NURUL IZZAH BENAR, MAHATHIR ADALAH DIKTATOR

Di tengah-tengah kemelut konflik pertikaian bekalan air ke Singapura, serta kontroversi wilayah Singapura-Malaysia yang serius,  Ahli Parlimen (AP) Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau berasa payah dan kecewa bekerja dengan diktator seperti Tun Mahathir.

Nurul Izzah juga telah menggambarkan bahawa situasi politik semasa di bawah kepimpinan Mahathir adalah dalam keadaan ‘sangat mencabar dan huru-hara’.

“Bekerjasama dengan bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan bukan saja kepada hidup kami, tapi juga sistem (pentadbiran negara), bukanlah sesuatu yang mudah,” kata Nurul Izzah.

Malahan Nurul telah menyatakan hasratnya untuk tidak lagi bertanding dalam PRU15 yang akan datang kerana telah hilang kepercayaan kepada kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Mahathir.

Kenyataan Nurul Izzah itu telah diterbitkan oleh  Straits Times Singapura dalam satu temubual beberapa hari lalu.

Sebagaimana biasa, Mahathir dengan sikap suka menyalahkan orang lain, tidak melihat kritikan Nurul Izzah itu tertuju kepadanya, sebaliknya menghalakan kritikan Nurul Izzah kepada kabinetnya.

Kata Mahathir, “Tidak mengapa, ramai yang kecewa terhadap mereka (menteri kebinetnya), saya juga kecewa terhadap mereka.”

Sebagai Perdana Menteri, Mahathir sepatutnya bertanggungjawab terhadap setiap tindakan kabinetnya, bukannya sekadar meyapu ke tepi lantai kelemahannya dengan alasan “saya juga kecewa terhadap mereka.”

Mahathir sengaja bersikap tuli atas kenyataan kontroversial Nurul Izzah yang melabelkannya sebagai diktator.

Ramai yang menyetujui pandangan Nurul Izzah kerana sikap diktator Mahathir sudah diperakui oleh banyak sarjana di seluruh dunia.

Mahathir sendiri mengaku dia adalah diktator!

A 1 1 AA AADIKTATOR 2

Malahan dalam senarai diktator terkenal dunia, Ranker telah menyenaraikan Mahathir dalam ranking ke-49 dalam senarai 119 diktator dunia.

Adolf Hitler diletakkan dalam ranking pertama, manakala Brigadier General Tafari Benti, pemimpin junta Ethiopia sebagai diktator ke-119.

A 1 1 AA AADIKTATOR 3

Bukan itu sahaja, malahan ada yang melabelkan Mahathir sebagai ‘the Greatest liar Malaysia has ever seen” dan George Soros melabelkan Mahathir sebagai “a corrupt moron.”

A 1 1 AA AADIKTATOR 4

Jika ada yang mengatakan bahawa Mahathir adalah faktor utama kemenangan PH dalam PRU14, maka ia adalah satu pandangan yang amat genjot kerana kajian Invoke telah membuktikan bahawa Mahathir bukan faktor kemenangan PH pada PRU14.

Di samping itu Mahathir sendiri memperakui bahawa dia diangkat sebagai Perdana Menteri oleh konco-konco dalam PH adalah sekadar untuk dijadikan boneka khususnya kepada parti DAP yang dilihat lebih dominan dalam konteks kuasa parlimen.

Malahan, kajian firma Pengiklanan, Nobleman Creation mendapati bahawa Mahathir tidak lagi disukai rakyat berbanding DS Najib dan DS Hadi Awang.

Kajian yang mengambil kira dua garis masa iaitu pada Mei 2018 dan pada Jan 2019 telah mendapati bahawa DS Najib Razak mendahului ketiga-tiga pemimpin lain dengan jumlah skor 6.7 juta.

A 1 1 AA AADIKTATOR 5

Sebelum itu Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq juga telah membuat satu kajian populariti antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dengan DS Najib Tun Razak.

Kajian dalam talian itu mendapati bahawa Mahathir cuma meraih 17 % undi daripada 29,300 pengundi, berbanding Najib yang mampu peroleh 83 % undian.

Bukan itu sahaja, malahan netizen telah berani meninggalkan komentar dengan selitan cacian dan cemuhan terhadap Mahathir.

Nurul Izzah juga meluahkan perasaan kecewanya bahawa beliau berasa payah bekerja dengan Mahathir kerana ketegangan hubungan peribadi yang bertunjang daripada kes pemenjaraan ayahnya pada 1998, setelah DS Anwar Ibrahim disingkirkan daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Rakyat melihat luahan rasa Nurul Izzah bukanlah satu isu yang terpinggir, malahan majoriti rakyat kini melihat pemerintahan Mahathir dan sikap diktatornya menjadi-jadi terutama dalam hal kezaliman kerajaan PH terhadap kaum Melayu dan umat Islam.

Dengan itu amatlah dangkal bagi Setiausaha Politik Mahathir, Abu Bakar Yahya yang bertindak mengkritik kenyataan Nurul Izzah sebagai ‘tidak matang, tidak rasional dan emosional,’ sedangkan majoriti rakyat turut sama merasai dan berkongsi luahan rasa AP Permatang Pauh itu.

Mungkin Nurul Izzah belum lagi sedar, siapakah musuh sebenar ayahnya DS Anwar Ibrahim, atau mereka dalam PKR sedang dimomokkan dengan agenda politik kepura-puraan Mahathir demi menyelamatkan dirinya sendiri daripada gejala rasuah yang disembunyikan.

Image result for mahathir takut jika DAP memang

Bagi Penyelaras Parlimen PH Jasin, Khairuddin Abu Hassan, tindakan Nurul Izzah adalah satu gerakan yang dirancang secara halus untuk menjatuhkan kredibiliti Tun Dr Mahathir Mohamad seterusnya menggulingkan beliau daripada jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Bagi Khairuddin sebagaimana yang dicatatkan dalam FB-nya, gerakan untuk menggulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia sedang digerakkan oleh kalangan tertentu demi untuk mencapai agenda politik mereka.

Persoalannya, adakah cukup sekiranya gerakan menggulingkan Mahathir itu hanya diperjuangkan oleh seorang pemimpin wanita muda dalam PKR? Pastinya gerakan menggulingkan Mahathir melibatkan ramai lagi pemimpin dalam PH, khususnya PKR.

Walau bagaimanapun kenyataan Khairuddin juga cuba membunuh keupayaan moral Mahathir dalam menerajui PH, apatah lagi dia sendiri melihat dirinya sebagai semata-mata boneka DAP.

Mengapakah rakyat harus memperjudikan nasib dan masa depan mereka, masa depan negara dan masa depan agama Islam hanya dengan bersandarkan kepada seorang boneka serta diktator yang diperakui dunia?

Rakyat harus melakukan perubahan.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: