ALLAH LARANG KERAS LANTIK KAFIRUN MEMIMPIN UMAT ISLAM

Dengan merujuk dan meneliti situasi politik semasa Malaysia, amat jelaslah bahawa kerajaan Pakatan Harapan, sebagaimana diperakui oleh Tun Mahathir, telah didominasi oleh pemimpin kafirun atau dengan ertikata kuasa politik Malaysia pada masa ini sedang diterajui dan dikuasai oleh kafirun DAP.

DAP yang sebelumnya dikaitkan dengan ideologi komunisme dengan falsafah dan prinsip ‘Malaysian Malaysia’, amat jelas mendukung rasa benci dan dengki dengan kuasa politik Melayu-Islam. Dengan itu mereka telah menyebarkan dakyah yang bersifat anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja-Raja Melayu.

Malahan sudah ada Mufti yang mengklasifikasikan DAP sebagai kafir harbi.

Image result for DAP KAFIR HARBI
Dipetik daripada Utusan Online

Berselindung dengan falsafah ‘Malaysian Malaysia’ yang lebih bersifat cauvinis Cina, mereka sebenarnya sedang cuba memadamkan dan mengubah Perlembagaan Persekutuan dalam peruntukan hak dan keistimewaan Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara, serta hak dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

Strategi pemimpin kafirun ini jelas dalam usaha mereka meratifikasi ICERD dan terkini menandatangani Statut Rome yang akan mencairkan kuasa Raja-Raja yang menjadi payung agama Islam di Malaysia.

Mahathir telah mengaku bahawa dia dilantik oleh DAP dengan maksud tersurat dan tersirat, dia adalah boneka atau kaldai DAP.

A 1 A A AFIRMAN 3

Meskipun terdapat parti PPBM, PAN dan PKR, namun kekuatan ahli parlimen kafirun adalah lebih kuat dari segi kuantiti ahli parlimen mereka yang menjadi majoriti di parlimen kerajaan PH.

Dengan itulah suara Muslimin daripada PPBM, PAN mahu PKR tidak kuat sebagaimana suara DAP dan bukan-Islam.

Ahli DAP misalnya Teresa Kok telah secara terang-terangan menolak Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

A 1 A A AFIRMAN 2

Ini juga bermakna beliau boleh didakwa kerana menentang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama Persekutuan.

Dengan itu juga dia dan DAP menentang segala nilai yang berkait dengan Islam dalam perlembagaan dan undang-undang negara, termasuk membenarkan kemurtadan dalam kalangan umat Islam Malaysia.

A 1 A A AFIRMAN 1
Dipetik daripada Minda AiDC

Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali Abdul Rahman telah mendedahkan perancangan sulit DAP untuk menawan Putrajaya dan menjadikan negara ini sebagai negara Kristian.

A 1 A A AFIRMAN 5

Perancangan DAP menjadikan Malaysia negara Kristian, adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

Dimuat turun daripada Youtube terbitan eelnurTV

Firman Allah dalam Surah An-Nissa ayat 138-144 (sila rujuk video), amat jelas mencegah umat Islam memilih kaum kafirun dalam kepimpinan negara yang majoritinya adalah umat Islam. Marfumnya adalah seperti berikut:

138 : Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

139: (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).

140: Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahannam.

141: (Mereka yang munafik itu ialah) orang-orang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; maka kalau kamu mendapat kemenangan dari Allah (dalam sesuatu peperangan), berkatalah mereka (kepada kamu): “Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu? (Oleh itu kami juga berhak menerima bahagian dari harta rampasan perang)”. Dan jika orang-orang kafir pula mendapat bahagian (yang menguntungkan dalam peperangan), berkatalah mereka (kepada orang-orang kafir itu): “Bukankah kami turut membantu kamu dan mempertahankan kamu dari (serang balas) orang-orang yang beriman (dengan mendedahkan rahsia perpaduannya)?” Maka Allah akan menghakimi di antara kamu semua pada hari kiamat; dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman.

142: Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

143: Mereka berkeadaan “muzabzab” (tidak mempunyai pendirian yang tetap) antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.

144: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?

Benarlah firman Allah itu.

Sesungguhnya, dengan apa yang dapat dilihat pada senario politik Malaysia hari ini, Pakatan Harapan telah dengan jelas sekali melanggari perintah Allah kerana bersubahat dengan kafirun.

Antara kecenderungan pemimpin kafirun menganiaya umat Islam di Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Mereka menghina Rasulullah SAW dan berani meletakkan kepala khinzir serta patung berhala dalam masjid-surau
  2. Pemimpin Cina dibenarkan mempersenda dan menggunakan ayat Quran dalam kempen mereka,
  3. LGBT dan pemurtadan umat Islam dibenarkan,
  4. Harta milik orang Islam termasuk milik Tabung Haji diselewengkan dan diletakkan di bawah kuasa pemimpin kafirun,
  5. Tentera Malaysia diletakkan di bawah kuasa menteri yang merupakan penganut ajaran sesat Syiah,
  6. Penjawat awam yang majoriti besarnya adalah orang Islam akan dilucutkan jawatan,
  7. Orang Islam seperti penduduk Memali dibunuh sedangkan rusuhan yang jelas ganas di kuil Mariamman Seafield dibiarkan sehingga terbunuhnya anggota Bomba Adib Mohd Kassim,
  8. Tanah wakaf Islam dirampas
  9. Orang Melayu-Islam dihalau dari rumah PPR Taman Manggis, kedai dan gerai milik orang Melayu-Islam diroboh sedangkan gerai-gerai milik kafirun dibenarkan
  10. Peruntukan mendirikan masjid ditarik balik,
  11. Peluang kerja di syarikat swasta milik Cina disekat pada kaum Melayu-Islam, dan banyaklah lagi penganiayaan terhadap umat Islam di bawah kepimpinan kerajaan PH-DAP dengan Perdana Menterinya yang merupakan boneka DAP.

Kepada rakyat Islam dan khususnya pengundi di Rantau yang memilih kerajaan PH-DAP serta pemimpin munafik yang menjadi kaldai DAP, tanggunglah dosa dan tunggulah balasan dan seksa Allah di akhirat nanti.

*****

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: