Bermula dengan kemenangan PRU14, kegenjotan dan huru-hara kerajaan Pakatan Harapan (PH) terbongkar satu persatu.l
Dipetik daripada Youtube
“Jika hari ini kita ambil alih kuasa, esok harga minyak turun,” itulah antara janji bohong PH kepada rakyat yang diujarkan sendiri oleh DS Anwar Ibrahim. Sebaliknya harga minyak terus naik sejajar dengan kos sara hidup yang amat menghimpit rakyat.
“Jika kita menang, PTPTN akan kita mansuhkan. Tiada lagi beban hutang golongan pelajar dan siswa-siswi.” Itu juga menjadi sebahagian daripada manifesto PH, tetapi sebagaimana yang diterjemahkan oleh rakyat yang mula sedar; PH telah ‘mengencing’ rakyat.
Janggalnya bila PH menang, mereka bukan sahaja tidak memansuhkan PTPTN malah mengugut lepasan universiti supaya membayar balik meskipun gaji hanya seribu ringgit sebulan, dan jika tidak, mereka akan diisytihar bankrap.
Kemudian baharulah rakyat sedar bahawa PH menang PRU14 kerana banyak bersandarkan kepada fitnah, pembohongan dan penipuan semata-mata. Hanya satu sahaja daripada sepuluh janji manifesto yang ditunaikan iaitu menghapuskan GST.
Menghapuskan GST adalah merupakan senjata untuk menurunkan harga barang kononnya, sebaliknya terhapusnya GST, menjadi perangsangsang kepada kenaikan harga barang dan meningkatnya kos sara hidup.
Anehnya Tun Mahathir menjadi seperti budak sekolah rendah yang lembab Matematik apabila membangkitkan rasa hairan kerana setelah tiada GST yang digantikan dengan SST, harga barang terus juga naik. Dia seperti budak bodoh kerana GST mengenakan cukai sebanyak 6% sedang SST menekan rakyat dengan cukai 16%.
Apabila PH menang, momentum menghentam dan menyerang BN terus-terusan berjalan seakan-akan mereka masih berstatus ‘Pembangkang’.
Mereka masih seronok membangkang dan mereka lupa tugas hakiki untuk menganjak negara dengan hala tuju yang lebih konstruktif dan ke hadapan.
Sebaliknya mereka menjadi jauh lebih sombong dan bongkak.
Mereka membatalkan projek-projek yang berdaya maju untuk memperbaiki kehidupan rakyat, mereka membatalkan kerjasama antarabangsa, malahan membangkitkan tindakan yang mengecewakan pihak yang selama ini membantu pasaran komoditi negara. Atas alasan sedemikianlah China tidak lagi mahu mengimport minyak sawit Malaysia, sehingga menyebabkan nilai komoditi itu jatuh merudum.
Mereka mencanangkan bahawa Mahathir adalah katalis kepada status ‘Harimau Ekonomi Asia’ sebaliknya Mahathir hanyalah kucing tua tidak bergigi.
Sedangkan apa yang diusahakan oleh DS Najib Tun Razak sebelum kekalahan BN pada PRU14 adalah contoh gerakan ‘Harimau Ekonomi Asia’ yang diperakui oleh badan-badan penarafan dunia.
Hutang negara dihebohkan oleh Mahathir dan Lim Guan Eng sebagai RM1.5 trilion, tetapi dengan kuasa Allah terdedah dalam laporan pembentangan Bajet 2019 PH, bahawa hutang negara hanyalah RM686 bilion selaras dengan kadar KDNK, malahan antara hutang yang terendah berbanding dengan negara-negara tetangga yang lain.
Lantas, PH hari ini lebih dikenali rakyat sebagai kerajaan yang berdiri atas paksi fitnah, penipuan dan pembohongan.
Kemudian rakyat lihat lagi dengan kehendak Allah rusuhan di kuil Mariamman Seafield yang dikatakan digerakkan oleh orang Melayu, sebaliknya ia adalah gerakan samseng yang diupah oleh pemilik tanah. Dengan kata-kata lain kuil tersebut didirikan atas tanah haram milik orang.
Genjotnya, kes kuil Mariamman itu telah meragut nyawa seorang anggota Bomba, sedangkan pihak pembunuh daripada kalangan penganut ganas Hindu masih lepas bebas.
Ekoran itu timbul pula isu ratifikasi ICERD yang mahu menyamaratakan kedudukan bumiputera dan bukan bumiputera, dan memberi taraf yang sama pada agama-agama lain berbanding agama Islam. Ertinya agama Budha, Kristian, Hindu dan apa-apa lagi boleh mendirikan tempat ibadat mereka di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.
Sudah terang lagi bersuluh, kerajaan PH mahu mengubah Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kedudukan yang istimewa pada agama Islam, bumiputera dan Raja-Raja.
Sayugia, 1.9 juta masyarakat Melayu-Islam telah bangkit atas nama Perhimpunan Ummah 812, bagi menentang ratifikasi ICERD.
Akhir-akhir ini rakyat dapat lihat bagaimana, menteri-menteri PH bertelagah, seorang kata lain dan seorang lagi kata lain. Misalnya Menteri Pendidikan kata pengiktirafan UEC sedang dikaji, sedangkan Timbalannya serta Peguam Negara sudah pun meluluskan pengiktirafannya. Malah ia sudahpun diterima pakai dalam iklan jawatan kosong kerajaan. Perdana Menteri tua pula mengatakan bahawa Parlimen belum lagi mengesahkan pengiktirafan UEC.
Bagi kes-kes rasuah yang melibatkan konco-konco PH, pastinya akan dilupuskan, sedangkan kes-kes yang melibatkan parti pembangkang pastinya akan terangkat menjadi kes prima facie. Lihat sahaja kes rasuah Lim Guan Eng, serta hukuman penjara 18 bulan ke atas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang dilupuskan.
Tiba-tiba terbangkit pula isu kelayakan, sijil dan ijazah palsu pemimpin-pemimpin PH.
Lim Guan Eng didedahkan bukanlah akauntan bertauliah kerana gagal mendapatkan pengiktirafan. Mat Sabu Menteri Pertahanan yang tiada kelulusan akademik di peringkat universiti, lantas dilihat sebagai Menteri Pertahanan Terbodoh dunia. Menteri Besar Perak juga tiada Ijazah, Menteri besar Johor menipu mengikuti pengajian ijazah. Ada Timbalan Menteri yang mendakwa dia adalah lulusan luar negara, tetapi rupa-rupanya universiti yang mengeluarkan ijazahnya adalah universiti palsu.
Ada menteri minta rakyat menoreh juga getah pada musim hujan, ada menteri minta rakyat menggantikan penanaman kelapa sawit dengan penanaman buluh dan ganja, malah ada menteri yang meminta nelayan menjadi petani menanam nanas.
Akhirnya anak kepada bakal Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar melabelkan Mahathir sebagai diktator. Namun menteri-menteri PH melenting seperti manusia bongok yang tidak membaca.
Mahathir sememangnya adalah diktator dan dia sendiri memperakui dia adalah diktator. Malahan sebuah badan penarafan Ranker telah menyenaraikan nama Mahathir sebagai diktator dalam senarai 119 pemimpin diktator dunia. Ramai penganalisis politik dan sarjana antarabangsa sememangnya telah menamakan Mahathir sebagai diktator.
Anehnya pemimpin PH melenting dan menyerang Nurul Izzah. Tidak hairanlah kerana mereka ini kebanyakannya tidak ada kelulusan peringkat tinggi, mereka buta dan tidak membaca buku-buku tulisan penganalisis dunia. Mereka tidak membaca buku Means, G.P (1996), Milne R.S and D. K. Mauzi (1999), Munro Kua (1996), Huntington (1991) dan banyak lagi.
Populariti Mahathir juga jatuh merudum. Dia tidak sepopular DS Najib pada mata rakyat. Dengan erti kata dia dilihat oleh rakyat tidak sebaik DS Najib yang saban hari diseret ke mahkamah. Malah boleh disimpulkan bahawa Mahathir kini amat dibenci oleh rakyat.
Kini diktator itu masih tidak muak dengan harta kekayaan yang dikumpulnya, dia masih mahu kuasa PM dalam genggamannya. Dia takut sekiranya kuasa itu jatuh ke tangan orang lain termasuk Anwar Ibrahim, dia dan kekayaan anak-anaknya akan terheret ke mahkamah. Mungkin dia lebih suka sekiranya dia mati atas pangkat PM yang melindungi dirinya. Tapi dia lupa pada hukuman Allah.
Tidak hairanlah kerajaan PH yang sering dilabelkan sebagai kerajaan ‘hancing’ kerana ‘kencingkan’ rakyat, dilihat sebagai kerajaan huru-hara.
Tidak pernah sejak Merdeka, Malaysia diperintah oleh regim huru-hara sebegini. Inilah pertama kali dalam sejarah.
Huru-hara itu menjadi lebih huru-hara lagi apabila Mahathir memperakui dirinya bukan sekadar diktator malahan dia adalah boneka DAP.
*****
Tinggalkan Jawapan