VIDEO: UMNO SUDAH MATI ATAU ADA PEMIMPIN PH YANG SEDANG NAZAK

Video dimuat turun daripada Youtube

Tun Mahathir dalam kempen untuk calon PPBM di PRK Semenyih tempoh hari, pernah mengeluarkan kenyataan bahawa ‘BN sudah tiada’ dengan tanggapan bahawa BN sudah mati dan UMNO juga sedang nazak.

Katanya, “Sia-sia sahaja kita memilih calon BN. BN sudah tiada. Sudah ‘Innalillahi Wainna Ilaihi Raajiun’.

“(BN) sudah habis, yang ada hanya UMNO, tinggal nama saja. UMNO pun dah hancur. Ramai ahli mereka minta masuk Pakatan Harapan (PH) yang tinggal itu pun sudah tidak larat berjalan,” katanya.

Anehnya calon UMNO atas tiket BN di kedua-dua PRK di Cameron Highlands dan Semenyih masih menjadi pilihan rakyat.

Sekiranya Cameron Highlands dilihat sebagai mewakili golongan rakyat pedalaman, dan Semenyih pula dilihat mewakili golongan sub-urban atau pinggir bandar yang majoritinya adalah kaum Melayu, maka rakyat di kedua-dua zon demografi itu masih tebal menyokong BN-UMNO.

Justeru rakyat masih memilih BN-UMNO meskipun analisis menunjukkan bahawa kaum bukan-Melayu tidak memihak kepada BN-UMNO.

Dengan kata-kata lain pengundi Melayu tetap memilih calon BN-UMNO dan sekaligus boleh disimpulkan penolakan mereka terhadap calon PPBM meskipun PPBM dikatakan mewakili kaum Bumiputera.

Rakyat juga melihat media sosial menjadi riuh-rendah dengan sambutan yang diberikan kepada mantan Perdana Menteri DS Najib Razak di mana saja beliau berada.

A 1 1 AA ANYANYUK 1
Sabutan orang ramai di lokasi kehadiran DS Najib yang hangat dan ramai

Anehnya kehadiran Mahathir di tempat yang sama tidak pula mendapat perhatian rakyat sedemikian meriah.

A 1 1 AA ANYANYUK 2
Tiada siapa yang pedulikan Mahathir ketika berada di tempat awam

Rakyat tahu siapakah yang memegang tampuk Perdana Menteri dan dari parti manakah dia? Namun realitinya rakyat seperti tidak peduli dan tidak menghormati Perdana Menteri sedia ada sebagaimana perhatian yang mereka berikan kepada DS Najib Razak.

Malahan pada satu sesi kempen di Semenyih, rakyat melihat BN-UMNO mengadakan kempen di Taman Permai pada lokasi yang berdekatan dan pada waktu program yang sama dengan sesi kempen PH-PPBM.

Ceramah PH hambar di Semenyih

PH-PPBM telah mengadakan majlis ceramah kempen di tapak Agro-Fest dengan kehadiran DS Anwar Ibrahim. Sebaliknya BN-UMNO berkempen di sebuah padang yang jaraknya hanya 100 meter daripada lokasi PH-PPBM.

Lucunya di kawasan Agro-Fest itu dijual baju-T dengan tag ‘Malu Apa Bossku’ yang diperakui oleh penjual sebagai jualan hangat sehingga 2000 helai terjual sehari.

Ironinya, sambutan terhadap ceramah BN pada malam itu berganda-ganda lebih besar jumlahnya. Tidak hairanlah BN-UMNO telah memenangi PRK tersebut.

A 1 1 AA ANYANYUK 3

Fenomena populariti Mahathir yang jatuh merudum juga telah dibuktikan oleh kajian empirikal bahawa Mahathir tidak lagi popular dalam kalangan rakyat.

Nobleman Creation misalnya telah menjalankan kajian tentang populariti pemimpin parti politik khususnya DS Najib Razak, Dato’ Haji Hadi Awang, Tun Mahathir dan DS Anwar Ibrahim.

Kajian yang mengambil kira dua garis masa iaitu pada Mei 2018 dan pada Jan 2019 telah mendapati bahawa DS Najib Razak mendahulu ketiga-tiga pemimpin pada Jan 2019 dengan skor 6.7 juta walaupun terdahulu pada Mei 2018, Mahathir mendahuluinya dengan kelebihan skor 2.1 juta.

A 1 MADEAD TAK POPULAR 1

Rakyat lantas berfikir, ‘Benarkah BN-UMNO sudah mati?’ Sedangkan kerjasama UMNO-MCA-MIC telah diperkukuhkan lagi pada kempen PRK Cameron Highlands dan Semenyih.

Apa yang rakyat lihat adalah sebaliknya. PPBM yang nampaknya seperti sedang nazak tanpa sambutan rakyat, terutamanya golongan sasar iaitu kaum Melayu-Bumiputera.

Rakyat juga masih ingat, kerana rakyat tidak lupa kira-kira lima tahun dahulu apabila Mahathir mengutuk mantan Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Aziz yang berusia 82 tahun sebagai ‘sudah tua dan nyanyuk’ kerana Allahyarham masih mahu bertanding dalam PRU-13.

Namun hari ini dengan persepsi yang sama rakyat juga melontarkan persoalan yang sama kepada Mahathir.

Sebagaimana kata DS Mohamad Hassan apabila diajukan soalan oleh bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, TS Johan Jaafar tentang “UMNO belum boleh ditalkinkan?”

A 1 1 AA ANYANYUK 4
DS Mohamad Hassan: Siapakah yang akan ditalkinkan dahulu?

Dengan nada tenang tetapi amat sinis DS Mohamad Hassan menjawab, “Tidak tahulah siapa yang akan ditalkinkan dahulu.”

Logiknya hamba Allah yang sudah berusia 93 tahun hendaklah bersedia menghadapi kematian, apatah lagi dengan keadaan dan sifatnya yang selalu tersasul dalam percakapan yang diterjemahkan oleh rakyat termasuk konco-konconya sebagai ‘nyanyuk.’

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: