VIDEO LGBT – MUHYIDDIN JAHIL UNDANG-UNDANG

Perarakan LGBT dan laungan ‘Hidup LGBT’ tidak menyalahi undang-undang -Peguam Surendran

Sabtu lalu, sempena Hari Wanita Sedunia, satu perhimpunan dan perarakan aman telah diadakan atas kerjasama beberapa badan bukan kerajaan, yang antaranya Women’s Aid Organisation (WAO) dan Sisters In Islam (SIS).  

Selain itu, perhimpunan tersebut turut disertai penyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang menuntut penghapusan diskriminasi gender, menghentikan keganasan terhadap wanita dan kesaksamaan gender.

A 1 1 AAWANITA1

Walau bagaimanapun Menteri Dalam Negeri, TS Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan tersebut adalah perhimpunan ‘haram’ kerana tidak mendapat permit, dengan erti kata tidak mendapat kebenaran polis.

Malah bagi Muhyiddin kerajaan menolak keras sebarang tindakan oleh pihak yang menganjurkan himpunan tanpa permit dan melanggar Akta Himpunan Aman 2012. 

Menurut Muhyiddin, “Kita mempunyai undang-undang dan kita akan bertindak serta bertegas dalam apa pun. Setiap warga Malaysia tidak terkecuali daripada peraturan undang-undang, ini sistem demokrasi, dan kita ada undang-undang jadi mereka harus mematuhinya.”

Atas kenyataan Muhyiddin itu, dia telah dikritik keras oleh penasihat kumpulan ‘Lawyers for Liberty’, N Surendran kerana tidak tahu tentang prosedur dan undang-undang berkaitan dengan ‘perhimpunan aman’ (PAA 2012).

Bagi Surendran, tidak wujud isu pemohonan permit di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) kerana penganjur cuma perlu menghantar notis pemberitahuan.

Surendran melahirkan rasa kesalnya atas kejahilan Muhyiddin itu kerana di bawah PAA tidak ada sesuatu yang memerlukan permit, cuma perlu ada pemberitahuan kepada pihak polis.

Image result for n surendran lawyer
Peguam N Surendran

Surendran yang juga merupakan bekas Naib Presiden PKR mendakwa perhimpunan itu berlangsung dengan teratur dan kehadiran kumpulan LGBT tidak menjadikan perarakan itu melanggar undang-undang. 

Surendran menegur kerajaan PH kerana melupakan perjuangannya terhadap hak untuk berhimpun secara aman.

Dalam kritikan pedasnya, Surendran menulis, “Sekarang Pakatan Harapan memerintah, cukup cepat mereka lupa perjuangan panjang penuh liku untuk mendapatkan hak berhimpun secara aman.

“Malahan, perarakan hari wanita yang tidak memudaratkan itu berterusan diganggu. Selepas mendapat kuasa, mereka kini menindas dengan cara yang sama.”

A 1 1 AAWANITA 2
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman pula mendakwa pihak penganjur telah menipu kementeriannya kerana tidak menjelaskan tujuan sebenar penganjuran perhimpunan dan perarakan di ibu kota, Sabtu lalu.

Baginya penipuan itu jelas apabila perhimpunan dan perarakan tersebut turut melibatkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Waktu dia (penganjur) mohon tak sebut himpunan untuk LGBT, kalau dia sebut dalam permohonan notis itu (ada penglibatan) LGBT, saya pasti kementerian tak akan benarkan,” tegas Aziz.

Nampak jelas bahawa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan bercambah dengan pelbagai masalah apabila ada menteri yang mahu berkeras dengan undang-undang sebaliknya didapati jahil undang-undang.

Kemudian rakyat jadi keliru tentang perhimpunan Hari Wanita Sedunia atau sebaliknya perhimpunan Hari LGBT Sedunia?

Walau bagaimanapun rakyat dapat lihat bahawa kumpulan LGBT dalam konteks ini telah mengambil kesempatan ke atas sambutan Hari Wanita Sedunia, kerana sekiranya mereka mahu menyambut Hari LGBT Sedunia pastinya mereka akan diserang dari segenap penjuru.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: