TSUNAMI ANAK MUDA MENYERANG PH

Pada PRU14, antara faktor kemenangan PH adalah kerana sokongan anak muda yang telah diperdayakan untuk mempercayai dakyah dan pembohongan mereka.

Hal ini terbukti apabila, rata-rata sokongan pengundi kepada BN tidaklah begitu berbeza dengan sokongan yang diperolehi daripada PRU sebelumnya, cuma kehadiran pengundi muda telah menunjukkan kecenderungan aliran sokongan kepada pembangkang ketika PRU14.

Isu PTPTN, isu penghapusan Tol, isu GST dan isu penurunan harga petrol adalah antara isu yang berjaya memikat hati golongan pengundi muda, apatah lagi ketika jiwa muda yang disimpulkan oleh sarjana psikologi sebagai ‘memberontak dan tegang’.

Golongan muda sebenarnya berada dalam zon mencari arah diri dan mereka tidak mudah menjadi pak turut kepada isu kontemporari. Mereka suka meneroka dan bereksperimen.

Mereka mungkin lahir pada zaman Tun Mahathir yang ketika itu tebal dengan prinsip diktatornya, sehingga gerakan ‘reformasi’ yang agak ofensif dan agresif pun tidak dapat menumbangkan Mahathir yang tebal dengan kuasa kuku besinya.

A 1 A A A A A A ATSUNAMI 7

Namun pada PRU14 mereka gagal mengenali siapa Mahathir itu, kerana mereka tidak lihat rompakan halus yang dilakukan oleh Mahathir terhadap dana negara melalui kes Forex-BNM, kes Perwaja Steel, Kes Maminco, kes BMF sehingga membawa kematian akauntan Jalil Ibrahim, kes menyelamatkan syarikat perkapalan anaknya dengan dana Petronas, kes menyelamatkan MAS dengan dana negara dan banyak lagi gejala kronisme dan kleptokrasi, sebagaimana Mahathir lemparkan kepada DS Najib.

A 1 A A A A A A ATSUNAMI 5

Sepertimana yang dijelaskan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khaled Ibrahim, Mahathirlah kleptokrat yang sebenarnya kerana dialah yang memulakan gejala penswastaan elektrik, air, kumbahan, lebuh raya, hospital, universiti malah membenarkan penubuhan syarikat IPP, penjana elektrik yang dikuasai oleh kroni-kroninya sebagaimana yang ditentang oleh Tan Sri Ani Arope.

A 1 A A A A A A ATSUNAMI 2

Rakyat menderita kerana penswastaan badan awam, yang secara tidak langsung merompak wang rakyat melalui perkhidmatan yang sepatutnya ditanggung oleh kerajaan.

Apa ertinya memilih kerajaan yang merompak wang rakyat dan menekan hidup rakyat melalui badan-badan awam itu? Keuntungan badan-badan swasta itu langsung masuk ke kantung kroni-kroninya dan dirinya sendiri. Namun apabila badan-badan itu menghadapi masalah, wang rakyat juga digunakan untuk menyelamatkan mereka.

A 1 A A A A A A ATSUNAMI 6

Pada hari ini, anak-anak muda melihat isu tol yang tidak dihapuskan, hutang peneroka Felda gagal dimansuhkan, janji memansuhkan PTPTN gagal ditunaikan, harga komoditi seperti minyak sawit dan getah jatuh merudum, nilai ringgit juga merudum, tiadanya penurunan harga petrol ketika harga minyak dunia menurun, golongan nelayan pula terus dihimpit keresahan dengan hilangnya elaun bantuan nelayan, manakala rakyat miskin semakin parah menghadapi kesukaran ekonomi rumah tangga, PH tidak serius menangani kesan kenaikan harga barang yang memberi kesan langsung kepada kelas bawahan, golongan LGBT makin berani menuntut hak dan mencabuli peraturan Islam, sedangkan kerajaan PH nampaknya dikendalikan oleh para menteri yang lemah.

Tidak seperti DS Najib, subsidi yang banyak menguntungkan pihak yang kaya, telah dirasionalisasikan dengan BR1M, supaya hanya rakyat yang benar-benar memerlukan sahaja menerima bantuan kewangan kerajaan. Tiada bailout atau usaha menyelamatkan mana-mana konglomerat dengan menggunakan dana negara atau wang rakyat.

Hari ini setelah hampir setahun Pakatan Harapan yang diterjemahkan oleh anak-anak muda sebagai ‘Pakatan Hancing’ memerintah negara, anak-anak muda mula sedar daripada penipuan dan pembohongan kerajaan PH, baik Mahathir, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Mat Sabu dan semua konco-konco mereka.

Malah menteri-menteri kabinet yang dilantik oleh Mahathir yang berperanan sebagai Perdana Menteri boneka DAP, adalah menteri-menteri yang tidak layak dari aspek kebijaksanaan menguruskan negara, malah ada antara mereka yang dilabelkan sebagai ‘Menteri paling bodoh dalam dunia.’

Pada hakikatnya ekonomi negara ketika di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2017 berkembang pesat dan diperakui oleh badan penarafan dunia sebagai kedua terbaik di belakang China.

Ramai juga bertanya, jika rakyat menjadi mangsa rompakan pada zaman DS Najib dahulu, kenapakah mangsa rompakan masih boleh hidup bahagia, ekonomi kukuh dan negara aman.

Sebaliknya sekarang rakyat menderita, ekonomi meleset, aset negara dijual merata-rata, rakyat kemiskinan, dan keadaan negara tidak aman.

Rakyat sedang berfikir bahawasanya, kerajaan sekaranglah yang sedang merompak wang rakyat dan wang negara, dan Mahathirlah kleptokrat unggul yang mereka lihat.

Apabila Syed Saddiq, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, yang masih muda dan memahami kehendak serta aliran pemikiran golongan pengundi muda, mengadakan bancian populariti terhadap Mahathir berbanding DS Najib, dia terkejut apabila populariti Mahathir amat buruk.

Daripada kalangan 29,300 responden, Mahathir hanya memperolehi 17% pilihan, manaka DS Najib memperolehi 83% pilihan.

Pastinya undian dalam talian itu melibatkan pengundi muda yang peka dan amat rapat dengan Internet, media sosial serta aplikasi dalam talian.

Sebuah firma Pengiklanan, Nobleman Creation juga telah menjalankan kajian ke atas media sosial dengan memberikan tumpuan kepada populariti pemimpin parti politik khususnya DS Najib Razak, Dato’ Haji Hadi Awang, Tun Mahathir dan DS Anwar Ibrahim.

Kajian tersebut mendapati pada Jan 2019, DS Najib memperolehi undian tertinggi sebanyak 6.7 juta berbanding Mahathir 154 ribu, lebih rendah daripada DS Haji Hadi Awang, manakala Anwar hanya memperoleh 65 ribu sokongan.

A 1 A A A A A A ATSUNAMI 8

Kajian dalam talian ini juga memperlihatkan sokongan anak muda telah beralih kepada parti pembangkang yang merupakan satu tsunami politik yang membelasah PH.

Peralihan sokongan ini dilihat bukanlah kerana didorong oleh aspek psikologi ‘tegang dan memberontak’ tetapi lebih kepada rasional dan justifikasi yang sedang mereka cerna daripada minda intelektual yang sihat.

Lihat sahaja apabila Datok Kadir Jasin yang merupakan penasihat media kepada Mahathir mengutuk menteri-menteri PH sebagai teruk. Tan Sri Rais Yatim juga berpandangan yang sama, malah Mahathir sendiri tidak senang dengan tingkah dan pentadbiran menteri kabinetnya.

Kerajaan PH jua telah diterjemahkan dan dilabelkan sebagai kerajaan paling huru-hara dalam sejarah negara sejak mencapai kemerdekaan.

A 1 A A A A NURUL IZZAH 4

Kos sara hidup meningkat, inflasi meningkat, harga komoditi getah dan minyak sawit jatuh merudum, hutang negara daripada perbelanjaan PH meningkat, nilai ringgit jatuh, hubungan kaum huru-hara, penipuan sijil akademik dan ijazah dalam kalangan menteri dan pemimpin PH juga terdedah, dan yang paling mendukacitakan ialah penghinaan terhadap agama Islam, dan Raja-Raja melonjak bagaikan negara ini sudah menjadi sebuah republik.

A 1 A A AFIRMAN 2

Sudah ada kalangan pemimpin DAP seperti Teresa Kok yang berani menentang Perlembagaan Malaysia dengan kenyataannya bahawa dia tidak bersetuju agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, malah DAP mahu menjadikan negara ini sebagai negara Kristian dengan memulakan Pulau Pinang sebagai negeri atau bandar raya Kristian.

Lebih malang lagi apabila Mahathir, Perdana Menteri tertua dunia yang kerap kali tersasul atas faktor usia tuanya, dan ‘sedikit nyanyuk’ sebagaimana titah Sultan Johor suatu ketika dahulu, telah mengaku bahawa dia adalah boneka DAP.

Tidak hairanlah, PH dengan sendirinya telah menjadi katalis kepada tsunami anak muda yang melanda kerajaan mereka, dengan ertikata membenci kerajaan PH dan sekaligus membenci Mahathir dan konco-konco DAP-nya.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: