GELARAN HARIMAU ASIA UNTUK ERA MAHATHIR ADALAH SATU PEMBOHONGAN

Konco-konco Mahathir yang pelahap dedak serta pemberita upahannya, telah cuba menipu rakyat Malaysia bahawa pada era Mahathir, Malaysia adalah ‘Harimau Ekonomi Asia’ sedangkan hakikatnya Malaysia hanyalah anak harimau yang berlagak sombong dan angkuh.

Pembohongan gelaran ‘Harimau Asia’ itu amat memalukan apabila pakar ekonomi antarabangsa membangkitkan bahawa Malaysia tidak pernah diberikan gelaran ‘Harimau Asia’ sebagaimana dimomokkan pada era Perdana Menteri Ke-4.

A 1 A A A A A A A A A A A AHARIMAU ASIA 3

Jelaslah bahawa gelaran tersebut hanyalah propaganda media Mahathir yang pernah digelar oleh musuhnya dahulu sebagai “Kepala Perompak Negara.”

A 1 AGUANENG HASUT 5

Madeline Berma berkata, 4 Harimau Asia sebenar ialah Taiwan, Korea Selatan, Singapura dan Hong Kong ketika membentangkan laporan beliau dalam satu forum Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia di UiTM, Shah Alam.

Lebih memalukan apabila beliau mendakwa bahawa Malaysia berada dalam kumpulan kedua dalam konteks prestasi ekonomi negara-negara Asia, bersama Indonesia, Filipina, Vietnam dan Thailand.

Berma juga bimbang ‘anak harimau’ ini mempunyai ‘gigi’ yang tidak tumbuh-tumbuh dan prestasi buruk krisis ekonomi 1997 boleh berulang kembali.

Beliau berkata, sewaktu Malaysia mula-mula diiktiraf sebagai ekonomi ‘anak harimau’, wujud rasa teruja kerana negara diangkat ke platform antarabangsa.

Secara kasarnya Mahathir cuba mewujudkan prasangka atau ‘syok sendiri’ dengan optimisme bahawa ekonomi negara akan berkembang menjadi salah satu negara ‘Harimau Asia.’

Prestasi ekonomi Malaysia tidaklah hebat sebagaimana yang dicanangkan, malahan menjadi satu malapetaka ketika krisis ekonomi 1997 yang ditindan-tindih dengan permusuhan dan krisis politik antara pemimpin diktator Mahathir dengan timbalannya DS Anwar Ibrahim.

Berma juga mengingatkan Malaysia bahawa sejarah boleh berulang semula sekiranya kerajaan tidak berhati-hati.

Dalam analisis ekonomi yang dijalankan, Berma juga melihat ketidakseimbangan yang wujud antara negeri-negeri di Malaysia dengan erti kata, ada negeri yang tidak diberikan hak mereka yang sewajarnya, sebaliknya digarap oleh kerajaan pusat. Mislanya penduduk Sabah dan Sarawak masih ketinggalan dan begitu juga yang berlaku di Kelantan serta sebahagian besar di Terengganu dan Pahang.

Lebih ketara lagi ialah perbezaan ekonomi antara rakyat bumiputera dan bukan-bumiputera yang amat jelas dan gagal diatasi.

Pakar ekonomi Zouhair Rosli pula berpendapat matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi seperti terkandung dalam Model Baru Ekonomi (NEM) sebagai sebahagian daripada Wawasan 2020 Mahathir adalah “tidak berguna.”

Zouhair memetik angka Jabatan Perangkaan yang menunjukkan 5.5 juta daripada 11 juta pekerja mendapat gaji kurang RM1,900 sebulan.

Jelaslah bahawa kejayaan Mahathir hanyalah retorik dan pembohongan belaka, dan kini setelah PH mengambil alih kerajaan, keadaan ekonomi bukan sahaja menggambarkan kedudukan Malaysia sebagai ‘anak harimau’ malah ia bertukar menjadi ‘harimau kecil tua’ yang taringnya sudahpun reput dan gugur.

Graf pertumbuhan ekonomi daripada Bank Dunia sebagaimana dipaparkan adalah jelas menunjukkan prestasi pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah baik dan bertambah baik bagi tahun-tahun sejak Mahathir berundur sebagai Perdana Menteri pada 2003.

A 1 A A A A A A A A A A A AHARIMAU ASIA 2

Ekonomi Malaysia berkembang sehingga tahun 2017, berbanding negara-negara jiran termasuk negara-negara yang digelar ‘Harimau Ekonomi Asia’ iaitu Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Taiwan.

Graf menunjukkan pertumbuhan KDNK Malaysia untuk tahun-tahun kebelakangan sebelum diambil alih PH adalah jauh lebih tinggi berbanding 4 negara Harimau Asia itu.

Setelah Mahathir berundur terutamanya pada 2011 pertumbuhan ekonomi Malaysia lebih tinggi dari Singapura iaitu untuk 7 tahun berturut-turut.

Pendek kata, ekonomi negara telah menjadi jauh lebih kuat di bawah kerajaan BN selepas Mahathir.

Malah, pertumbuhan ekonomi Malaysia di bawah BN untuk 10 tahun kebelakangan sebelum PRU14 telah mengalahkan keempat-empat negara yang pernah digelarkan “Harimau Asia”.

Di sebalik semua propaganda dan pembohongan kerajaan PH, sebenarnya kerajaan BN-lah yang telah mewariskan kepada mereka kedudukan ekonomi yang baik dan bertambah baik sehingga PRU14.

Hutang negara berjumlah RM1 trilion hanyalah penipuan besar yang dicanangkan oleh PH.

Lebih malang lagi selepas PRU14, ekonomi Malaysia terus merudum jatuh, sehingga menyebabkan pelabur asing lari meninggalkan Malaysia.

Ia menjadi bertambah parah apabila secara halusnya Malaysia mewujudkan pula konflik geopolitik dengan negara-negara yang selama ini membantu ekonomi Malaysia.

Sesuailah gelaran ‘harimau kecil tua’ yang taringnya sudah reput dan gugur, untuk diselaraskan dengan Perdana Menterinya yang dikatakan tertua di dunia, dan pernah dilabelkan oleh Sultan Johor sebagai ‘sedikit nyanyuk’.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: