PH KALAH DI RANTAU KERANA FAKTOR KAKISTOKRASI

Kakistokrasi bermaksud sistem kerajaan yang diurus tadbir oleh pemimpin yang paling teruk dari aspek keintelektualan politik dan amat tidak bertanggungjawab.

Rakyat seringkali disogokkan oleh media massa dengan kenyataan-kenyataan pemimpin PH yang diterjemahkan sebagai ‘bodoh.’

Dalam kempen pilihan raya PH sebelum PRU14, mereka menguar-uarkan bahawa Mahathir akan menjadi Perdana Menteri selama dua tahun sahaja sebelum diambil alih oleh Anwar Ibrahim.

Ini satu kesilapan kakistokrasi yang telah dilakukan oleh pemimpin bodoh PH yang lantas memperbodohkan rakyat keseluruhannya.

Seseorang Perdana Menteri yang berkuasa selama dua tahun dan kemudiannya digantikan dengan Perdana Menteri yang lain, menunjukkan dan mendedahkan bahawa kerajaan tersebut adalah kerajaan yang amat tidak stabil.

Apabila pelabur asing mendapat makluman sedemikian, mereka tidak bodoh untuk kekalkan pelaburan mereka di Malaysia. Lantas dengan sebab itulah pelabur asing telah lari meninggalkan Malaysia dan melabur di negara lain.

Hal kakistokrasi ini diperbodohkan lagi oleh Menteri Kewangan yang mengheboh-hebohkan hutang negara yang berjumlah besar lebih daripada RM1 trilion (fitnah semata-mata).

Bodohnya Menteri Kewangan ini apabila dalam pembentangan Bajet 2019, diperakui pula bahawa hutang negara hanyalah RM686 bilion, sebagaimana yang dipertahankan oleh kerajaan BN sebelumnya dan diperakui oleh badan penarafan ekonomi dunia serta Bank Negara, iaitu selaras dengan kadar yang rendah daripada 53% KDNK seperti yang dibolehkan oleh undang-undang kewangan negara dalam hal hutang.

Bodohnya lagi pemimpin PH apabila mendedahkan kehilangan wang negara bagi memperkuatkan lagi fitnah mereka terhadap kerajaan BN sebelumnya melalui isu 1MBD seperti wang derma politik kerajaan Arab Saudi yang berjumlah RM2.6 bilion.

Dengan itu jugalah faktor kakistokrasi sedemikian telah menyebabkan pelabur asing lari meninggalkan Malaysia dan saham di Bursa Malaysia jatuh merudum dan nilai ringgit turut menjunam.

Malah semalam (15 April) Bloomberg telah mengeluarkan kenyataan bahawa Bursa Malaysia berada dalam keadaan paling teruk DI DUNIA berbanding dengan bursa saham antarabangsa lain.

A 1 A A A A A A A A A A A A A A A A A A AKAKIS 1AA

Kemudian kita lihat pula apabila Menteri Pertahanan mendedahkan kedaifan tentera udara Malaysia kepada media yang merupakan satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan dari aspek keselamatan dan kerahsiaan kekuatan tentera negara.

Rakyat juga terkejut apabila terdapat pemimpin PH yang mengatakan bahawa golongan gay di Malaysia tidak mengamalkan seks luar tabii. Ia samalah seperti mendakwa bahawa orang Cina tidak makan babi atau orang Inggeris tidak makan roti.

Ada menteri yang mencadangkan agar peneroka dan pekebun kelapa sawit menggantikan tanaman mereka dengan buluh, sedangkan dia tidak terlebih dahulu merujuk kepada kesesuaian tanah di kebanyakan kawasan penanaman kelapa sawit.

Menteri berkenaan juga tidak merujuk kepada diversifikasi industri aliran daripada produk kelapa sawit yang bukan semata-mata menghasilkan minyak masak, sebaliknya pelbagai produk makanan lain lagi seperti susu pekat manis, sabun, majerin dan banyak lagi.

Kemudian rakyat terkejut pula apabila ada kalangan pemimpin PH mencadangkan agar petani menanam ganja kerana ia boleh membawa keuntungan berlipat kali ganda.

Dengan itu juga rakyat berfikir bahawa penanaman ganja samalah juga dengan galakan menanam anggur dan kemudiannya membuka kilang arak.

A 1 A A A A A A A A A A A A A A A A A A AKAKIS 4

Kalau rakyat digalakkan menanam ganja, maka apa salahnya kemudiannya nanti rakyat menanam kokain dan popi, sebagaimana telah dibuktikan oleh negara dadah seperti Columbia, Peru, Bolivia dan beberapa lagi negara Amerika Latin yang telah melahirkan ramai jutawan dadah dan kartel dadah.

Nanti sekiranya tiada permintaan untuk pasaran luar maka pasaran domestik hendaklah digalakkan dan dipicu. Lalu nanti, apa akan terjadi pada negara ini apabila remaja dan pemuda-pemudinya terlentok dengan pukulan penagihan ganja?

Kemudiannya rakyat dikejutkan pula dengan industri kereta terbang yang akan digerakkan negara hanya dengan modal RM20 juta sahaja.

Namun apabila pihak tertentu cuba menunjukkan model kereta terbang yang akan dihasilkan oleh negara di LIMA Langkawi, sebagaimana diuar-uarkan dalam media, seluruh negara terkedu lagi sekali dengan kebodohan yang diasaskan oleh pemimpin PH.

A 1 A A A A A A A A A A A A A A A A A A AKAKIS 1A

Ekoran kejatuhan harga komoditi getah pula, menteri PH juga menyarankan agar pekebun menoreh getah pada waktu hujan. Ia samalah sekiranya menteri ini meminta rakyat membiarkan sawah ditakungi air ketika padi masak, atas kejahilannya yang tidak mahu terlebih dahulu memahami sistem penorehan getah dan kesan alam terhadap proses tersebut.

Rakyat tidaklah bodoh apabila sebelum PRU14, PH berjanji akan mengurangkan hutang kerajaan sejumlah RM1 trilion (yang merupakan fitnah DAP dan Mahathir).

Malangnya hari ini segala bantuan kepada rakyat ditarik balik, bantuan nelayan dan petani juga ditarik balik, subsidi pun sememangnya sudah tiada, sedangkan BR1M adalah tindakan rasionalisasi kerajaan BN untuk menamatkan subsidi petrol, peliknya hutang kerajaan PH terus meningkat, aset kaum Melayu-Islam dalam Tabung Haji dijual, hibbah Tabung Haji jatuh merudum, aset Khazanah dijual, saham Felda juga merudum, dan banyak lagi kepincangan kerajaan PH.

Dalam pada itu hutang kerajaan PH bertambah dari RM686 bilion ketika BN memerintah kepada RM862.1bilion, pertambahan RM175.3bilion!

A 1 A A A A A A A A A A A A A A A A A A AKAKIS 2
Hutang kerajaan PH terus meningkat mendadak dari RM741bilion kepada Rm862.1bilion sejak berkuasa

Mahathir juga cuba memperbodohkan rakyat apabila dia menuduh dan melabelkan pemimpin BN sebagai jijik, kleptokrat, dan perasuah. Namun kerana survival parti PPBM dia membuka tangan untuk mereka yang melompat parti dari UMNO yang dilabelkan jijik dan kotor itu.

Nampaklah kebodohan Mahathir yang menjilat ludahnya sendiri.

Sehari dua ini heboh pula apabila kerajaan PH setuju untuk meneruskan projek ECRL dengan negara China yang sebelumnya telah dibatalkan, tetapi dengan memberikan kepentingan 50% dalam syarikat konsesi kepada negara China, sedangkan kerajaan BN dahulu mempunyai kepentingan 100% dalam konsesi ECRL. A 1 A A A A A A A A A A A A A A A A A A AKAKIS 5

Dahulunya Mahathir menuduh BN cuba menjual negara kepada China, tetapi dengan memberikan kepentingan 50% itu tidakkah dia menjual milik negara kepada China?

Mahathir menuduh kos sebenar ECRL hanyalah RM29 bilion dan selebihnya adalah rasuah, manakala sekarang ini kosnya ialah RM44 bilion, maka tidakkah RM15 bilion itu adalah rasuah?

Dalam kes Anwar Ibrahim yang disumbat ke penjara dua kali atas tindakan tuduhan rasuah dan sodomi, Mahathir telah mengeluarkan kenyataan dan memperakui bahawa dia telah membuat keputusan yang salah dengan ‘mematuhi undang-undang sepenuhnya’ dalam tindakannya memecat Anwar sebagai Timbalan PM dua puluh tahun yang lalu.

A 1 A A A A A A A A A A A A A A A A A A AKAKIS 3

Maka lagi sekali rakyat diperbodohkan kerana dalam 20 tahun yang akan datang, sekiranya dia masih bernafas dan tidak ‘sewel’ maka dia juga akan berkata “jika dia boleh menterbalikkan masa, dia tidak akan menganiayai DS Najib,” seperti yang dia luahkan kepada Sin Chew Daily.

Amat sesuailah kerajaan PH ini dilabelkan sebagai kerajaan kakistokrasi kerana kebanyakan menterinya menggunakan sijil kelayakan palsu, malah ada yang menipu sijil mereka. Tambahan pula orang seperti Mat Sabu telah dilabelkan sebagai ‘Menteri Pertahanan Terbodoh di Dunia’ berbanding dengan 14 Menteri Pertahanan lain di negara-negara Asia. Manakala Lim Guan Eng pula telah mengejutkan rakyat apabila dirinya bukanlah akauntan bertauliah seperti yang dia canangkan terdahulu. Dia sebenarnya hanya layak diangkat sebagai kerani akaun sahaja. Patutlah ekonomi negara punah di bawah tangan cauvinis ini.

Fikir-fikirkanlah apakah rakyat rela negara ini dipimpin dan dipergadaikan oleh golongan kakistokrasi sebegini?

*******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: