PEMIMPIN PH SERU PETANI TANAM GANJA KALAU HENDAK KAYA

Ironi sekali dalam usaha kerajaan terdahulu menangani gejala dadah, malah menjadikan dadah sebagai musuh ‘Nombor Satu’ negara setelah redanya subversif komunis, kini pemimpin kerajaan Malaysia Baru mahu petani Selangor menanam ganja bagi menggantikan kelapa sawit.

A 1 1 AA AGANJA 5

Sebelumnya Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden PAN telah menyeru agar para nelayan menanam nanas di sekitar rumah, tanpa memahami rutin hidup para nelayan yang sudah sebati dengan laut dan hidup miskin tanpa tanah.

Keadaan ekonomi negara yang diporak-perandakan oleh kerajaan PH sehingga membawa kepada kemelesetan ekonomi akibat jatuhnya harga produk komoditi, kini cuba meletakkan masalah ekonomi negara pada bahu rakyat, golongan kelas rendah yang terkapai-kapai hidup di tengah-tengah kos sara hidup yang melambung tinggi.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok pula mahu industri kelapa sawit digantikan dengan penanaman buluh tanpa melihat rasional serta volum industri buluh dalam konteks pemasaran serta diversifikasi aliran industri itu.

Malahan Teresa gagal mengkaji kesesuaian tanah FELDA dan lupa dengan bidalan Melayu ‘aur dengan tebing yang tidak boleh dipisahkan’.

Sebagaimana biasa apabila diajukan soalan lanjutan, beliau terperangkap dan menjadi klise dengan jawapan “akan dikaji.”

Sepatutnya kerajaan PH menggunakan diplomasi geopolitik untuk menarik balik pembeli antarabangsa minyak kelapa sawit negara, seperti China dan Kesatuan Eropah, bukannya mencari jalan mudah untuk merombak penanaman kelapa sawit dan getah dengan tanaman-tanaman aneh seakan-akan industri pertanian negara boleh diubah sekelip mata seperti menukar baju dalam.

Anehnya apa yang kita lihat ‘Perdana Menteri tertua dunia’ telah menambahkan lagi kegawatan pemasaran komoditi negara apabila menghasut Filipina supaya skeptikal terhadap China.

A 1 1 AA AGANJA 4

Pemimpin baru Malaysia nampaknya seperti buta dan tidak sedarkan diri, manakala Mahathir masih terikat dengan pendekatan ortodoksnya, ingin kembali menjadi ‘harimau Asia’ kononnya tetapi lupa bahawa ‘harimau Asia’ yang dilihat ialah harimau mandom yang sudah reput gigi taring serta kukunya dan akan mati tidak lama lagi.

Dia masih nak tunjuk ‘kewiraannya sebagai pemimpin Islam dunia’ dengan kritikan pedas terhadap Israel tetapi kemelut agama Islam yang dihina dan dicaci di negara sendiri tidak diendahkan!

Mulut sahaja cakap berdegar-degar tetapi tahi tersangkut di gelegar.

Arab Saudi sendiri dikategorikan sebagai negara ke-Sembilan terkuat dunia oleh AS dan diangkat sebagai ‘Gergasi Timur Tengah’ tidak celupar seperti Mahathir. Malah ketenteraan Malaysia kini kalah dari aspek logistik jauh lebih lemah berbanding dengan Vietnam.

Singapura yang munggil itu sahaja mampu menakluk Malaysia dalam beberapa jam sahaja, dengan kekuatan ketenteraannya yang tercanggih di Asia Tenggara, sebaliknya pemimpin tua Malaysia Baru masih ego dan bermimpi di siang hari.

Kini pemimpin PH daripada ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli  mahu Malaysia terlibat dengan penanaman ganja, satu produk yang dikategorikan oleh Malaysia sebagai ‘dadah terlarang’.

Mohd Shaid gagal meneliti persoalan tanaman untuk kajian perubatan mahupun tanaman pinggiran apatah lagi sebagai tanaman komersial untuk tujuan pemasaran dan eksport.

Apakah ini sebenarnya hala tuju pemimpin PH, merosakkan negara dengan strategi ekonomi yang amat berbahaya sebagaimana dilaksanakan oleh negara-negara Latin Amerika?

Akhirnya rakyat akan menanam ganja di belakang rumah atas alasan tanaman perubatan dan akhirnya yang akan terjerumus ialah anak-anak muda Melayu bukan sahaja golongan lepasan sekolah malah boleh sahaja melibatkan golongan remaja sekolah lelaki-wanita apatah lagi golongan dewasa.

Mungkin kemudiannya selepas melihat ganja kurang berjaya untuk mengayakan pemimpin PH, selepas ini disarankan pula industri kokain dan mophine bagi melengkapkan negara sebagai pengeluar dadah terbesar Asia.

Strategi sedemikian akan amat berjaya kerana hukuman ‘mati’ mandatori sudahpun dicanangkan supaya dihapuskan di Malaysia.

A 1 1 AA AGANJA 2

Persoalannya, adakah ADUN Jeram, Mohd Shaid mahu menjadikan Malaysia seperti negara dadah Columbia, Mexico, Bolivia dan Peru? Penglibatan negara-negara ini, sebagaimana sejarah kekayaan Pablo Escobar adalah bermula dengan ganja.

Seperti dilaporkan oleh portal Ilunimasi, “Perdagangan kokain yang didominasi oleh Colombia bukanlah satu kebetulan. Bermula pada awal 1970-an, Colombia menjadi tapak utama penyeludupan ganja.”

A 1 1 AA AGANJA 3

Pastinya bagus bagi PH jika Malaysia juga akan melahirkan jutawan seperti Pablo Escobar, bukan lagi sekadar Syed Mokhtar atau Mokhzani Mahathir. Malahan Majalah Forbes telah pernah meletakkan Escobar sebagai manusia terkaya di dunia.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: