MALAYSIA AKAN BANKRAP DI BAWAH PH?

Pelabur asing telah menarik keluar sejumlah AS$880 juta (RM3.5 bilion) daripada ekuiti tempatan pada Jun tahun lalu setelah membawa keluar AS$1.4 bilion (RM5.62 bilion) pada Mei, iaitu ketika PH menumbangkan BN untuk memenangi PRU14.

Hal ini berlaku, pada awalnya sebagai kesan kepada kempen Lim Guan Eng dan Tun Mahathir yang mencanangkan bahawa Malaysia berhutang RM1 trilion, sedangkan hakikatnya hutang Malaysia adalah hanya RM686 bilion di bawah kadar 53% KDK sebagaimana dibenarkan oleh akta yang berkaitan dengan hutang negara.

Meskipun begitu, tuduhan hutang negara ialah RM1 trilion masih berada di bawah kadar KDK yang menyakinkan pada akhir tahun 2017 dan awal 2018. Namun dalam Bajet 2019, kerajaan PH telah membuka pekung di dada mereka apabila memperakui bahawa hutang negara di bawah kerajaan BN hanyalah RM686 bilion.

A A A A A ABANGKRAP 7

Malangnya dalam keangkuhan PH melemparkan fitnah ke atas hutang kerajaan BN, hutang kerajaan terkini sejak Ph berkuasa terus meningkat dari RM686 bilion kepada RM850 bilion, terus bertambah sebanyak RM164 bilion pada Mac 2019.

Dengan keadaan KDNK negara yang merosot sejak pemerintahan PH, hutang negara juga turut meningkat kepada lebih RM800 bilion, pelabur asing tidak lagi yakin kepada dasar ekonomi negara yang dikendalikan oleh kerajaan PH khususnya Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

A A A A A ABANGKRAP 1
ALIRAN MASUK-KELUAR PELABURAN ASING SEMASA PH BERKUASA SEJAK MEI 2018

Pada suku pertama 2018 (sebelum PH berkuasa), aliran masuk pelaburan asing adalah RM8.062 bilion, namun setelah tampuk pemerintahan jatuh ke tangan kerajaan PH, aliran masuk susut berbanding dengan aliran keluar.

Hakikat ini telah mencatatkan bahawa aliran keluar mengatasi aliran masuk dengan pertambahan RM37.194 bilion pada suku kedua 2018.

Trend aliran keluar yang menekan ekonomi negara terus kekal dengan pertambahan berjumlah RM3.641 bilion pada suku ketiga dan RM2.517bilion pada suku keempat 2018.

Firma penyelidikan kewangan antarabangsa Bloomberg, juga mengkritik situasi indeks Bursa Malaysia (KLCI FBM) yang jatuh dengan ketara.

Rekod kejatuhan tersebut mencatatkan paras paling rendah dalam sejarah ekonomi Malaysia dan ‘paling buruk di dunia.’

“Pasaran saham Malaysia telah menjadi antara yang bursa paling buruk di dunia sejak April lalu, malahan ia sudah menyusut lebih daripada 10 peratus,” sebagaimana dilaporkan Bloomberg yang dikeluarkan di ibu negara pada Mac lalu.

A A A A A ABANGKRAP 2

Datok Kadir Jasin dan Tun Daim Zainuddin telah turut mengejutkan negara apabila mereka mengkritik sikap Lim Guan Eng yang menakut-nakutkan pelabur dengan mitos dan fitnah ekonomi yang sebenarnya cuba menyembunyikan kelemahan pengurusan ekonomi negara di bawah pentadbiran PH.

A A A A A ABANGKRAP 3

Malaysia juga menghadapi risiko aliran keluar pelabur asing yang amat signifikan apabila bon-bon kerajaan seperti Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) berjumlah RM33 bilion bagi 2019 sekiranya FTSE Russel bertindak ‘memperendah-rendahkan ekonomi’ Malaysia dan mengeluarkan Malaysia daripada indeks bon global.

Apabila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar modal pelaburan mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Sejak PH berkuasa, pada tahun lepas sahaja, aliran keluar pelaburan portfolio (pasaran saham dan bon) mencecah lebih RM43.352 bilion.

Dividen, bonus dan hibah akan turut terjejas dan menjadi lebih rendah.

Inilah antara dampak atau kesan langsung yang turut membawa bencana kepada pendeposit Tabung Haji, ASB, KWSP dan institusi pelaburan domestik yang lain, apabila saham pelaburan jatuh menjunam.

Dalam kes Tabung Haji, pihak kerajaan PH cuba menyalahkan kerajaan terdahulu dengan menggunakan khidmat Pricewaterhouse sebagai juru runding pengauditan sedang sudah terdapat tiga badan audit yang mengendalikan urusan kewangan Tabung Haji.

Kadar faedah bon kerajaan akan meningkat dan menyebabkan kos pinjaman kerajaan juga meningkat dan seterusnya pembayar cukai akan terpaksa menanggung bebanan ini melalui pengenalan lebih banyak cukai.

Malah kerajaan PH telah sedar dan mahu memperkenalkan semula GST dengan menggunakan jenama atau terminologi berbeza sedangkan konsep GST yang sama.

A A A A A ABANGKRAP 4

Dalam pada itu, Datuk Seri Najib Razak telah menyelar kerajaan PH kerana Menteri Kewangan Lim Guan Eng kerana gagal memahami penggunaan standard perakaunan tunai terubah (modified cash accounting) dan bukannya standard perakaunan akruan (accruals accounting standard) yang digunakan dalam sektor swasta.

Sebuah akhbar Inggeris bertarikh 31 Ogos, bertajuk ‘RM14.56 billion in unrefunded taxes falsely stated as revenue’ (RM14.56 bilion cukai belum dibayar balik tersalah lapor sebagai perolehan).

Najib mendakwa di bawah pentadbiran kerajaan PH,  kesemua transaksi kewangan dihitung dan direkodkan apabila ada kemasukan atau pengeluaran tunai bagi tempoh kewangan dilaporkan.

Kata Najib, “Di bawah standard ini, aset tidak dijadikan modal (assets not capitalised) dan liabiliti tidak dilaporkan dalam laporan kewangan.

“Sebab itu Guan Eng membuat kesimpulan yang salah kononnya kerajaan BN terdahulu tersalah lapor cukai yang belum dikembalikan sebagai pendapatan dan menuduh kerajaan BN sebagai memalsukan akaun,” katanya.

A A A A A ABANGKRAP 5

Malahan, menurut bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), Malaysia berhadapan dengan risiko muflis atau bangkrap apabila beliau merujuk kepada situasi tegang ekonomi negara masa kini yang menyebabkan ramai rakyat hilang pekerjaan, kos sara hidup meningkat, banyak kedai dan syarikat ditutup serta nilai mata wang jatuh ke paras terendah.

Bagi Ku Li, dengan keadaan inflasi yang parah ni dengan apa juga tindakan, keadaan ekonomi tak akan berkembang.

Sebagaimana yang berlaku di Jepun, mereka mengalami inflasi berbelas-belas tahun, namun mereka tetap boleh bertahan kerana Jepun mempunyai kekayaan yang signifikan.

Kata Ku Li, “Jepun negara kaya tak apalah, tetapi kita tak boleh mengalami keadaan seperti negara itu dan saya bimbang keselamatan juga akan tergugat,”

Beliau mahu kerajaan PH mengambil pendekatan memperbaiki kehidupan rakyat dan tidak terus mencetuskan polemik yang menakutkan.

Tambahnya, rakyat sudah mula menunjukkan kekecewaan mereka kerana janji-janji tidak ditunaikan dan seolah-olah diperlekehkan kerajaan sekarang.

“Rakyat susah kerana kos sara hidup semakin tinggi berikutan harga barang naik, pendapatan kurang, barangan import dan barangan buatan dalam negara juga naik harga.

Meskipun cukai barang dan perkhidmatan (GST) telah dihapuskan, namun rakyat masih menangung bebanan kehidupan kerana kenaikan harga barang keperluan yang mendadak.

Malahan kerajaan PH tanpa prihatin telah memperkenalkan beberapa cukai baharu ditambah dengan perancangan menaikkan tarif elektrik dan air.

Perkara yang amat menakutkan ialah pertamanya, apabila keadaan ekonomi negara merudum dan ramai orang kehilangan pekerjaan, rakyat akan bangun memberontak. Bantahan rakyat terbukti pada tiga PRK di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.

Keduanya kerajaan PH juga gagal mempertahankan keharmonian kaum apabila, rasa hormat terhadap agama Islam sudah kelihatan amat cair. Kerajaan PH cuba untuk meratifikasikan ICERD, namun berjaya ditentang oleh suara rakyat.

Ketiganya, sensitiviti terhadap kuasa dan kedudukan Raja-Raja juga tidak dipedulikan. Dalam isu ini kerajaan PH cuba pula meratifikasikan Statut Rome, untuk melunturkan kuasa Raja-Raja.

Adakah kerajaan PH mahu menjadikan Raja-Raja Melayu sebagai satu kuasa yang bisu dan tidak sensitif kepada penderitaan rakyat?

Adakah selama ini Raja-Raja Melayu sering menggugat kuasa kerajaan Persekutuan sehingga PH memerlukan Statut Rome, atau sebenarnya kerajaan PH takut akan pemberontakan rakyat melalui kuasa Raja-Raja?

Cuma hanya akhir-akhir ini sahaja, apabila berlaku huru-hara, maka terdapat suara-suara istana yang cuba menegur kerajaan PH. Adakah dengan itu maka wajar kerajaan PH meratifikasikan Statut Rome?

A A A A A ABANGKRAP 6

Adakah pemimpin seperti Anwar Ibrahim lupa bahawa dia keluar dari penjara bukan kerana arahan mahkamah, sebaliknya adalah atas pengampunan Yang DiPertuan Agong?

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: