VIDEO – EMBARGO KERTAS PUTIH FELDA ADALAH KEBODOHAN URUS SETIA PARLIMEN, MENGAPA NAJIB DIPERSALAHKAN?

Parlimen kecoh kerana kelemahan urus setia, DS Najib pula dijadikan mangsa – Dipetik daripada YouTube

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali telah mengemukakan usul kepada speaker Dewan Rakyat supaya mengambil tindakan berat terhadap Najib Razak kerana telah mendedahkan dokumen Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Felda pada petang 9 April 2019 melalui FB-nya. 

Kertas Putih berkenaan masih di bawah sekatan ‘embargo’ dan hanya boleh didedahkan kepada umum pada jam 11.30 pagi, Rabu, 10 April 2019. Peliknya dalam laman web Parlimen, ia sudahpun dimuat naik pada Selasa 9 April. 

A A AKERTAS PUTIH 1

Ahli Parlimen (AP) Gombak itu berkata, dokumen yang dibekalkan kepada setiap anggota parlimen itu sepatutnya diembargo sehingga ia dibentangkan pada 10 April 2019.

“Ini satu kesalahan besar. Kepada (MP) Pekan iaitu DS Najib, mungkin (dia anggap) kesalahan kecil,” katanya.

“Bagaimana seorang bekas Perdana Menteri boleh lakukan bagi membocorkan dokumen yang diembargo sehingga hari ini.

“Tindakan keras hendaklah diambil terhadap AP Pekan (Najib Razak). 

Lucu rasanya apabila Menteri Ekonomi cuba berlagak seperti juara kampung untuk mengenakan tindakan keras terhadap DS Najib atas tindakan membocorkan dokumen yang masih dalam tempoh embargo kira-kira 12 jam sebelum ia boleh didedahkan kepada rakyat. DS Najib telah mendedahkannya di dalam FB beliau pada petang 9 hb sebelum embargo tamat pada 11.30 pagi 10 hb.

DS Najib telah memuat naik sebahagian laporan kertas putih Felda dalam FB-nya yang menyebut wujudnya “Put Option“, iaitu hak menjual saham pada harga yang ditentukan dalam tempoh yang ditetapkan.

Dalam FB-nya DS Najib menyatakan tuduhan media dan laporan polis telah dibuat untuk mendakwa beliau sebagai telah menipu Felda dalam isu membeli syarikat Indonesia Eagle High Plantations sehingga menyebabkan kerugian berbilion.

Walau bagaimanapun DS Najib mempertahankan syarikat Indonesia itu dan menyifatkan pelaburan tersebut tidak merugikan tetapi hanya propaganda pihak kerajaan.

Walau bagaimanapun pada 9 April itu DS Najib tidak hadir di Dewan Parlimen kerana beliau berada di mahkamah untuk urusan perbicaraan yang tidak boleh diabaikan.

Kertas Putih Felda tersebut yang diedarkan kepada setiap Ahli Parlimen masih berada di atas meja beliau di kerusi sidang parlimen.

Anehnya, bagaimanakah DS Najib boleh dituduh membocorkan dokumen yang hanya kira-kira 12 jam dalam tempoh tamatnya embargo sedangkan Kertas Putih itu sudahpun diketahui umum melalui laman web parlimen?

Inilah pokok persoalannya kerana pihak urus setia Parlimen tidak sedar bahawa merekalah yang sebenarnya telah mencabuli tempoh embargo dokumen tersebut kerana kertas putih itu telah didedahkan dalam lamannya yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja dalam kalangan pengguna Internet.

Isu ini telah menjadi perbalahan hangat di Dewan Parlimen, sehingga AP Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar membangkitkan isu ‘undang-undang rimba’ kerajaan PH yang hanya berkuasa tetapi tidak tahu mengendalikan urus tadbir.

Sekiranya DS Najib hendak diambil tindakan ‘tegas’ dengan penggantungan ‘tiga bulan,’ maka pihak urus setia parlimen dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab ke atas sebarang dokumen parlimen itu yang sepatutnya digantung, bukannya DS Najib.

Bagi pihak pembangkang, Tan Sri Noh Omar juga menegaskan bahawa Perdana Menteri juga harus bertanggung jawab terlebih dahulu apabila dokumen tersebut telah pun terdedah dalam laman web parlimen lebih awal dan boleh diakses bukan sahaja oleh DS Najib malah sesiapa sahaja pengguna Internet.

DS Najib sendiri tidak menerima ‘salinan keras’ dokumen Kertas Putih Kelestarian FELDA berkenaan kerana beliau tidak hadir kerana urusan mahkamah dan Kertas Putih itu masih berada di meja beliau.

Kepada Azmin Ali rakyat mahu mengingatkan bahawa janganlah cuba hendak menjadi juara dengan menyerang urusan embargo Kertas Putih itu, sedang ekonomi negara yang dilihat ribuan kali ganda lebih penting kepada kebajikan dan kedudukan ekonomi rakyat tidak dipedulikannya.

A A AKERTAS PUTIH 2

Azmin lebih peka terhadap Kertas Putih Felda sedangkan dia buta dengan kejatuhan nilai Ringgit yang disifatkan boleh mengakibatkan negara muflis jika keadaan ekonomi negara berterusan sebegini.

Azmin juga buta dengan kejatuhan nilai saham di Bursa Kuala Lumpur yang dikategorikan oleh Bloomberg sebagai terburuk di dunia?

A A AKERTAS PUTIH 4

Azmin juga seperti buta dengan hutang negara yang meningkat mendadak sehingga RM862.I bilion sejak PH berkuasa.

A 1 A A A A A A A A A A A A A A A A A A AKAKIS 2

Azmin juga buta apabila ramai pelabur asing lari meninggalkan negara yang mereka persepsikan sebagai amat tidak stabil apabila PM ‘tua’ yang baru memegang kuasa hanya akan berada di kerusinya sehingga Mei tahun depan (2020) sahaja sebagaimana yang dipersetujui antara parti komponen PH.

Cukuplah penganiayaan yang ditujah kepada DS Najib selama ini, dan janganlah tanya mengapa beliau tidak hadir dalam sidang parlimen pada 9 April itu.

A A AKERTAS PUTIH 3

Apakah Azmin Ali lupa apabila 35 AP daripada pihak kerajaan tidak hadir pada 24 Julai sehingga mendapat kritikan dan rungutan daripada Perdana Menteri?

PH nampaknya seperti monyet yang menguasai sebuah jentera, tetapi bangang untuk mengendalikannya!

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: