VIDEO: RAKYAT HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP MAHATHIR-PH

Video dimuat turun daripada Youtube

Sebuah firma Pengiklanan, Nobleman Creation telah menjalankan kajian sosial media dengan memberikan tumpuan kepada populariti pemimpin parti politik khususnya DS Najib Razak, Dato’ Haji Hadi Awang, Tun Mahathir dan DS Anwar Ibrahim.

Kajian yang membandingkan tahap populariti pemimpin-pemimpin tersebut dibuat secara kuantitatif berdasarkan beberapa pendekatan ke atas warganet.

Kajian yang mengambil kira dua garis masa iaitu pada Mei 2018 dan pada Jan 2019 telah mendapati bahawa DS Najib Razak mendahulu ketiga-tiga pemimpin pada Jan 2019 walaupun terdahulu pada Mei 2018, Mahathir mendahuluinya dengan kelebihan skor 2.1 juta.

Namun pada Jan 2019, DS Najib mendahului ketiga-tiga pemimpin lain dengan jumlah skor 6.7 juta.

A 1 MADEAD TAK POPULAR 1

Populariti Mahathir jatuh lebih rendah daripada Haji Hadi Awang, manakala Anwar Ibrahim paling corot di bawah.

Warganet tidaklah hairan dan terkejut kerana sebelumnya Syed Saddiq juga telah membuat undian dalam talian antara populariti Mahathir dan DS Najib.

Daripada 29,300 responden kajian Saddiq mendapati  skor untuk DS Najib ialah 83% manakala Mahathir hanya mendapat skor 17%. Ia sesungguhnya amat memalukan Mahathir.

Di negara maju seperti Great Britain, Perdana Menteri sedemikian boleh dikenakan undi tidak percaya.

Apatah lagi Mahathir telah turut berkempen di Cameron Highlands dan Semenyih, dengan keputusan parti kerajaan mengalami kekalahan.

Faktor ini juga boleh mengheret Mahathir dikenakan undi tidak percaya kerana dia telah turut terlibat dalam kempen di kedua-dua PKR tersebut.

Rakyat juga tidak terkejut, kerana hipotesis yang mengatakan PH telah menang PRU14 atas faktor Mahathir adalah tidak benar kerana sebagaimana yang dibuktikan oleh kajian Invoke yang diterajui oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, Mahathir bukanlah faktor signifikan yang membawa kemenangan PH.

Menurut Rafizi Ramli, isu kenaikan kos sara hidup serta pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah sebab utama PH berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Perkara itu terbukti berdasarkan tinjauan pasca PRU-14 oleh Invoke Malaysia yang mendapati pengundi lebih terkesan dengan dua isu itu berbanding taat setia kepada Dr Mahathir.  Walau bagaimanapun kini isu GST tidak lagi relevan kerana sistem SST yang menggantikannya juga dilihat lebih teruk membebankan rakyat dan menjadi faktor kenaikan kos sara hidup.

Katanya, prestasi buruk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Dr Mahathir di Kedah, turut menjadi bukti Perdana Menteri berusia 92 tahun itu bukan faktor kejayaan PH.

Menurut Rafizi, “Bagi kaum Melayu, jika mereka perlu memilih antara PPBM yang dipimpin Dr Mahathir atau PAS, mereka akan pilih PAS,” sebagaimana dilaporkan dalam portal The Malaysian Insight.

Walaupun berjaya merampas Kedah, namun prestasi PPBM di negeri kelahiran Mahathir itu amat mengecewakan apabila parti bunga itu hanya sekadar memenangi tiga kerusi Parlimen sahaja.

Akhir-akhir ini dengan timbulnya kes dan isu kontroversial seperti isu ICERD, isu kejatuhan ringgit dan harga komoditi, isu pelabur lari meninggalkan Malaysia, kes penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW,  kes menghalau penduduk PPR di Taman Manggis Pulau Pinang, kes rusuhan kuil Mariamman dan kematian pegawai Bomba Adib Adam, kes perarakan LGBT yang berselindung di sebalik perhimpunan hari Wanita Sedunia, kes ‘gendang perang’ yang dihebohkan Lim Guan Eng ekoran kerjasama UMNO-PAS, serta sikap ‘blame game’ atau ‘suka menuduh dan mencari salah orang lain atas kelemahan PH dan menteri-menteri kabinetnya, telah membuatkan rakyat bosan, apabila ditambah pula dengan kos sara hidup yang terus meningkat.

Akibatnya PH telah kalah di dua PRK!

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: