SIKAP EKSTREMIS KERAJAAN PH MEMPERSOALKAN KEDAULATAN RAJA-RAJA

Lagi sekali dalam rentetan yang telah banyak kali diulangi, balaci-balaci DAP sedang menyebarkan dakyah agenda mereka untuk menghapuskan sistem beraja dan ‘Raja Berperlembagaan’ di Malaysia.  Natijahnya pastilah sebuah negara ‘Republik Rakyat’ sebagaimana terbentuknya ‘Republik Rakyat China’ yang tidak memerlukan agama, berpegang kepada ideologi sama rata, malah tertegak sebagai sebuah negara komunis.

A A AKEDAULATAN 3

Mereka lupa bahawa Malaysia bukan negara monoetknik sebagaimana negara China atau India, dan mereka lupa majoriti rakyat dan rakyat asal negara ini adalah MELAYU-ISLAM yang telah bermurah hati menerima kaum pendatang daripada golongan buruh asing British demi menggarap ‘Kemerdekaan 1958.’

Kami membangkitkan isu ini kerana ADUN Rungkup, daripada BN, Datuk Shahrul Zaman Yahya telah menggesa Ahli Exco Perak, Howard Lee Chuan How, supaya menjelaskan modul kursus politik anjuran kerajaan Negeri Perak yang didakwa mempersoalkan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Chuan How yang juga merupakan ADUN Pasir Pinji daripada parti DAP adalah Ahli Exco bagi Belia, Sukan dan Pembangunan, Negeri Perak.

Shahrul mendakwa modul yang digubah oleh Akademos atau ‘Akademi Rakyat’ adalah inisiatif Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Negeri Perak yang dibiayai oleh Perbadanan Aspirasi Anak Perak.

Modul tersebut amat jelas bertentangan dan bersifat ekstremis bagi golongan yang cuba menentang Perlembagaan Persekutuan.

Shahrul mendakwa salah seorang moderator kursus dalam satu perbincangan di bawah modul kursus berkenaan telah menyoal peserta kursus yang terdiri daripada golongan belia dan ahli Perhimpunan Belia Perak, sama ada wajar menerima anugerah gelaran pingat daripada Sultan seperti ‘Tan Sri’ atau ‘Datuk’?”

Sharul membawa isu berkenaan ekoran agenda halus modul berkenaan semasa kursus yang diadakan pada 12-14 Oktober, tahun lalu di Hotel Kinta Riverfront.

Dalam kursus itu, moderator yang merupakan ahli DAP daripada ‘Sekolah Demokrasi DAP’ telah membangkitkan soalan “Adakah boleh kita menguna pakai sistem ‘beraja’ sekiranya kita tidak memerlukan anugerah pingat dan gelaran?”

A A AKEDAULATAN 1

Dakwaan Shahrul yang telah disiarkan oleh Malay Mail telah mendedahkan betapa cetek dan dangkalnya kefahaman moderator kursus daripada DAP itu kerana ia hanya melihat kuasa Raja-Raja Melayu semata-mata sebagai saluran penganugerahan pingat.

Lebih malang lagi modul tersebut akan diguna pakai dalam semua kursus yang dianjurkan oleh kerajaan Negeri untuk penjawat awam dan pelajar universiti bagi menyuntik agenda DAP untuk mencabar kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Dengan persoalan yang dibangkitkan melalui modul itu, amat jelas bahawa ia gagal menterjemahkan kuasa Raja-Raja dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana dimaktubkan dalam Perkara 3, 32, 40, 41, 42, 43, 44, 55, 66, 140, 141, 145, 150, dan 153 (sekadar menyebut sebahagian daripadanya).

Sekiranya dakwaan Shahrul adalah benar maka laporan polis hendaklah dibuat kerana tindakan menyampaikan kursus mengikut modul sedemikian adalah pertamanya, bertentangan dengan Hak Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dan keduanya, bertentangan dengan Rukun Negara iaitu ‘Kesetiaan kepada Raja dan Negara’.

Intipati ekstremis modul kursus berkenaan yang merupakan manifestasi kepada pencabulan Perlembagaan Persekutuan mengenai kedudukan Raja-Raja Melayu amatlah berbahaya kepada keharmonian negara terutamanya kepada sensitiviti kaum Melayu-Islam yang merupakan kaum majoriti dan penduduk asal negara ini.

Modul kursus berkenaan juga akan menanam kebencian kepada hak dan kedudukan Raja-Raja Melayu yang menjadi payung kepada agama Islam serta kuasa ‘semak dan menyeimbangi’ kuasa eksekutif parlimen negara.

Jauh lebih berbahaya ialah akibatnya yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat yang mendaulatkan Raja-Raja Melayu sebagai perkara pokok yang telah dipersetujui dan tidak boleh dipersoalkan sebagaimana ia telah dinobatkan dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Dengan itu ia boleh mengheret sensitiviti rakyat untuk bangun membela Raja-Raja Melayu dan menentang pihak yang terlibat mempersoalkannya sehingga kepada bunuh-membunuh antara pihak yang meletakkan kedaulatan Raja-Raja dengan pihak yang cuba melupuskannya atau dengan kata-kata lain menghapuskan sistem beraja di Malaysia.

Kuasa Raja-Raja Melayu sekiranya diamati amatlah besar dalam Perlembagaan Persekutuan (PP).

Ia telah meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai ‘Ketua Utama Negara’ (sila rujuk Perkara 32 PP), yang dari sudut perundang-undangannya dalam prinsip pengasingan kuasa Parlimen iaitu Perundang-Undangan (Legislatif), Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari).

Perkara 44 PP pula telah memaktubkan kuasa Yang DiPertuan Agong sebagai satu daripada tiga unsur utama dalam Parlimen.

Baginda mempunyai kuasa memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen (sila rujuk Perkara 55 PP) serta meletakkan cop mohor kepada sebarang Rang Undang-Undang yang telah diluluskan oleh Badan Perundang-Undangan dalam proses penggubalan undang-undang (sila rujuk Perkara 66 PP).

Selain itu, Yang Dipertuan Agong merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera (sila rujuk Perkara 41PP).

Yang DiPertuan Agong juga berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman (sila rujuk Perkara 42 PP). Tidakkah dalam hal kuasa ini DS Anwar Ibrahim dibebaskan daripada hukuman mahkamah, meskipun dia sebenarnya tidak diubah status ‘bersalah’ daripada kesalahan jenayah sodomi yang telah diputuskan oleh mahkamah?

Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu serta kepentingan bangsa lain (sila rujuk Perkara 153 PP).

Melalui kuasa budi bicara, baginda Yang DiPertuan Agong berkuasa menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu (sila rujuk Perkara 40 (2)-C, PP ).

Yang DiPertuan Agong juga merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah (sila rujuk Perkara 3 PP).

Yang DiPertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri daripada mana-mana ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda ‘mungkin mendapat kepercayaan’ ( sila rujuk Perkara 40(2)-A, dan 43(2)-A PP).

Baginda juga boleh menggunakan kuasa budi bicara untuk membubarkan Parlimen sekiranya terdapat permintaan Perdana Menteri (sila rujuk Perkara 40(2)(A)(B) PP).

Baginda mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri (sila rujuk Perkara 43(5) PP).

Yang DiPertuan Agong boleh membuat pengisytiharan darurat (sila rujuk Perkara 150 PP) dan juga membuat undang-undang (ordinan) darurat sekiranya kedua-dua Dewan Parlimen tidak bersidang secara serentak (sila rujuk Perkara 150(2B) PP).

Atas nasihat Perdana Menteri, baginda mempunyai kausa melantik ahli suruhanjaya-suruhanjaya yang ditubuhkan oleh Perlembagaan, seperti Suruhanjaya Polis (sila rujuk Perkara 140 PP), Pelajaran (sila rujuk Perkara 141-A, PP) dan apa sahaja suruhanjaya yang ditubuhkan mengikut keperluan semasa seperti Suruhanjaya Siasatan DiRaja dan sebagainya.

Baginda juga berkuasa melantik Peguam Negara atas nasihat Perdana Menteri (sila rujuk Perkara 145 PP).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga telah menegaskan bahawa rakyat hendaklah menghormati dan mempertahankan institusi DiRaja serta tidak mempersoalkan perkara yang tidak sepatutnya. Institusi DiRaja perlu dipertahankan dan dipelihara dengan baik, dan tidak sekali-kali mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan imej institusi DiRaja, hujahnya sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

A A AKEDAULATAN 4

Dengan itu kami ingin membangkitkan persoalan adakah ‘Akademi Rakyat’ cuba menyalurkan agenda tersembunyi DAP bagi menubuhkan sebuah ‘Republik Rakyat’ sebagaimana ‘Republik Rakyat China’?

Nampaknya isu kursus yang ditunjangi oleh DAP untuk anak-anak muda tidak boleh ‘disapu begitu sahaja ke bawah tikar’.

Pihak yang bertanggungjawab serta moderator yang pendek akal sedemikian serta ‘modul penghasut’ itu hendaklah diambil tindakan supaya menjadi iktibar kepada sesiapa sahaja yang cuba mempersoalkan kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagaimana termaktub, ternobat dan ternoktah dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jika tidak, golongan ini hendaklah dipersilakan nyah daripada bumi Melayu yang sejak azali lagi meletakkan institusi DiRaja sebagai tempat rakyat berlindung apatah lagi ia telah dinobatkan sebagai payung agama suci Islam.

Mereka boleh bermigrasi ke negara ‘Republik Rakyat’ yang mereka impikan!

*****

 

Advertisement

4 thoughts on “SIKAP EKSTREMIS KERAJAAN PH MEMPERSOALKAN KEDAULATAN RAJA-RAJA

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: