JANGAN JADIKAN RAJA-RAJA MELAYU BISU DAN PEKAK

Mutakhir ini kerajaan PH berada dalam situasi yang amat huru-hara. Tidak pernah dalam sejarah, negara berada dalam keadaan huru-hara sebegini kecuali ketika dan sebelumnya berlaku tragedi berdarah 13 Mei 1969.

Tragedi 13 Mei 1969 meletus kerana keangkuhan parti cauvinis Cina yang kalah satu kerusi untuk menguasai Selangor. Lantas mereka mengusung penyapu besar untuk menyapu kaum Melayu, sebagaimana penjajah Inggeris Amerika menyapu kaum ‘Red Indian’ yang merupakan kaum pribumi Amerika.

A 1 A A A A A A A A A A A A A A A A ATALIBAN 3

Mereka juga telah pergi ke rumah Menteri Besar Selangor, Datok Harus Idris dan menjerit menghalaunya keluar dari Selangor kerana kononnya rakyat menolak parti Perikatan (sila rujuk ‘Before and After 13th May’ yang ditulis oleh Tunku Abdul Rahman Putra).

Kini dengan kemenangan PH dalam PRU-14 yang sebenarnya didominasi oleh parti cauvinis Cina DAP, lagi sekali keangkuhan itu meletus.

Isu keganasan kuil Mariamman Seafield, isu kematian Muhamad Adip Mohd Kasim, isu gejala penghinaan ke atas agama Islam apabila Rasulullah dihina dengan kenyataan yang kesat dan kes penghinaan terhadap agama Islam, isu LGBT, isu ekonomi negara yang merudum, isu kes-kes terpilih mahkamah, isu pelabur asing yang lari ke negara lain, isu pembuangan penjawat awam, isu kos sara hidup yang meningkat mendadak dan banyak lagi untuk disenaraikan, telah menjadikan kerajaan PH sebagai kerajaan yang paling huru-hara dalam sejarah Malaysia sejak merdeka.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan PH, dengan agenda tersembunyinya cuba meratifikasikan ICERD supaya kononnya kebebasan dalam banyak perkara yang disekat dalam Perlembagaan Persekutuan (PP) dicairkan.

Segalanya disokong oleh kenyataan Perdana Menteri, Dr Mahathir bahawa dia adalah sekadar boneka DAP.

Rakyat bangun menentang dan kemudian menunjukkan kuasa suara mereka dalam ‘Perhimpunan Ummah 812’ yang berjaya menghimpun 1.9 juta rakyat Melayu-Islam yang merasai mereka ditindas dan agama mereka dihina.

A A A A A A APEKAK 1
Perhimpunan Ummah 812- yang menyaksikan 1.9 juta rakyat berkumpul menentang ICERD

Selepas PH gagal meratifikasikan ICERD kerana tsunami protes rakyat Melayu-Islam, kerajaan PH cuba pula mencairkan Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam perkara yang melibatkan kuasa Raja-Raja Melayu, yang sekaligus juga mencabuli hak Melayu-Islam melalui Statut Rome.

Statut Rome (telah ditarik balik atas tekanan suara rakyat) telah dipersetujui oleh Kabinet pada 12 Disember 2018 empat hari setelah negara dikejutkan dengan ‘Perhimpunan Ummah 812’ bagi membantah ratifikasi ICERD.

A A A A A A APEKAK 2

Statut Rome ditandatangani tanpa disedari oleh rakyat yang diasak oleh kes kontroversial penghinaan terhadap Nabi dan agama Islam, isu menghina Raja-Raja Melayu serta isu penyatuan ummah UMNO-PAS yang diterjemahkan oleh Lim Guan Eng sebagai semboyan perang Melayu terhadap kaum Cina.

Anehnya rakyat melihat Statut Rome melalui ICC (Mahkamah Jenayah Antarabangsa), diberikan kuasa untuk menghakimi Yang DiPertuan Agong dan kuasa ketenteraan negara dalam kes pemberontakan atau serangan ke atas negara baik dari dalaman mahupun luaran.

Secara halusnya, Perkara 27 dan 28 ICC memperuntukkan bahawa ketua negara dan komander tentera adalah tertakluk kepada undang-undang ICC jika berlaku jenayah yang melibatkan orang bawahan atau pihak berkuasa negara tersebut.

Mengapakah kuasa ketua negara dan komander tentera yang berada di bawah kuasa Yang DiPertuan Agong mahu dipersoalkan?

Adakah kerajaan PH yang didominasi DAP takut berlakunya kudeta atau coup d’tat rakyat memandangkan keadaan huru-hara yang kini sedang membakar jiwa rakyat Melayu-Bumiputera-Islam?

Dengan itu juga Statut Rome adalah undang-undang luar yang cuba menguasai undang-undang negara yang turut membela pihak musuh negara atau musuh rakyat melalui ICC dan undang-undangnya.

Dalam Perkara 120, Statut Rome dengan jelasnya tidak membenarkan mana-mana peruntukan yang termaktub dalam undang-undangnya dihadkan pemakaiannya dalam negara ahli.

Dengan kata-kata lain, segala peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan yang bertentangan dengannya akan terbatal melalui ICC, yang secara halusnya juga mengetepikan soal hak dan keistimewaan Melayu-Bumiputera, Raja-Raja Melayu dan agama Islam kerana segala acuan tempatan tidak lagi terpakai dalam ICC.

Isu Statut Rome menjadi lebih panas setelah Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian diisytihar sebagai Menteri Besar yang paling singkat dalam sejarah negara, yang menjadi punca perbalahan Tun Mahathir dan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

A A A A A A APEKAK 4
Dipetik daripada portal ISMAWEB

Isu tersebut berlanjutan daripada perang kenyataan terbuka antara Mahathir dan Tengku Mahkota Johor, susulan pembatalan keputusan kerajaan menandatangani Statut Rom.

Ketika mengisytiharkan keputusan kerajaan menarik balik ratifikasi Statut Rom, Tun Mahathir menyebut: “Ada juga yang beranggapan kalau kita tak tandatangan Statut Rom, maka mereka boleh buat apa-apa, curi duit dan sebagainya…Tapi ketahuilah kerajaan ini akan mengambil tindakan terhadap mereka…tandatangan atau tidak tandatangan Statut itu. Kami tak kira kamu siapa. Jika kamu jual tanah negara kepada orang lain hanya kerana wang. Kami akan ambil tindakan.”

A A A A A A APEKAK 3

Apakah sebenarnya tujuan Mahathir mengeluarkan kenyataan sedemikian? Tidakkah Mahathir buta dengan projek ekonomi kerajaan PH yang banyak membuka ruang kepada elitis dan jutawan Cina Taiwan, Hong Kong dan Singapura?

Adakah Mahathir mahu Raja-Raja Melayu bisu, pekak dan tuli sebagaimana tokong yang tegak berdiri tanpa menghiraukan keluhan dan penindasan terhadap rakyat?

Pemimpin PH harus ingat bahawa dalam Perlembagaan Persekutuan (PP) banyak memperuntukkan kuasa Raja-Raja dalam pentadbiran negara. Antaranya:

  • Perkara 41 PP-  tercatat bahawa Yang Dipertuan Agong merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.
  • Perkara 42 PP- Yang DiPertuan Agong juga berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman. Tidakkah dalam hal kuasa ini DS Anwar IBrahim dibebaskan daripada hukuman mahkamah, meskipun dia sebenarnya tidak dilepaskan daripada kesalahan jenayah yang telah diputuskan oleh mahkamah?
  • Perkara 153 PP -Yang DiPertuan Agong bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu serta kepentingan bangsa lain.
  • Perkara40(2)-C, PP- Melalui kuasa budi bicara, baginda Yang DiPertuan Agong berkuasa menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu.
  • Perkara 3PP- Yang di-Pertuan Agong juga merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah.
  • Perkara 40(2)-A dan 43(2)-A PP- Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri daripada mana-mana ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda ‘mungkin mendapat kepercayaan’. Namun jika Perdana Menteri hanya merupakan boneka kepada kuasa tertentu, adakah Yang DiPertuan Agong akan hanya duduk membisu?
  • Perkara 40(2)(A)(B) PP- Baginda juga boleh menggunakan kuasa budi bicara untuk membubarkan Parlimen sekiranya terdapat permintaan Perdana Menteri.
  • Perkara 43(5) PP- Baginda mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.
  • Perkara 150(2B) PP- Yang di-Pertuan Agong boleh membuat pengisytiharan darurat (sila rujuk Perkara150 PP) dan juga membuat undang-undang (ordinan) darurat sekiranya kedua-dua Dewan Parlimen tidak bersidang secara serentak.
  • Perkara 145 PP- Baginda juga berkuasa melantik Peguam Negara atas nasihat Perdana Menteri.

Lagi sekali rakyat Melayu-Islam tidak bodoh, tidak buta dan tuli, kerana Raja-Raja Melayu adalah payung agama Islam.

Agama Islam dan umatnya tidak akan selamat di bawah kerajaan bukan Islam, apatah lagi sekiranya tokoh pemimpin Melayu hanya menjadi kaldai kepada kuasa bukan Islam.

Sekiranya rakyat yang menyuarakan penentangan mereka untuk melindungi ‘Payung Islam’ dalam kerajaan yang didominasi oleh kerajaan kafirun, adakah Raja-Raja yang dipertahankan rakyat itu juga harus duduk membisu, pekak dan tuli?

Lantas kerajaan PH tidak seharusnya melenting, terutamanya tokoh pemimpin yang hanya sekadar menjadi boneka parti cauvinis Cina DAP, sekiranya terdapat suara dari istana yang mengkritik tindakan mereka untuk meratifikasikan Statut Rome.

Janganlah hendak mencari helah bahawa Statut Rome itu penting untuk mempertahankan hak bukan Islam, hak pemurtadan umat Islam, hak pengganas, hak pembunuh kerana selama kerajaan BN berkuasa semua jenayah yang berkaitan dengannya telah dapat diatasi.

Pemimpin seperti Anwar Ibrahim misalnya seharusnya sedar bahawa dia dapat menghidu udara luar penjara kerana pengampunan Raja-Raja Melayu dan bukannya kuasa mahkamah atau kuasa Mahathir yang sebenarnya telah mengheret dia ke penjara.

Oleh itu jika ada suara-suara dari istana Raja-Raja Melayu yang menyokong rakyat serta keselamatan dan kesejahteraan umat Islam serta agamanya, janganlah pula ada kalangan pemimpin PH yang cuba menjadi diktator untuk menghalang suara tersebut.

****

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: