PELETAKAN JAWATAN MB JOHOR MEMULAKAN GELOMBANG KEJATUHAN PH

Kemelut dan polemik peletakan jawatan Osman Sapian sebagai Menteri Besar Johor bukanlah bertitik-tolak daripada isu pencemaran toksid Sungai Kim Kim, sebaliknya ia sudah bermula sejak PH diumumkan memenangi PRU-14 Mei lalu.

Image result for osman sapian letak jawatan
Foto dipetik daripada Astro Awani

Pertamanya, Osman dari parti PPBM, yang dalam komponen PH bukanlah merupakan sebuah parti yang kuat dalam kerajaan negeri Johor.

PPBM hanya memenangi 8 kerusi sahaja di Johor, daripada 36 kerusi DUN yang dimenangi oleh PH, dengan DAP 14 kerusi, Amanah 9 kerusi manakala PKR 5 kerusi.

Lapan kerusi PPBM itu juga membangkitkan perbalahan dalam PPBM sendiri apabila wujud kroni Mahathir dan kroni Muhyiddin Yassin yang masing-masing cuba mengukuhkan pengaruh.

Hanya setelah 3 ADUN UMNO melompat parti untuk menyertai PPBM baharulah Osman merasai kedudukannya sedikit selesa untuk diangkat sebagai Menteri Besar Johor.

Walau bagaimanapun Osman masih diburu oleh tekanan kerana DAP mempunyai 14 kerusi, sebagai komponen PH yang sebenarnya mendominasi kuasa Melayu dalam kerajaan PH di Johor.

Keduanya, kemelut politik Osman bertambah membara apabila dia telah didapati menipu dalam soal latar belakang akademiknya.

Portal kerajaan Johor mengatakan bahawa Osman memperoleh sijil perakaunan dari Kolej Metro Manila di Filipina pada 1985, termasuk diploma dan ijazah perakaunan dari UPM. Namun hakikatnya Osman tidak memiliki Ijazah Perakaunan seperti yang didakwa.

Ketiganya, di tengah-tengah ‘konflik geopolitik Malaysia-Singapura’ berkenaan ruang udara dan sempadan maritim masing-masing yang agak hangat diperbincangkan dalam media antarabangsa, Osman telah mencetuskan isu kontroversi apabila dia telah menceroboh perairan Singapura dan ditahan oleh pasukan polis marin Singapura.

A 1 A A A A A A A A A A A A A A A AOSMAN 2

Kes tersebut telah diterjemahkan sebagai satu pencerobohan dan pelanggaran perjanjian sempadan maritim Malaysia-Singapura.

Akhbar Straits Times Singapura melaporkan “According to an official source who could not be named due to the sensitivity of the matter, Mr Osman’s presence on the vessel was not sanctioned by the federal government.”

Dengan laporan akhbar Singapura itu, Osman telah dilihat memalukan kerajaan Malaysia kerana pemergiannya ke laut Singapura itu tidak dipersetujui oleh pihak kerajaan.

Keempatnya isu pencemaran toksid Sungai Kim Kim yang mengakibatkan lebih 5000 penduduk Pasir Gudang yang tinggal berhampiran dengan kawasan pencemaran mengalami kesesakan nafas, dan muntah-muntah.

Image result for RAKYAT SAKIT KERANA TOKSIK SUNAGI KIM KIM
Mangsa pencemaran toksid Sungai Kim Kim

Lebih 110 sekolah di daerah Pasir Gudang telah ditutup kerana pendedahan udara yang membawa kesan kesihatan kepada pelajar sekolah dan orang awam.

Banyak pihak meminta agar situasi di Pasir Gudang diisytiharkan ‘darurat’ tetapi desakan tersebut tidak diendahkan oleh Osman.

Malahan Osman seperti tidak sensitif dan tidak mengendahkan situasi pencemaran yang diterjemahkan oleh rakyat sebagai suatu malapetaka yang membahayakan rakyat, apabila dia ke luar negara atas misi industri pelancongan negeri dengan pihak Indonesia di Batam.

Kelimanya, ekoran semua kemelut yang melanda Osman serta nama parti PPBM yang dikendongnya, telah timbul pula isu membeli rumah untuk isteri ketiga yang berharga jutaan ringgit dan dibayar tunai.

Penasihat media kepada Perdana Menteri, Datok Kadir Jasin, dua hari lalu telah melemparkan kritik yang amat keras terhadap Osman.

Kata Jasin, “Orang Johor berhak mendapat Menteri Besar yang mampu menaikkan maruah mereka. Menteri Besar yang mewakili keseluruhan rakyat jelata Johor dan bukan kelompok tertentu.

“Kita tahu apa kesilapan dan kegagalan Osman. Antaranya beliau dilihat sebagai tidak mengutamakan kepentingan rakyat yang memilihnya.”

Kini Osman telahpun meletakkan jawatan dan tempatnya harus diganti.

Mahathir berpendirian bahawa dialah yang menentukan siapakah yang akan menggantikan Osman sebagai Menteri Besar Johor, namun pihak istana Johor menuntut bahawa Sultanlah yang berhak menentukan pengganti Osman.

A 1 A A A A A A A A A A A A A A A AOSMAN 1

Rakyat tidak melihat apa salahnya sekiranya Sultan yang melantik Menteri Besar kerana amalan tersebut diamalkan di Terengganu, Perlis, Kelantan dan Pahang. Malahan ia termaktub dalam Perlembagaan Negeri.

Nampaknya kemelut peletakan jawatan Osman Sapian berlaku pada saat-saat kemuncak PRK Rantau yang akan menyaksikan pemilihan calon DUN antara Timbalan Presiden UMNO, DS Mohamad Hasan dengan tiga calon lain iaitu dari PKR, Streram dan dua calon bebas sebagai calon tempelan.

Adakah polemik dan kemelut yang dibangkitkan dengan peletakan jawatan Osman Sapian menjadi penanda kepada kemenangan UMNO-BN di Rantau, atau lebih hebat lagi ia adalah amaran gelombang kejatuhan kerajaan PH?

Peletakan jawatan Osman juga menjadi kemucak kepada segala kegenjotan kerajaan PH yang diserang oleh kemelut ICERD, Statut Rome, fitnah ke atas Tabung Haji, fitnah RM8 bilion wang FELDA dicuri, kejatuhan harga komoditi getah dan minyak sawit, hutang kerajaan PH yang meningkat mendadak, isu rasuah projek terowong bawah laut Pulau Pinang, isu pelabur asing yang lari meninggalkan negara, isu pengurangan pekerja baik penjawat awam mahupun sektor swasta, isu kos sara hidup yang meningkat, isu penghinaan terhadap agama Islam dan umatnya, nilai ringgit yang jatuh merudum, janji ‘seratus hari’ yang merupakan pembohongan PH, dan banyak lagi.

Lantas, tidak hairanlah sekiranya terdengar desas-desus gerakan undi tidak percaya terhadap Mahathir dan pembubaran parlimen.

Bukan itu sahaja, rakyat juga tidak begitu memperkenankan Anwar Ibrahim sebagai pengganti Mahathir kerana sikap hyper liberalismenya yang amat kental dalam soal LGBT serta kes sodominya yang masih membayangi peribadinya.

Lebih jauh dari itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad telah membuat telahan bahawa tidak mustahil rakyat akan mengambil tindakan kudeta (coup d’tat) atau rampasan kuasa terhadap kerajaan PH-Mahathir yang lebih ketara didominasi oleh DAP.

Jika itu yang difikirkan lebih baik daripada membiarkan PH ‘melingkupkan’ negara, maka rakyat wajar menentukan hak mereka.

******

 

3 thoughts on “PELETAKAN JAWATAN MB JOHOR MEMULAKAN GELOMBANG KEJATUHAN PH

Add yours

  1. Si PEROMPAK/PERASUAH mahathir KERALA terus MENGHINA/MENGERTAK/MEMBULI dan MENIPU akan HAK dan KUASA Kesultanan Islam/Melayu kita, kononnya ‘TAK DEMOKRASI’!!! Lihat di –

    1. https://wak-labu.blogspot.com/2019/04/pm-jika-raja-yang-pilih-mb-msia-bukan.html ;

    Sepatutnya DYMM YDPA mesti amat BERANI utk. mengISYTIHARkan DARURAT segera, mengikut UNDG2 PERLEMBAGAAN 150 (yg. telah diLESAPkan dr. laman web JPA), lihat UNDG2 PERLEMBAGAAN kita di – Perkara 150. Proklamasi darurat.

    (1) Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.

    2) Proklamasi Darurat di bawah Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir benar berlaku…..

    Ini kerana si PEROMPAK/PERASUAH/PENIPU mahathir KERALA, PEGUAM NEGARA PENIPU BANGKAI ANJING dan seluruh rejim PH BANGKAI ANJING, yg. telah diKUASAI oleh si PENJAJAH/PENGGANAS/PEROMPAK/PERASUAH DAP BANGKAI ANJING homo jijik ZIONIS ISrael – mmg. mahu MENGHAPUSKan KESULTANAN Islam/Melayu kita spt. diDEDAHkan oleh Mohamad Razali bin Abdul Rahman, Mantan Setiausaha Politik Lim Guan Eng BANGKAI ANJING tu (semasa dia KM PP), serta tak habis2 nak MENGHINA/MENGGERTAK/MEMBULI dan MENIPU akan HAK2 dan KUASA2 Kesultanan ISLAM/MELAYU, di TANAH MELAYU,pusaka nenek moyang BUMIPUTERA berzaman kita ini! Lihat di –

    2. https://mykmu.net/2019/04/09/tmj-orang-biasa-tun-dr-mahathir/ ;

    3. https://www.abuleman.com/2019/04/penyokong-mahathir-ugut-jatuhkan-istana-johor.html ;

    4. https://www.thethirdforce.net/pendedahan-panas-tony-pua-lim-guan-eng-dan-agenda-anti-islam-anti-bahasa-melayu-pro-komunis-dan-pro-zionis-dap/ ;

    Mana PDRM oi – hang TIDOQkah?!!!

    Tgk. juga 80 RIBU PENJAWAT AWAM, yg. MAJORITI adalah dari bangsa BUMIPUTERA kita dan RELA, yg. MAJORITI juga adalah dari bangsa BUMIPUTERA kita, akan di BERHENTIkan dan diBUBARkan oleh si PERASUAH/PEROMPAK/PENIPU guan eng DAP BANGKAI ANJING Homo jijik ZIONIS ISrael ni – dgn. asyik MENIPU psl. HUTANG NEGARA dan kononnya REJIM PH BANGKAI ANJING ni kononnya, tak dak wang, tapi si PENJAJAH/PENGGANAS/PEROMPAK DAP BANGKAI ANJING inilah PERASUAH/PEROMPAK wang rakyat/negara-no-1!!!

    Patutnya RELA dan JPA tu, diletakkan segera bawah Kuasa DYMM YDPA kita, yg. mesti BERANI dan BERTANGGUNGJAWAB utk. MELINDUNG Hak/Warisan/Sejarah/Identiti bangsa BUMIPUTERA kita, mengikut UNDG2 PERLEMBAGAAN 153 kita!!! Lihat di –

    5. http://sabahkini2.com/en/news/1833/dulu-305-juta-rela-dihina-kini-bakal-dibubarkan-jkr-akan-dikorporatkan/view

    Kumpulan Penentang Penjajahan DAP!!

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: