INDIA DAN PAKISTAN TIDAK HORMATI MAHATHIR

Meskipun Mahathir dijemput sebagai tetamu khas Hari Perarakan Kebangsaan Pakistan, namun pesawat yang membawa Perdana Menteri tertua dunia itu tidak dibenarkan menggunakan ruang udara Pakistan untuk melintasi India, mahupun ruang udara India untuk melintasi Pakistan.

Meskipun terdapat dua versi larangan, pertamanya India melarang mana-mana pesawat domestik mahupun pesawat luar negara memasuki ruang udaranya bagi akses ke Pakistan, manakala versi keduanya, pihak Pakistan pula yang melarang mana-mana pesawat memasuki India melalui ruang udaranya.

Larangan tersebut tercetus setelah berlaku serangan ke atas jet pejuang Pakistan dan tindak balas ke atas jet pejuang India di ruang udara Kashmir.

Walau apapun hakikatnya, penganalisis geopolitik menterjemahkan bahawa kedua-dua negara tidak menghormati pesawat yang membawa Mahathir ke Pakistan dan kemudiannya terpaksa mengambil laluan jauh menuju ke Oman sebelum memasuki ruang udara Pakistan yang sepatutnya lebih pantas jika melintasi ruang udara India.

Media antarabangsa melaporkan bahawa pentadbiran Perdana Menteri India Narendra Modi yang telah memulakan penafian hak penerbangan Tun Mahathir di ruang udara negara India untuk ke destinasi Islamabad baru-baru ini.

Larangan yang sama juga kemudiannya dilaporkan telah dikeluarkan oleh pentadbiran PM Pakistan, Imran Khan.

A 1 AAA AJETMADEY 2

Larangan tersebut dikeluarkan pada saat akhir ketika Mahathir dalam penerbangan ke Pakistan, yang memaksanya mengambil laluan lebih jauh di Laut Arab sehingga ke Oman sebelum menuju ke Islamabad.

Apakah implikasi ke atas pesawat Mahathir sekiranya larangan tersebut tidak diendahkan?

Pastinya tentera India akan menembak jatuh pesawat yang membawa Mahathir sekiranya dia masih degil melintasi ruang udara India.

Bagi sesetengah penganalisis geopolitik, larangan penerbangan tersebut adalah satu tindakan yang turut menafikan kehormatan dan maruah Mahathir sebagai seorang Perdana Menteri.

Adakah ia merupakan satu tindak balas terhadap tragedi serangan pesawat India-Pakistan di udara Kashmir atau sebenarnya ia merupakan tindakan untuk menafikan rasa hormat kepada seorang diktator seperti Mahathir?

Seorang penganalisis geopolitik mengatakan kejadian dan pendirian sedemikian  “agak jarang berlaku” kerana India dan Malaysia mempunyai sejarah mengekalkan hubungan mesra selama ini.

Wartawan India, Elizabeth Roche menyatakan dalam wacana perhubungan dua hala India-Malaysia semasa era DS Najib Razak pada 2017  memperlihatkan peningkatan perdagangan dua hala yang ketara kerana sikap dan kebijaksanaan diplomatik Malaysia dan dasar geopolitik DS Najib sendiri.

Namun pada era yang kembali kepada kuasa Mahathir, sikap angkuh, ego dan cakap besar Mahathir tidak lagi boleh diterima oleh sesetengah kerajaan yang menjaga maruah dan imej mereka.

DS Najib melawat India beberapa kali dan semasa lawatan terakhirnya pada 2017, ahli perniagaan Malaysia telah menandatangani MOU perdagangan  bernilai RM36 bilion yang meliputi sektor pembangunan infrastruktur, keselamatan,  makanan dan pembangunan bandar pintar.

Seorang bekas diplomat berkata, ugutan ketua negara yang menafikan kebenaran menggunakan ruang udara negaranya sangat jarang berlaku antara negara-negara yang tidak terlibat dalam permusuhan ketenteraan antara satu sama lain. 

Namun ia boleh berlaku dalam keadaan yang tidak menentu jika mana-mana pihak itu merasakan maruah atau kedaulatan mereka dicabar.

Malaysia adalah tempat tinggal kepada lebih daripada 1.7 juta rakyat India, dengan 86% daripada mereka adalah beragama Hindu manakala 14% lagi beragama islam.

Keturunan Mahathir Mohamad sendiri adalah berasal dari India. Datuknya, Iskandar, dibawa ke Tanah Melayu pada lewat 1870-an oleh British East India Company dari Kerala, India ke istana kerajaan Kedah sebagai tutor Bahasa Inggeris. 

A 1 AAA AJETMADEY 3

Dengan dasar negatif terkini Narendra Modi, jelaslah bahawa gambaran hebatnya Mahathir di pentas antarabangsa oleh balaci Mahathir hanyalah satu mitos sahaja.

Mahathir juga telah membangkitkan kemarahan China apabila menghasut Filipina supaya berwaspada terhadap China, manakala Malaysia telah membatalkan beberapa projek usahasama infrastruktur dan sistem pengakutan China-Malaysia. Akibatnya China telah membatalkan pembelian minyak sawit Malaysia, sebaliknya lebih selesa mengimportnya dari Indonesia. 

A 1 AAA AJETMADEY 4

Negara-negara Kesatuan Eropah juga amat membenci Mahathir dan giat berkempen memboikot minyak kelapa sawit Malaysia secara introvert mahupun terang-terangan.

Sikap ego, sombong dan cakap besar Mahathir terhadap Israel juga menjadi polemik masyarakat Islam di negara sendiri kerana dia cuba mengangkat dirinya sebagai jaguh Islam antarabangsa sedangkan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW serta kezaliman PH-DAP terhadap umat Islam di Malaysia langsung tidak dipedulikannya.

Malahan Mahathir mengaku dia adalah kaldai DAP, parti cauvinis Cina yang anti-Melayu-Islam tetapi dominan dalam kerajaan PH.

Arab Saudi yang merupakan negara ke-9 terkuat di dunia dari segi ketenteraan dan pengaruh, yang juga diiktiraf sebagai ‘Gergasi Timur Tengah’ sendiri tidak bersikap angkuh seperti Mahathir.

Malah hubungan Malaysia-Arab Saudi juga kelihatan tidak semesra dahulu apabila Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya telah ditutup, manakala tentera Malaysia yang bertugas untuk menjaga keselamatan rakyat Malaysia di kawasan berkonflik seperti Yaman dan Syria yang berpusat di Riyadh, telah ditarik balik.

A 1 AAA AJETMADEY 5

Lawatan Putera Mahkota Arab Saudi, Muhamad bin Salman ke Malaysia juga telah ditangguhkan dan kemudiannya dibatalkan pada saat-saat akhir.

A 1 AAA AJETMADEY 6

Kini Mahathir sedang menghadapi kemelut perjanjian air dan hak milik wilayah dengan jirannya Singapura.

Mahathir seharusnya muhasabah diri kerana kerajaan PH yang dipimpinnya sekarang ini sedang dilanda huru-hara politik manakala menteri kabinetnya dilihat lemah dan tidak efisien.

Mahathir adalah Perdana Menteri yang paling tidak stabil di dunia kerana parti PPBM-nya dilihat amat lemah dalam Pakatan Harapan yang didominasi oleh kaum Cina DAP.

Dia terpaksa merayu dan mengugut ahli parlimen pembangkang untuk bersekutu dengan partinya bagi memperkukuhkan jumlah Ahli Parlimen PPBM dalam parlimen Malaysia.

Terdapat ura-ura bahawa dia akan dikenakan tindakan undi tidak percaya oleh parti komponen Pakatan Harapan.

*****

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: