VIDEO – PENYOKONG PH BERGADUH SELEPAS PRK RANTAU, SIAPAKAH TALIBAN SEBENARNYA?

Penyokong PH bergaduh sesama sendiri setelah diumumkan kalah dalam PRK Rantau

Penyatuan ummah UMNO-PAS dipersepsikan sebagai puak pelampau Taliban dari Afghanistan kerana mempromosi politik kebencian, sebagaimana tuduhan pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Tuduhan yang lebih bersifat fitnah dan prasangka itu dilontarkan oleh Khalid Samad bahawa parti pembangkang itu sentiasa mencanangkan bahawa kaum Melayu sedang diancam oleh kerajaan PH-DAP.

Pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming juga meluahkan perhatian mereka terhadap penyatuan ‘mono-etnik’ PAS dan UMNO sebagai Taliban.

Fitnah pemimpin kerajaan PH-DAP itu ibarat ‘kata dulang paku tersepih’ atau ‘kuman di sebarang dia nampak, gajah di hadapan hidung diabaikannya.’

A 1 A A A A A A A A A A A A A A A A ATALIBAN 2
Kemenangan Tok Mat Hasan dikongsi bersama oleh penyokong UMNO-PAS, MCA, MIC dan Makkal Sakti

Sedangkan apa yang rakyat lihat dalam kempen PRK Rantau, UMNO-PAS boleh duduk sepentas bersama-sama pemimpin MCA, MIC dan Makkal Sakti untuk menyokong Tok Mat Hasan dan berjuang menentang calon lain terutamanya daripada PKR yang sebenarnya tebal dengan sifat dan sikap Taliban. 

Perhatikan apabila dalam setiap ucapan pemimpin PH termasuk Tun Mahathir, label kebencian seperti ‘Perompak’, ‘Lanun’, ‘Pencuri’, ‘Kleptokrasi’, ‘Kafir’, dan macam-macam lagi menjadi klise yang diulang-ulang dan dijadikan kempen kebencian. Anehnya rakyat sendiri muak dan mual dan membenci pemimpin PH dengan sikap mereka itu. 

Sebagaimana yang didedahkan oleh YouTube  penyokong dan pemimpin dari parti komponen PH, bergaduh sesama sendiri seakan-akan rusuhan kuil Mariamman, Seafield berulang kembali.

Ini bukan kali pertama, kerana pada September tahun lalu kejadian bergaduh sesama ahli parti komponen PH juga berlaku di Perlis, dan juga di Sabah semasa pemilihan parti berlangsung.

 

Kemudian warganet didedahkan pula oleh sikap biadap pihak parti komponen PH apabila membuat pemeriksaan ke atas kereta peronda polis.

Video: Sikap biadap dan kurang ajar penyokong PKR memeriksa kereta peronda Polis, seakan-akan mereka yang berkuasa.

Sikap biadap dan kurang ajar itu ditunjukkan dalam video di atas apabila penyokong PH mengarahkan polis untuk mereka membuat pemeriksaan pada kereta peronda yang menjaga keselamatan dan keamanan di kawasan PRK Rantau.

Cuba pula kita selak kembali peristiwa sejarah dalam perarakan kemenangan parti cauvinis Cina selepas PRU Mei 1969.

Penyokong DAP telah mengusung penyapu besar di atas lori dalam perarakan ‘victory parade’ itu yang menjadi simbol untuk menyapu kaum Melayu dari bumi Tanah Melayu ini sendiri.

A 1 A A A A A A A A A A A A A A A A ATALIBAN 3

Bukan itu sahaja, hanya kerana mereka kalah satu kerusi di DUN Selangor, belum lagi mereka menang, penyokong parti cauvinis Cina dengan biadap dan kurang ajarnya telah pergi ke kediaman MB Selangor Datok Harun Idris dan memekik “Harun keluar dari Selangor, Melayu keluar dari Selangor,” sebagaimana dicatatkan oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dalam bukunya “Sebelum dan Selepas 13 Mei.”

A 1 A A A A A A A A A A A A A A A A ATALIBAN 4

Siapakah pemimpin mereka yang mengapi-apikan sikap ultra-rasis yang sedemikian? Tidakkah ia tebal dengan gerakan Taliban?

Jadi isunya di sini siapakah yang sebenarnya ‘Taliban’?

Sebagaimana kata Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, “Inilah malapetaka kalau rakyat salah mengundi.”

A 1 A A A A A A A A A A A A A A A A ATALIBAN 5

Rakyat juga memerhatikan semalam ketika keputusan PRK Rantau diumumkan, ke manakah perginya calon PKR Streram Sinnasamy?

Kalau dia beriya sangat hendak bertanding dengan keyakinan melampau bahawa dia akan memang, maka dia harus menerima hakikat bahawa rakyat Rantau menolaknya. Dengan itu dia haruslah naik ke pentas ketika keputusan diumumkan. Kita tidak begitu pedulikan calon Bebas yang menjadi calon tempelan seperti Mohd Nor Yassin dan R Malar.

A 1 A A A A A A A A A A A A A A A A ATALIBAN 6
Pengumuman Keputusan PRK Rantau, di manakah Streram?

Namun Streram harus menunjukkan sikap ‘gentleman’ untuk menerima kekalahan, tetapi sebaliknya dia angkuh dan bongkak. Kemudian kita lihat dia bersama-sama dengan penyokong PKR yang bergaduh. Adakah kerana mereka tidak dapat menerima kekalahan?

Kenapa dia tidak dapat menerima kekalahan dan menjalin hubungan mesra bersama calon BN, Tok Mat Hasan yang telah menang? 

Itulah dia antara ciri-ciri Taliban yang ada pada pemimpin PH sebenarnya.

Sepatutnya rakyat mengambil tindakan terhadap Streram yang menyusahkan rakyat Rantau untuk PRK tersebut kerana sememangnya dia tidak boleh menang.  Streram telah membuang masa rakyat, merugikan wang rakyat untuk keluar mengundi dan menyusahkan pihak yang terlibat dalam kempen PRK yang tidak ada ertinya.

Dengan itu kami suka mengingatkan Nga Kor Ming, mahupun Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim, Mahathir serta Khalid Samad yang dilihat lebih sebagai kaldai DAP, supaya bukalah mata lebar-lebar, cerminkanlah diri supaya kamu sedar siapakah selama ini bertindak seperti Taliban.

*****

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: