VIDEO- LEBIH BAIK NURUL IZZAH SERTAI UMNO MEMBELA KAUM MELAYU DAN MENENTANG DIKTATOR

Dimuat turun daripada YouTube

Ahli Parlimen Permatang Pauh, NURUL IZZAH ANWAR yang juga merupakan bekas Naib Presiden PKR, disarankan menyertai UMNO.

Pada Disember lalu Nurul Izzah telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR serta mengundurkan diri daripada pelantikannya sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang.

A 1 A A A A NURUL IZZAH 1

Beliau tidak mahu terikat dengan sebarang jawatan dalam parti sebaliknya sekadar hanya berkhidmat kepada rakyat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Tindakan Nurul Izzah dilihat oleh pemerhati politik sebagai protes terhadap gelagat Tun Mahathir yang diterjemahkannya sebagai diktator.

A 1 A A A A NURUL IZZAH 2

Kenyataan Nurul Izzah bahawa Mahathir adalah diktator bukanlah tuduhan yang melulu kerana sebuah badan penyelidik ‘Ranker’ telah menyenaraikan Mahathir dalam senarai 119 diktator dunia, dengan meletakkan Mahathir pada ranking ke-49. Malahan Mahathir sendiri mengakui bahawa dia adalah diktator.

A 1 1 AA AADIKTATOR 3

Bukan setakat itu sahaja,  terdapat juga penganalisis politik serta ‘rakan baik’ Mahathir yang melabelkannya sebagai ‘the greatest liar Malaysia has ever seen.’  George Soros pula pernah menghina Mahathir sebagai ‘a corrupt moron.’

A 1 1 AA AADIKTATOR 4

Nurul Izzah disarankan menyertai UMNO sekiranya beliau benar-benar menolak kepimpinan Mahathir yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan juga merupakan Perdana Menteri selepas PRU14.

A 1 1 AA AADIKTATOR 2

Kepimpinan Mahathir diterjemahkan oleh ramai penganalisis politik sebagai kepimpinan huru-hara apabila dia sendiri memperakui bahawa menteri kabinetnya lemah dan tidak efisien.

A 1 A A A A NURUL IZZAH 3

Kenyataan Mahathir yang menterjemahkan menteri kabinetnya sebagai lemah disokong oleh orang kuat parti seperti DS Anwar Ibrahim, Daim Zainuddin dan Kadir Jasin.

Aktivis politik yang juga merupakan bekas ahli PAP (Parti Alternatif Rakyat), Rahmat Ishak berkata, “Tindakan menyertai UMNO lebih berprinsip buat Nurul Izzah memandangkan beliau kini masih merupakan Ahli Parlimen yang mewakili lebih 70,000 pengundi di Permatang Pauh.

A 1 A A A A NURUL IZZAH 4

“Nurul Izzah juga pada masa kini dilihat sebagai liabiliti kepada Pakatan Harapan (PH) selain diserang oleh pemimpin PH berikutan dakwaannya bahawa Mahathir adalah diktator. Kenyataan tersebut  dluahkannya ketika ditemu bual oleh pemberita di Singapura.”

Masyarakat menghormati sikap Nurul Izzah yang tidak mementingkan soal pegangan politik kekeluargaan sebagai perkara utama tetapi meletakkan tanggung jawab seorang wakil rakyat sebagai perkara pokok.

Walau bagaimanapun Nurul Izzah tidak sepatutnya mempertahankan kedudukannya yang masih bersama PH di bawah kepimpinan seorang diktator yang telah banyak merosakkan negara. Apatah lagi maruah dan nama baik keluarganya sendiri telah dimusnahkan oleh diktator itu.

Menurut Rahmat, demi kepentingan rakyat yang diwakilinya, adalah lebih baik Nurul Izzah menyertai UMNO, parti terbesar yang memperjuangkan nasib dan hak kaum Melayu, sebelum Akta Anti-Lompat Parti dimaktubkan sebagai undang-undang di negara ini.

Tambahan pula Permatang Pauh pernah menjadi milik UMNO semasa bapanya Anwar Ibrahim masih merupakan Timbalan Perdana Menteri, sebelum dianiaya oleh Mahathir dengan tuduhan rasuah dan sodomi.

Ia bukanlah satu kesalahan sekiranya sejarah Permatang Pauh di bawah UMNO berulang kembali.

Malahan soal peruntukan di kawasan parlimen berkenaan bukanlah satu masalah sekiranya kerajaan PH bertanggungjawab dan patuh kepada ‘rule of law’ dan ‘rahmatan lil alamin.’

*****

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: