VIDEO- “ANWAR TIDAK AKAN JADI PM”- KATA PEMIMPIN PPBM

Satu wawancara yang diterbitkan oleh ‘Nothing To Hide Media’ pada 28 Mac lalu, telah merakamkan hujah-hujah bernas daripada bekas Naib Presiden PPBM, Datok Hamidah Osman tentang isu ‘Anwar tidak akan jadi PM’.

Masyarakat tidak menafikan bahawa DS Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu amat lantang memperjuangkan kedudukan Islam, dan kedudukan istimewa kaum Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Namun sejak berganding bahu dengan DAP dalam Pakatan Harapan, Anwar telah bertukar rupa. Dia lebih suka berdiam diri apabila DAP menindas dan mengetepikan hak keistimewaan kaum Melayu.

Apabila UEC (sijil Sekolah Menengah Swasta Cina) diisytiharkan oleh Peguam Negara, Tommy Thomas sebagai kelayakan yang boleh diguna pakai oleh kerajaan, Anwar nampaknya berdiam diri.

Apabila isu ‘Salib Gergasi; dipacakkan di Pulau Pinang, Anwar Ibrahim juga mendiamkan diri. Apabila orang Melayu dihalau daripada PPR, apabila harta Tabung Haji digadai oleh pemimpin DAP, apabila Bank Islam diterobos oleh pemimpin DAP, apabila pekebun kecil dan peneroka FELDA menderita akibat jatuhnya harga komoditi getah dan banyak lagi musibah yang menimpa kaum Melayu, Anwar juga terus berdiam diri.

A 1 A A AFIRMAN 5

Di mana perginya pekik-lolong Baling yang memperjuangkan kedudukan Melayu miskin dan dikatakan ‘kebuluran’ yang digerakkan oleh Anwar suatu ketika dahulu?

Anwar sebenarnya hanyalah ‘binatang politik’ (political animal) yang hipokrit atau dalam bahasa Islam, Anwar adalah ‘munafik’.

Benarlah kata Prof Dr Chandra Muzaffar dan Prof Dr Sidek Baba suatu ketika dahulu bahawa Anwar adalah ‘seekor sesumpah’ yang boleh bertukar rupa mengikut habitat sekelilingnya.

Banyak isu polisi yang berkaitan Melayu-Islam yang dicabuli oleh DAP tidak mendapat perhatian Anwar.

Adakah Anwar cuba menyelamatkan dirinya dengan bersembunyi di bawah selimut atau sebenarnya Anwar sudah menjadi manusia pengecut?

Malah di PRK Rantau, Anwar tahu bahawa majoriti penduduknya adalah Melayu-Islam, namun Anwar tidak peka, lalu mencalonkan kafirun untuk memimpin umat Islam di situ. Di manakah perginya sensitiviti Anwar dalam soal akidah dan roh kepimpinan Islam yang dikatakan tebal dalam dirinya itu?

Kini bekas Naib Presiden PBBM Dato Hamidah Osman yang lebih tahu tentang sikap dan pendirian Tun Mahathir terhadap masa depan Malaysia dan penggantinya telah mendedahkan bahawa ‘Anwar telah hilang identiti diri.’

Dalam kemelut politik yang zalim hari ini, dia hilang identiti, dia hilang arah tuju dan rakyat tidak nampak apakah asas perjuangan Anwar sekarang.

Dalam satu kajian media sosial, yang dijalankan oleh sebuah firma Pengiklanan, Nobleman Creation telah mendapati bahawa populariti Anwar Ibrahim tercorot berbanding dengan DS Najib, DS Haji Hadi Awang dan Mahathir.

A A A A ANWAR TAKJADI PM 1

DS Najib Razak (skor 6.7 juta) pada Jan 2019, telah mendahului ketiga-tiganya dengan Hadi (skor 209 ribu) berada di tempat kedua, Mahathir (skor 154 ribu) di tempat ketiga, manakala Anwar tercorot dengan skor 65 ribu sahaja.

Rakyat Melayu-Islam yang menjadi majoriti perlukan suara lantang bagi membela mereka dan menentang agenda dan tindakan kerajaan PH yang didominasi DAP serta kepincangan yang menonjol, namun rakyat tidak lagi memperolehinya daripada Anwar.

Anwar sepatutnya berani menentang hala tuju DAP dan musuh Melayu-Islam, serta membuat teguran konstruktif kepada DAP dan defensif terhadap Melayu-Islam, tetapi nampaknya dia hanya berdiam diri.

Anwar kini tidak lagi melihat bahawa suara dan sokongan rakyat itu penting, sebaliknya dia lebih mengharapkan sokongan Ahli Parlimen yang didominasi oleh kaum Cina dan DAP. Malah Mahathir yang dahulunya menjadi sasaran perjuangan ‘reformasi’ kini menjadi ketiak untuk Anwar berlindung di bawahnya. Jelaslah bahawa Anwar adalah hipokrit.

Sekarang rakyat sudah nampak “siapakah Anwar Ibrahim sebenarnya”.

Dalam kes sodomi, Agong mengampunkan Anwar, tetapi mahkamah tetap dengan keputusan bahawa Anwar ‘Bersalah.’ Malahan Mahathir terus berpegang teguh bahawa Anwar adalah ‘sodomis’ yang tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Anak-anak muda, mahasiswa dan golongan yang dahulunya bersama dalam gerakan reformasi tidak lagi mahu bersekongkol dengan Anwar kerana roh Melayu pada Anwar sudah hilang.

Sebaliknya aura ‘Bossku’ dilihat lebih kuat daripada Anwar.

Hari ini pemimpin tertinggi Melayu dalam PH juga sudah tidak lagi mempedulikan hal rakyat. Mereka lebih cenderung untuk mempertahankan kedudukan mereka.

Anwar dengan strategi untuk menggarap kerusi Perdana Menteri, manakala Mahathir pula gelabah dan juga mengatur strategi untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri. Malahan Mahathir mengaku bahawa DAP berkuasa dalam politik PH dan dia sedang berlindung di bawah kuasa DAP.

A A A A ANWAR TAKJADI PM 2

Lebih malang lagi rakyat menterjemahkan pengakuan Mahathir itu sebagai mengisytiharkan bahawa dia adalah ‘boneka’ atau ‘kaldai’ DAP.

Politik Anwar dan Mahathir lebih condong kepada ‘the struggle of power.’ Mahathir melihat parti PPBM-nya adalah ‘melukut di tepi gantang’, maka dia mengugut dan menekan ahli parlimen UMNO yang lemah supaya bersamanya dalam PPBM dan dia berjaya menarik beberapa daripada mereka.

Anehnya dahulu, Mahathir juga yang melabelkan mereka sebagai kleptokrat, korup, jijik dan kotor, tetapi dia sendiri sanggup menerima mereka. Mahathir juga hipokrit yang amat nyata kerana dia sanggup menjilat ludahnya sendiri.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah, puteri Anwar sendiri marah dengan pendekatan Mahathir untuk mengukuhkan PPBM yang lemah dan munggil dalam PH itu, dan menonjolkan karektor Mahathir sebagai ‘diktator.’

A A A A ANWAR TAKJADI PM 3

Dengan itu rakyat menjadi amat marah dan tiga PRK berturut-turut mendedahkan penentangan rakyat terhadap kerajaan PH yang penuh dengan penipuan, hipokrasi dan fitnah, manakala mahkamah pula menjadi medan perbicaraan ‘terpilih’.

Hari ni rakyat bertanya, “Apakah yang akan terjadi kepada negara ini?”

Adakah rakyat harus menunggu sehingga habis penggal dengan penyelewengan kuasa, tiada hala tuju, ekonomi merudum, harga komoditi jatuh, pelabur asing lari ke negara lain, peluang pekerjaan yang amat tipis, inflasi mendadak naik? Mahathir dan Anwar tidak mempedulikan rakyat.

Malahan itulah yang sekarang terdedah daripada pemerintahan 22 tahun Mahathir pada 1981-2003 dahulu. Mahathir tidak mempedulikan rakyat, dia hanya membina simbol-simbol kemakmuran yang mengkayakan kroni dan ahli keluarganya.

Jika situasi sfera politik berterusan begini, ia amat bahaya, nescaya Malaysia akan jatuh menjunam di tangan pemimpin PH sebegini dan rakyatlah yang akan menderita, bukannya ahli politik seperti Mahathir dan Anwar yang sememangnya sudah kaya raya dan buncit tembolok mereka.

Soal gagal memenuhi janji dalam soal manifesto adalah soal lain, tetapi apakah yang PH telah buat sehingga ke hari ini? Apakah strategi ekonomi yang PH lakukan untuk mensejahterakan rakyat. Apakah yang PH telah buat untuk memenuhi strategi Dasar Ekonomi Baru untuk memperkukuhkan kaum Melayu yang masih jauh ketinggalan?

Apa yang rakyat lihat hari ini ialah kenyataan-kenyataan bodoh pemimpin PH; minum minyak sawitlah, tanam buluhlah, tanam ganjalah, kereta terbanglah, ECRL akan masuk Rantau dan macam-macam lagi.

Amat jelas hari ini Malaysia diperintah oleh pemimpin kakistokrasi iaitu ‘kerajaan yang dipimpin oleh golongan bodoh yang tidak mempunyai kelayakan dan tidak bertanggungjawab tetapi diberikan kuasa memimpin.’

Sebelum PRU14, PH berjanji akan mengurangkan hutang kerajaan sejumlah RM1 trilion (yang merupakan fitnah DAP).  

Malangnya hari ini segala bantuan kepada rakyat ditarik balik, bantuan nelayan dan petani juga ditarik balik, subsidi pun sememangnya sudah tiada, sedangkan BR1M adalah rasionalisasi kerajaan BN untuk menamatkan subsidi petrol, peliknya hutang kerajaan PH terus meningkat, aset kaum Melayu dalam Tabung Hajim dijual, hibbah Tabung Haji jatuh merudum, aset Khazanah dijual, saham Felda juga merudum, dan banyak kepincangan kerajaan PH.

Malah pada 15 April lalu, Bloomberg telah mengeluarkan kenyataan bahawa Bursa Malaysia berada dalam keadaan paling teruk berbanding dengan bursa saham lain di dunia.

A 1 A A A A A A A A A A A A A A A A A A AKAKIS 1AA

Rakyat sebenarnya telah salah pilih pada PRU14, kerana apabila diuar-uarkan bahawa jika PH menang ‘Mahathir akan menjadi Perdana Menteri selama dua tahun’ dan akan digantikan dengan Anwar.

Tempoh dua tahun adalah tempoh yang singkat kerana negara yang baru bertukar kerajaan tidak akan stabil dari segi politik dalam tempoh dua tahun.

Dengan itu pelabur akan lari kerana mereka tidak mahu menggadaikan masa depan pelaburan mereka pada negara yang tidak menjaminkan kestabilan politik. Jika Perdana Menteri bertukar maka polisi ekonominya akan berubah, polisinya terhadap pelabur juga pastinya akan berubah.

Itulah kesilapan besar yang dilakukan oleh rakyat pada PRU14, kerana tempoh dua tahun yang dijanjikan akan menyebabkan pelabur lari, apatah lagi apabila Lim Guan Eng menguar-uarkan pula hutang negara yang meningkat.  Keadaan menjadi lebih haru-biru apabila projek-projek negara China yang dibatalkan dan lantas China bertindak balas menghentikan import minyak sawit Malaysia.

Logiklah sekiranya wujud golongan tertentu yang mahu menyekat pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Mahathir dalam tempoh terdekat ini.

Kita tidak pernah mendengar bahawa Mahathir akan menyerahkan kuasa kepada Anwar dalam tempoh dua tahun. Apabila sampai tempoh dua tahun itu nanti, iaitu Mei 2020, Anwar pasti akan menuntut janji Mahathir manakala Mahathir pastinya tidak mudah menyerahkan kuasanya kepada Anwar.

Ketika itu suasana politik Malaysia lagi sekali akan huru-hara. Mungkin juga tragedi 1997 akan berulang kembali.

Demikianlah antara intipati yang telah dikupas daripada kenyataan Datok Hamidah Osman, bekas Naib Presiden PBBM yang pada awal-awal lagi telah melihat bahawa terdapat kegenjotan dalam kepimpinan PH.

Beliau lantas mengubah haluan dan meninggalkan PH dan kini beliau bersama dengan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) yang diasaskan oleh PERKASA di bawah kepimpinan Ibrahim Ali.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: