JASA TOK MAD HASAN DI RANTAU MENGIKAT KASIH RAKYAT

Banyak video dalam Youtube yang kami lihat sebagai luahan hati pengundi PRK Rantau, adalah 80% memihak kepada calon BN-UMNO di PRK Rantau, DS Mohamad Hasan (Tok Mad Hasan).

 

Dipetik daripada YouTube

Dipetik daripada YouTube

Semuanya bukan sekadar “dari mata turun ke hati”, tetapi ia adalah soal “dari jasa turun ke hati.”

Banyaklah tohmahan yang disogok dan ditujah ke atas Tok Mad Hasan dan BN.

Satu daripadanya yang tidak dapat diterima ialah kain rentang yang memaparkan “Jan Undi Keling.”

Ia tebal dengan unsur perkauman dan penghinaan kepada kaum India. Selama 60 tahun sejak parti Perikatan lagi, BN tidak pernah menggunakan taktik sedemikian dalam mana-mana kempen pilihan raya.

A 1 A A A A A A A A A A A ARANTAU 2

Ia disangkal keras oleh ahli-ahli yang terlibat dalam gerakan kempen PRK Rantau, meskipun kaum India sendiri.

Dipetik daripada YouTube

BN juga cuba disirami dengan pelbagai fitnah seperti yang dilemparkan oleh DS Anwar Ibrahim, atas persepsi liarnya bahawa tiada pembangunan di Rantau, tiada sumbangan kepada kaum India, manakala Streram calon PKR-PH pula cuba mengangkat isu Balai Bomba dan Hospital Rembau yang semuanya menjadi bahan ketawa rakyat dan penduduk Rantau sahaja.

Rakyat di Rantau tahu apa yang telah disumbangkan oleh Tok Mad Hasan dan BN kepada Rantau. Antaranya, mereka melihat dengan hati dan mata mereka sendiri pembangunan di Bandar Sri Sendayan yang diklasifikasikan sebagai ‘bandar mega’ dibangunkan seiring bersama Sendayan Tech Valley yang berkeluasan 1000 ekar.

Sekali gus bandar hijau Sri Sendayan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Rantau serta menarik lebih ramai pihak termasuk pelabur ke Bandar Sri Sendayan ini.

Sendayan Tech Valley juga adalah sebahagian daripada Malaysian Vision Valley (MVV) yang berkeluasan 50 kali ganda daripada Bandar Sri Sendayan sendiri dan 2 kali ganda saiz Singapura.

Tok Mad Hasan bukan membangunkan Bandar Sri Sendayan membabi-buta, dia peka dengan kemudahan perhubungan masyarakat pedalaman dan bandar.

Dengan hala tuju itulah Bandar Sri Sendayan mempunyai akses ke Lebuh Raya Utara Selatan dan LEKAS yang menghubungkan Seremban dengan Kajang serta memudahkan akses ke Jelebu, Ampangan, Mantin, Kuala Pilah, Rembau, Tampin dan bandar lain di tengah-tengah Negeri Sembilan.

A 1 A A A A A A A A A A A ARANTAU 3
Lebuh raya LEKAS – menghubungkan Kajang dan Seremban

Lebuh raya tidak bertol Bukit Putus juga adalah suatu model yang amat hebat bagi menghubungkan bandar klasik Kuala Pilah, Istana Sri Menanti, Rembau, Tampin dan lain-lain ke bandar raya Seremban.

A 1 A A A A A A A A A A A ARANTAU 4
Lebuh Raya tanpa tol, Bukit Putus, Negeri Sembilan –
menghubungkan Kuala Pilah Rembau dan Seremban

Apabila ada tohmahan dan dakyah yang mengatakan bahawa Tok Mad Hasan tidak memberi sumbangan kepada kaum India, mereka yang membuat tohmahan itu sebenarnya buta dan tuli.

Anwar Ibrahim bukan rakyat Negeri Sembilan, dia adalah nomad politik yang berpindah-randah dari Permatang Pauh ke Penjara dan kini ke Port Dickson.

Dia tidak tahu bagaimana Tok Mad Hasan amat tebal keprihatinannya kepada kaum India dalam konteks membantu membina kuil tempat ibadat mereka di Rantau serta infrastruktur sekolah Jenis Kebangsaan Tamil tanpa mengetepikan bantuan kepada kaum Melayu dan Cina.

Tok Mad Hasan telah berjaya membina Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Sri Sendayan yang diiktiraf terhebat, moden dan tercanggih berbanding 522 buah sekolah SJKT seluruh negara.

SJKT Bandar Sri Sendayan yang dulunya dikenali sebagai SJKT Ladang Bukit Bertam dibina dengan kos RM17 juta dan mula digunakan secara rasmi pada 2017.

A 1 A A A A A A A A A A A ARANTAU 5
Pintu masuk SRJK Tamil Bandar Sri Sendayan

Kini SRJK Tamil Bandar Sri Sendayan berdiri megah sebagai sekolah Tamil termoden di Malaysia.

A 1 A A A A A A A A A A A ARANTAU 6
SJKT Bandar Sri Sendayan juga dilengkapi dengan sebuah
auditorium yang tidak terdapat di mana-mana
sekolah lain di negara ini.
A 1 A A A A A A A A A A A ARANTAU 7
Makmal komputer yang lengkap beroperasi
di SRJKT Bandar Sri Sendayan

Ada pula tohmahan daripada orang kanan PKR, Saifuddin Nasution yang cuba merosakkan reputasi Tok Mad Hassan dengan tuduhan tidak mengisytiharkan harta. Pada hal Tok Mad Hasan saban penggal telah mengisytiharkan harta beliau.

Sejak menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dulu, Tok Mad Hasan bukan saja mengisytiharkan harta beliau setiap penggal, malah mewajibkan semua wakil rakyat, exco dan pegawai tinggi kerajaan melakukan perkara yang sama.

Kita tidak hairan kerana Saifuddin inilah kaki fitnah yang menjatuhkan bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim atas dasar fitnah serta pembohongan tetapi kemudiannya dengan mudah dia memohon maaf.

Kehebatan Tok Mad Hasan juga menjadi sebutan penduduk Rantau kerana keprihatinan beliau terhadap mereka yang tidak berkemampuan amat tinggi, sehinggakan membantu membayar bil elektrik.

Menurut peniaga gerai makan di pekan Rantau, Khairi Musa, 50, Tok Mad Hasan menjadi tempat bantuan bagi mereka yang hidup susah.

A 1 A A A A A A A A A A A ARANTAU 8
Khairi Musa

“Ramai yang tak dapat bayar bil elektrik, sudah dapat surat merah, hampir kena potong, semua jumpa dengan dia, minta tolong bayarkan. Sampai begitu sekali beliau jaga penduduk di sini.

Menurut Khairi lagi, dulu setiap hari Khamis, pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau pasti dipenuhi rakyat yang mahu bertemu Tok Mad Hasan bagi memohon bantuan dan mengadu pelbagai masalah.

“Pejabat Tok Mad Hasan sentiasa sibuk pada hari Khamis, penuh dengan orang ramai. Tetapi apa yang saya yakin semua yang datang itu biasanya tidak akan pulang hampa.” Kata Khairi yang telah menetap di Rantau sejak tahun 1982.

A 1 A A A A A A A A A A A ARANTAU 9
M.Anbuashkan

Bagi M. Anbuashkan, 61, pengundi kaum India pula tidak berpuas hati dengan kerajaan PH kerana tidak banyak menyalurkan bantuan seperti diharapkan dan pemimpin PH tidak turun padang menemui rakyat di Rantau.

“Kita mahu lihat mereka buat kerja, PH sudah memerintah sembilan bulan, berapa lama mahu tunggu,” katanya.

Seorang lagi kaum India di Rantau. G. Seker, 57, berkata, beliau lebih mengenali Tok Mad Hasan yang banyak menabur jasa ketika menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Saya akan sokong dia (Tok Mad Hassan). Dia buat banyak perkara di Rantau sebab itu dia mampu pegang 14 tahun sebagai MB,” katanya.

A 1 A A A A A A A A A A A ARANTAU 10
Yeng Seng Sang: dipetik daripada FMT

Yeng Seng Sang berkata, Tok Mad Hasan tidak memilih kaum untuk membantu.

“Semasa BN memerintah, warga emas macam saya diberi bantuan bulanan RM300 sebulan, sekarang bila PH menang tidak ada lagi.

“Bukan sahaja tak bantu, orang di pekan Rantau ini juga tidak pernah jumpa dan tidak kenal siapa Menteri Besar sekarang. Calon PH (Streram) lagi kami tidak kenal, macam mana nak undi,” katanya, dengan menambah Tok Mad Hasan juga menyediakan bantuan RM200 sebulan kepada penoreh getah ketika musim tengkujuh dari Oktober hingga Disember setiap tahun.

Sulaiman Abdullah, 67, pula berkata, pelajar dan murid di Rantau yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan serta yang berjaya melanjutkan ke institusi pengajian tinggi juga akan mendapat bantuan daripada Tok Mad Hasan.

A 1 A A A A A A A A A A A ARANTAU 11
Sulaiman Abdullah

“Pelajar yang dapat masuk universiti pasti mendapat bantuan kewangan daripada Tok Mad Hasan bagi tujuan meringankan beban semasa pendaftaran. Mereka yang dapat sambung pelajaran ke Sabah atau Sarawak akan dapat bantuan lebih.

“Ada seorang ibu kaum India di sini yang berterus-terang dengan saya bahawa dia akan mengundi BN. Ini kerana mengenangkan jasa Tok Mad Hasan yang banyak membantu anaknya semasa menyambung pelajaran dahulu, sehingga kini dapat memperoleh pekerjaaan dan gaji mencecah RM28 ribu sebulan,” katanya.

Persoalannya sekarang, di manakah duduknya kekuatan calon PKR-PH Streram, apatah lagi calon bebas R. Malar dan Mohd Nor Yassin yang lebih dilihat sebagai melukut di tepi gantang?

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: