hari ini, termasuk Anwar Ibrahim adalah musuh ketatnya pada suatu masa dahulu.  Apakah mereka itu semua juga boneka yang boleh memaafkan Mahathir, atau mereka sebenarnya juga menanti kejatuhan Mahathir supaya mereka dapat melihat bagaimana Perdana Menteri tua itu diheret ke mahkamah kerana korupsi, nepotisme, kronisme dan kleptokrasi.

Hari ini kepimpinan Mahathir hanyalah merupakan kepimpinan kerajaan kakistokrasi yang dipenuhi dengan konco-konconya daripada menteri-menteri yang bodoh, penipu sijil, dan tiada hala tuju.

Apakah Anwar Ibrahim yang dijanjikan jawatan Perdana Menteri selepas Mahathir juga akan menjadi mangsa diktator tua itu.

Lucunya Anwar sudah membuat kenyataan dan amaran yang ditujukan khas kepada Mahathir supaya jangan ganggu tugasnya apabila dia menjadi Perdana Menteri kelak.

A A A A A A A A A APECATMADEAD 7

Namun persoalannya, adakah rakyat sanggup menerima seorang sodomis yang menyokong LGBT sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8?

Wang derma kerajaan Saudi terhadap Najib juga menjadi fitnah besar Mahathir sehingga kunjungan diRaja Putera Mahkota Arab Saudi telah secara senyap dielak untuk menyembunyikan kebenaran atau mungkin kerana Menteri Pertahanan negara adalah penganut Syiah.

Video dimuat turun daripada YouTube

Kehadiran Menteri Luar Saudi, Adel Al-Jubeir tempoh hari menjadi satu fobia kepada kerajaan Mahathir apabila media dilarang menemui Adel. Sedangkan Adel telah memperakui bahawa derma RM2.6 bilion adalah derma untuk DS Najib bagi membantu mengendalikan hal elwal politik yang menyokong pergerakan syiar Islam.

Persoalan besar yang harus Buzze Azam dan rakyat jelata jawab selepas ini ialah, ‘Siapakah tokoh yang boleh dipertanggungjawabkan untuk menggantikan Mahathir?’

‘Siapakah tokoh yang boleh membela Islam dalam kalangan pemimpin PH’, sedangkan hari ini agama Islam diletakkan di tempat yang setaraf dengan sampah oleh pemimpin PH?

Mungkin Buzze Azam perlu pula menggerakkan kempen ‘Bubarkan Parlimen’ supaya pilihan raya semula atau PRU15 dapat menegakkan kerajaan pilihan rakyat bukan sebagaimana PRU14 yang telah menipu rakyat melalui kempen fitnah, pembohongan, dan menipu janji-janji bulan bintang dalam manifesto.

Rakyat yang majoritinya Islam, mahu kerajaan yang membela umat Islam, kaum Melayu-Bumiputera dan prihatin terhadap penderitaan rakyat bukan hanya mementingkan kronisme dan nepotisme sebagaimana UMNO di bawah Mahathir@Diktator.

******

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: