VIDEO- UEC TONJOLKAN EGO DAN RASIS DONG ZONG DAN JIAO ZONG

Golongan Cina yang bertahun-tahun berjuang untuk mempertahankan UEC (Unified Examinations Certificate) walaupun sekian lama ditolak adalah terdiri daripada golongan yang hanya memperjuangkan etnosentrime kerana didorong oleh egoisme atau nilai yang hanya meletakkan kepentingan diri sendiri.

UEC adalah sijil yang dikeluarkan oleh Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang dikelolakan Dong Zong dan Jiao Zong dan ia merupakan sijil peperiksaan yang tidak menggunakan sukatan pelajaran dari negara ini serta bukan sebahagian entiti daripada sistem pendidikan Malaysia yang diiktiraf. 

Sebaliknya UEC dihasilkan daripada kurikulum dan silabus yang diambil daripada Taiwan, yang lebih dilihat sebagai suatu nilai dan falsafah pendidikan yang bertentangan dengan nilai dan falsafah pendididkan kebangsaan.

Sekali gus golongan ini menolak semangat dan falsafah yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa perpaduan.

Golongan ini secara dasarnya tidak pernah bersyukur kerana diterima untuk hidup di Tanah Melayu tetapi masih bersikap seperti ‘Belanda mendapat tanah’ – sedikit demi sedikit toleransi yang diberikan kepada mereka dieksploitasi kerana mementingkan kaum tanpa mahu melihat bahawa satu bahasa pengantar itu adalah penawar untuk menjalin perpaduan kaum.

Tidak guna bercakap tentang perpaduan kaum sekiranya parasit yang meracuni semangat perpaduan itu dibiarkan subur, merebak dan menjadi kudis, nanah dan pekung yang perlahan-lahan membunuh perpaduan itu akhirnya.

Satu kesilapan yang amat besar bagi pemimpin Tanah Melayu pada era Persekutuan Tanah Melayu dahulu, kerana bertoleransi kepada kaum pendatang sebegini, membenarkan mereka mewujudkan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan, kemudian menuntut pula sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, namun apabila tidak dibenarkan maka diwujudkan pula Sekolah Menengah Persendirian Cina.

Sudah dibenarkan mewujudkan Sekolah Menengah Persendirian Cina, mereka wujudkan pula kurikulum dan silabus yang tidak menjurus kepada semangat kebangsaan, maka lahirlah generasi kaum Cina yang tidak dapat menerima dasar kebangsaan dan mengabaikan nilai perpaduan kaum. Malah mereka tidak tahu berbahasa Melayu dengan baik yang menjadi syarat kewarganegaraan.

Contoh yang paling jelas ialah kelahiran bangsa DAP yang kini, setelah mendapat kuasa politik di Pulau Pinang dan kemudiannya kuasa politik dalam kerajaan PH, mereka terus menjulang semangat etnosentrisme Cina dan mengetepikan nilai luhur yang menjadi asas kepada perpaduan kaum iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dan bahasa perpaduan.

Rata-rata hari ini generasi Cina tidak tahu berbahasa Melayu, yang menjadi bahasa rasmi dan juga bahasa perpaduan. Malah orang DAP seperti Guan Eng, kini secara senyap mahu menjadikan bahasa Cina sebagai bahasa rasmi pentadbiran kerajaan PH.

Bahasa Cina tetap menjadi bahasa pengantar di Sekolah Menengah Persendirian Cina. Kemudian mereka menolak kurikulum pembelajaran dengan mengambil wewenangnya kurikulum dan silabus pelajaran daripada Taiwan untuk melonjakkan egoisme dan etnosentrisme Cina.

Apabila kurikulum dan silabus pelajaran Sekolah Menengah Persendirian Cina tidak selari dengan sistem peperiksaan yang distandardkan atau dipiawaikan bermula daripada PMR, SPM dan STPM, maka mereka gelabah kerana pelajar mereka dan kurikulum yang dilaksanakan tidak dapat diselaraskan dengan sistem peperiksaan kebangsaan.

Lalu dengan itulah mereka terpaksa mewujudkan UEC bagi menyelamatkan pelajar-pelajar Cina yang menjadi produk Sekolah Menengah Persendirian Cina.

Genjotnya UEC ditolak dan tidak diiktiraf kerana standardnya tidak mencapai standard Kementerian Pendidikan kerana tahap bahasa Melayu yang diwajibkan tidak ada keesahan dengan standard bahasa Melayu meskipun hanya pada peringkat SPM.

Namun keegoan atau egoisme golongan cauvinis Cina ini dan perjuangan mereka ialah mengangkat untuk UEC setaraf dengan STPM supaya boleh diterima pakai sebagai kelayakan untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam.

Sekian lama UEC ditolak dan kini setelah PH berkuasa dan setelah pengiktirafan UEC menjadi janji dalam manifesto PH, maka Menteri Pendidikan dikatakan terpaksa juga meluluskan UEC sebagai setaraf dengan STPM yang boleh digunakan sebagai kelayakan asas ke institusi pengajian tinggi awam.

Jijiknya UEC, standard bahasa Melayu lulusannya jauh lebih rendah daripada tahap SPM. Namun Menteri Pendidikan tetap meluluskan UEC yang jelas menunjukkan bahawa nilai dan falsafah pendidikan diperjudikan dan dipolitikkan kerana terpaksa tunduk kepada golongan cauvinis Cina yang merasakan bahawa kuasa politik kini berada di tangan mereka, manakala Perdana Menteri hanyalah boneka kepada golongan ini.

UEC tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sejak pada zaman Tunku Abdul Rahman lagi. Malah dasar penolakan UEC disokong oleh tokoh-tokoh sezaman seperti Tun Tan Cheng Lock, dan Tun Tan Siew Sin dari MCA.

Pada zaman itu tokoh-tokoh terawal semuanya mendukung semangat nasional yang tinggi. Tun Tan Siew Sin sendiri menolak idea penggunaan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar sekolah di Malaysia kerana ia meracuni aspirasi pendidikan kebangsaan.

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) juga menolak dengan kerasnya kenyataan mana-mana pihak yang cuba mengangkat UEC sebagai sijil yang diiktiraf oleh institusi pengajian tinggi awam.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dari Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam,  Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu, pula tegas mengkritik UEC kerana kata beliau “Pelajar UEC sememangnya mengambil BM, tetapi BM mengikut standard UEC, bukan datang daripada KPM. BM UEC jauh lebih mudah berbanding BM SPM. Malang sungguh negara ini, rakyatnya tidak mahu bersusah sedikit pun untuk menguasai bahasa negara.”

Prof Dr Teo Kok Seong dari UKM pula menegaskan bahawa, pengiktirafan UEC adalah satu penderhakan kepada rakyat kerana pengiktirafan UEC sangat bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

A 1 1 AA AUEC !

Tegas Prof Teo Kok Seong, “Pertama sekali, pada saya ia sangat tidak adil kepada pelajar yang cekal dan tabah mengikuti sistem pendidikan kebangsaan. Jangan khianati golongan seperti ini.

…jika kerajaan mengiktiraf sesuatu perkara yang tiada dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan ia boleh diibarat seperti ‘menyusu kera di hutan, anak sendiri kelaparan’.”

Gerakan Pengundi Sedar (PS) pula telah merumuskan 10 sebab mengapa UEC mesti ditolak oleh rakyat Malaysia. Perpaduan kaum di negara ini bakal runtuh sekiranya golongan yang memperjuangkan UEC ini diberi muka untuk mengiktirafnya. Ia tergelincir jauh daripada aspirasi pendidikan kebangsaan.

A 1 1 AA AUEC 2

Egoisme dan etnosentrisme kaum Cina pernah dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri Australia, John Howard yang mengeluarkan kenyataannya yang amat pedas terhadap kaum Cina Australia.

A 1 1 AA AUEC 3

Malah bagi Howard, kaum pendatang Cina ini adalah ibarat sel darah putih, ia bagus jika ia sedikit, tetapi jika kewujudannya berlebihan, ia amat berbahaya.

Dasar bahasa di Indonesia pula jauh lebih keras berbanding dengan tolerasi yang diberikan oleh pemimpin Melayu kepada kaum Cina yang tidak tahu berterima kasih, egosentrik dan etnosentrik.

Lihat sahaja apa yang diperkatakan oleh pegawai Tinggi TNI berikut ini. Diharapkan golongan cauvinis Cina di Malaysia sedar dan muhasabah diri.

Dimuat turun daripada Youtube

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: