PH KEDAH IKTIRAF JEPUN SEBAGAI WIRA TANAH MELAYU

Sindrom memperakui DAP sebagai wira pembela nasib Melayu-Islam kini merebak dan menyelinap jiwa pemimpin PH Kedah, apabila mengangkat tentera Jepun, musuh kemerdekaan Tanah Melayu sebagai wira.

Bukan itu sahaja parti kroninya, PAN yang dipimpin oleh Menteri Pertahanan Malaysia yang dikategorikan sebagai Menteri Pertahanan yang ‘paling tidak berpelajaran’ di dunia, juga mengangkat Chin Peng, Ketua Parti Komunis Malaya sebagai wira dalam sejarah Tanah Melayu.

Image result for Mat Sabu: Chin Peng Pejuang Kemerdekaan

Rakyat tidak hairan kerana Perdana Menteri tertua di dunia dan ditanggapi sebagai ‘Harimau Asia’ tidak bertaring, yang “bercakap berdegar-degar tapi tahi tersangkut di gelegar” hanyalah kaldai tunggangan DAP.

Pada 21 Mac, sebuah tugu penanda kematian tiga tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua, yang menjadi artifak Muzium Negeri Kedah, telah dirasmikan oleh Exco Pelancongan Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris dengan perakuan bahawa tentera Jepun berkenaan adalah ‘wira’ .

A 1 1 AA AAJEPUN 5
Exco Pelancongan Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris merasmikan tugu ‘Wira Jepun’

Pada papan tanda tugu tersebut telah tercatat bahawa Komandan Platun tentera Jepun Hajima Asahi dan dua tentera bawahannya yang terbunuh sebagai ‘wira’ yang mempertahankan Jambatan Alor Setar ketika meletusnya serangan Jepun ke atas Tanah Melayu pada Disember 1941.

A 1 1 AA AAJEPUN 3

Setelah mendapat kritikan pedas bukan sahaja daripada warganet, malahan Persatuan Bekas Veteran Tentera Malaysia (PATROITS) serta bekas Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, baharulah kenyataan meminta maaf dan mencabut papan kenyataan yang mencatatkan pengiktirafan ‘wira’ ke atas tentera Jepun yang terbunuh itu.

Selain itu, FB Muzium Kedah juga telah mengenyahkan siaran perasmian tugu kematian Komandan Jepun Hajima Asahi,

A 1 1 AA AAJEPUN 4

Isu memohon maaf, isu menggantikan papan kenyataan, isu perasmian tugu sebagai tajaan Konsulat Jepun, dan isu ia hanya sebagai artifak muzium, tidak menjadi persoalan, sebaliknya falsafah dan pendirian kerajaan PH Kedah memperakui kewiraaan tentera musuh negara yang menjadi kemarahan rakyat.

Kami melihat ia sebagai satu sindrom kerajaan PH pimpinan Mahathir (hanya merupakan kaldai tunggangan DAP) yang cuba meracuni pemikiran rakyat dengan mengangkat musuh Tanah Melayu sebagai wira.

Hari ini rakyat sedang mengalirkan air mata darah apabila satu demi satu tindakan kerajaan PH yang menzalimi dan memusnahkan kebajikan umat Islam, serta rakyat marhaen Melayu baik di Pulau Pinang, Selangor, mahupun di seluruh negara.

Isu tanah wakaf yang dirampas, isu penduduk PPR dihalau, isu harta dan aset  Tabung Haji yang dijual, isu GLC milik Melayu seperti Khazanah digadaikan, isu rasionalisasi subsidi melalui BR1M diperkotak-katikkan, isu penghinaan Nabi SAW, isu penyatuan umat Islam yang diserang, dan banyak lagi yang semuanya merupakan tindakan kerajaan PH sebagai memihak kepada musuh umat Islam dan Melayu.

Apa yang Mahathir boleh buat dan cuba buat untuk membela agama Islam, umat Islam dan kaum Melayu?

Anehnya sebagai pemimpin yang dikatakan masih waras, beberapa hari lalu Mahathir meminta rakyat ‘Minum Kelapa Sawit’ sebagai tanda menyokong industri minyak sawit Malaysia.

Jelaslah, Mahathir sebagai Ahli Parlimen Langkawi, Kedah, terus dipergunakan oleh musuh-musuh Melayu dan umat Islam dan sindrom mengangkat musuh ‘Tanah Melayu’ – termasuk tentera Jepun, gerila Komunis dan DAP sebagai wira negara, jelas kian  menyelinap jiwa konco-konco PH-DAP. 

Kita tidaklah hairan sekiranya ‘puteri reformasi’ Nurul Izzah Anwar kini sedang bergelut dalam polemik menentang kezaliman bekas diktator yang diiktiraf dunia.

Malahan kini dengan kuasa pemimpin PH-DAP, pasukan keselamatan telah diarahkan mengawal dan mempertahankan kuil dan rumah ibadat kafirun di seluruh negara, seakan-akan memperakui bahawa umat Islam adalah pengganas dan musuh negara. 

Kerajaan PH harus sedar bahawa rakyat tidak buta sejarah dan rakyat tidak sebodoh Menteri Pertahanan ‘terbodoh’ dunia itu.

*****

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: