GUAN ENG HASUT ‘PERANG CINA-MELAYU’

Kerjasama PAS-UMNO menjadi igauan mimpi ngeri Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kerana sudah terbukti di dua PRK- Cameron Highlands dan Semenyih, apabila di kedua-dua PRK itu calon BN sokongan UMNO-PAS telah menang.

Malah di Cameron Highlands kempen DAP dan calonnya hanya signifikan untuk menarik undi bukan Melayu sahaja. Malu bukan main kerana ia merupakan referendum penolakan rakyat luar bandar terhadap kerajaan DAP-PH.

Di Semenyih, DAP tidak begitu nampak untuk menyokong calon PPBM, mungkin kerana malu dengan pukulan UMNO-PAS di Cameron Highlands atau mungkin kerana malu hendak menunjukkan muka setelah dunia tahu dia menipu dalam isu ‘akauntan bertauliah’ yang didedahkan oleh Dr Wee Ka Siong, Presiden MCA.

Bahkan sekiranya UMNO-PAS bergabung, merujuk pada jumlah majoriti Ahli DUN, negeri Perak dan Kedah bukan lagi menjadi milik PH.

Guan Eng juga sudah terperosok ke longkang kerana pendedahan Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong bahawa Guan Eng bukanlah ‘akauntan bertauliah.’  Lantas dia jadi gelabah dan tiada tempat untuk menyembunyikan wajah Cina Funan warisan bapanya Lim Kit Siang.

Pada zaman lambakan mahasiswa seperti hari ini, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan hanya layak untuk jawatan ‘kerani akaun’ sahaja di sesetangah syarikat swasta. Mungkin itulah sebabnya dia telah dibuang kerja pada suatu ketika dahulu kerana ‘kurang ilmu’ dalam bidang perakaunan.

A 1 KITSIAL 5

Adalah dengan dendam kesumat kerana tiada sokongan Melayu, DAP menghalau pendudukan Melayu di PPR Taman Manggis, Pulau Pinang?

Ada kalangan rakyat Pulau Pinang yang mendakwa bahawa 22 buah keluarga Melayu yang dihalau keluar dari rumah PPR Taman Manggis adalah dendam dan tamak haloba Lim Guan Eng, Phang Li Koon dan Betty Chew.

A 1 AGUANENG HASUT 3

Tapak rumah PPR Taman Manggis itu telah dijual oleh Guan Eng dan Phang Li Koon sebagai orang tengah dengan kerja sama Betty Chew untuk mendirikan klinik gigi swasta. Kita tidak tahu adakah itu benar.

Namun rakyat nampak sifat dendam yang amat dikenali oleh rakyat Pulau Pinang dalam diri dan jiwa bangsa Cina-DAP pada Guan Eng.

DAP boleh menipu TG Nik Aziz untuk bersama mereka dalam Pakatan Rakyat dahulu, kerana Nik Aziz sememangnya amat membenci Mahathir yang dilihat sebagai Firaun dan dilabelkan sebagai ‘Bapa Pelingkup Negara’ oleh Mat Sabu.

A 1 AGUANENG HASUT 5

 

 

Setelah Nik Aziz mati, percaturan politik Mahathir turut berubah apatah lagi apabila PAS juga nampak dan sedar yang DAP adalah sang hipokrit yang anti-Melayu-Islam. Kerjasama PAS-UMNO terus menjadi jembalang yang mengganggu tidur Guan Eng.

Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Cina, dan Malaysiakini turut menghebohkannya  bahawa kerjasana PAS-UMNO adalah satu bentuk ‘isyarat perang kaum Melayu terhadap kaum Cina’.

A 1 AGUANENG HASUT 1

Kenapakah susah sangat bagi manusia Cina-DAP ini untuk menerima hakikat bahawa Tanah Melayu ini adalah milik asal kaum Melayu-Bumiputera yang beragama Islam? Maka kerjasama kaum Melayu, apatah lagi dalam penyatuan umat dalam satu agama bukanlah isu perkauman.

Kenapakah rendahnya undi kaum bukan-Melayu terhadap calon BN di dua PRK yang lalu di Cameron Highlands dan Semenyih tidak dilihat sebagai sikap perkauman yang dimainkan oleh DAP-PH?

Lihat sahaja peratusan undi mengikut kaum di kawasan yang diduduki oleh kaum Cina sedangkan calon yang bertanding berdiri atas tiket BN, bukan UMNO atau PAS.

Kenyataan Guan Eng yang menterjemahkan kerjasama UMNO-PAS sebagai ‘isyarat perang’ terhadap kaum Cina adalah dangkal dan boleh mencetuskan suasana tegang antara kaum.

Sedangkan kerjasama UMNO-PAS sebagaimana yang ditegaskan oleh kedua-dua kepimpinan tertinggi parti hanyalah menjurus kepada aspek penyatuan ummah yang tidak sesekali meminggirkan mahupun meremehkan mana-mana agama mahupun kaum di negara ini.

Kenyataan Guan Eng itu hanya menyerlahkan lagi wajah sebenar pemimpin dan parti DAP yang sememangnya sejak dahulu lagi lebih cenderung kepada sifat cauvinis Cina dan rasis.

Kerana takut diheret di bawah Akta Hasutan, Guan Eng terus mengubah kenyataannya tentang kerjasama UMNO-PAS sebagai ‘isyarat perang terhadap kaum Cina’ kepada ‘mensasarkan kaum Cina’.

Guan Eng butakah bahawa MCA dan MIC juga tidak bersetuju dengan kenyataannya dan mereka turut sama membuat laporan di Balai Polis atas kenyataan perkauman Guan Eng yang amat tidak bertanggungjawab itu?

A 1 AGUANENG HASUT 4
Ketua Pemuda UMNO, Dato Asyraf Wajdi bersama MCA dan MIC telah membuat laporan polis terhadap kenyataan berbaur hasutan Guan Eng.

Adakah Guan Eng cuba membawa legasi bapanya atas nama DAP pada tragedi berdarah 13 Mei 1969 dahulu?

Guan Eng tidak layak diangkat sebagai menteri di negara yang terlalu banyak kompromi kaum Melayu-pribumi terhadap kaum bukan-Melayu yang pada asalnya adalah buruh kasar penjajah British.

Rakyat juga mempersoalkan sifat diam diri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy walaupun Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan berbau hasutan.

Tidakkah sesama mereka, tiada langsung jiwa dan semangat perpaduan?

*****

One thought on “GUAN ENG HASUT ‘PERANG CINA-MELAYU’

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: