LIM KIT SIANG, SILA NASIHATKAN ANAK KAMU SUPAYA JANGAN MENIPU RAKYAT

Pada PRK Semenyih 2hb Mac lalu, kamu Lim Kit Siang dilihat sibuk berkempen melalui laman web kamu menyeru pengundi di Semenyih memilih calon PPBM.

Kamu telah mengkritik UMNO kerana mempersoalkan pelantikan Menteri Kewangan, Peguam Negara dan Hakim Negara daripada kaum bukan-Melayu. Kamu mahu mengatakan pada dunia, UMNO parti perkauman, sedangkan dunia dan Mahathir sendiri melihat parti DAP sebagai cauvinis Cina.

Kamu buta agaknya Kit Siang. UMNO mahupun rakyat bukan mempersoalkan tentang latar kaum tetapi mempersoalkan kredibiliti dan integriti mereka dalam menjalankan tanggungjawab kepada negara berbilang kaum ini.

Lihatlah dakwaan terpilih mahkamah terhadap UMNO, kaum Melayu dan pemimpin Melayu, kecuali jika mereka konco kamu.

Lihatlah apa jadi dengan kematian Adip Adam? Apa tindakan pihak polis dan mahkamah terhadap pembunuh Allahyarham Adip? Lihat apa tindakan polis dan mahkamah terhadap penghina agama suci Islam?

Lihatlah apa jadi dengan kes rasuah pembelian rumah banglo anak kamu, Lim Guan Eng? Lihalah apa kesudahan kes rasuah pembinaan terowong bawah laut yang melibatkan anak kamu?

Tak usahlah kamu ungkitkan tentang Tun Tan Siew Sin kerana kredibiliti, integriti dan ketelusannya amat jelas, sedangkan anak kamu ini, lebih layak digelar ‘penipu.’

Kemudian kamu bangkitkan tuduhan bahawa pembangkang menabur fitnah kononnya DAP menguasai kerajaan pusat.

Kamu pekak dan butakah dengan pengakuan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri tua yang kamu pilih itu?

A 1 KITSIAL 2
Dimuat turun daripada YouTube

Malahan bekas Naib Presiden DAP, Tunku Aziz telah mendedahkan tentang perjanjian sulit antara kamu dan Mahathir.

Malaysia Today juga telah mendedahkan bahawa Mahathir telah ‘derma’ RM1 billion kepada kamu untuk membolehkan dia dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.

Selain itu, Mahathir juga dikatakan memberikan derma itu dengan balasan meletakkan Mukhriz di tempat yang selamat untuk bertanding dalam PRU14.

Segalanya membenarkan apa yang Tunku Aziz telah dedahkan.

Selepas sahaja PRU14, riuh satu dunia dakyah dan fitnah anak kamu bersama kaldai kamu bahawa hutang negara di bawah pentadbiran BN adalah RM1 trilion.

Kemudian dengan kuasa Allah, pada Bajet 2019 PH sendiri serta dokumen rasmi kerajaan baru Pakatan Harapan (PH)  telah membuktikan bahawa hutang negara sebenarnya hanyalah RM686.8 bilion atau berkadar 50.8 peratus berbanding KDNK.

Dengan itu jelaslah bahawa hutang kerajaan BN bukannya RM1 trilion sebagaimana fitnah yang dilontarkan oleh anak kamu dan kaldai kamu.

Jadi di sini kami menggesa kamu supaya pergilah nasihatkan anak kamu itu. Dia yang hanya layak menjadi kerani akaun, sebaliknya diangkat menjadi Menteri Kewangan oleh boneka kamu yang kamu angkat sebagai Perdana Menteri.

Pendedahan yang dibuat oleh Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong tentang latar kelayakan anak kamu sebagai ‘akauntan tidak bertauliah disokong oleh data dan fakta yang tinggi kredibilitinya.

A 1 KITSIAL 5

Kamu tidak lihatkah Kit Siang dengan ketidaklayaknya anak kamu itu mengendalikan isu mikro dan makro ekonomi negara keadaan negara sudah pun lintang-pukang sebagaimana yang dilihat oleh rakyat?

Baca sahaja hujah-hujah DS Najib yang amat jitu disokong oleh dokumen berkredibiliti tentang “20 Fakta Ekonomi Negara Kukuh di Bawah BN.”

Jelas sekali anak kamu Guan Eng gagal menguruskan kewangan dan ekonomi negara.

Bukan itu sahaja, dalam kerajaan Malaysia Baru PH ini juga terlihat tiada kata sepakat dalam hal menguruskan negara. Lihat sahaja isu ECRL, Menteri Ekonomi, DS Azmin kata lain, anak kamu kata lain, Mahathir pula kata “Saya tak tahu.”

Kemudian negara dikejutkan dengan Laporan Audit Negara bahawa jumlah wang input Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang belum dibayar balik setakat 5 Jun 2018 sebenarnya ialah RM19.47 bilion.

A 1 KITSIAL 4

Tetapi anak kamu menuduh DS Najib dan BN telah merompak wang tuntutan bayaran balik GST kepada pihak yang dikenakan cukai.

Jumlah yang telah diluluskan tetapi belum dibayar hanya RM1.45 bilion dan ini juga kerana pelbagai masalah seperti akaun penerima ditutup, atau telah dibekukan.

Tuntutan untuk April dibayar pada bulan Mei manakala tuntutan untuk Mei dibayar pada bulan Jun. Ini bererti bahawa jika wang input GST itu lambat dibayar balik (oleh pihak Kastam), ianya kesalahan kerajaan PH sendiri.

Dengan itu Jabatan Audit Negara telah mengesahkan bahawa anak kamu, Guan Eng sebenarya ialah seorang penipu bersiri dan cuba pula menyembunyikan kelemahan sendiri lantas menyalahkan pihak kerajaan BN dahulu.

Kemudian negara dikejutkan dengan perbelanjaan kerajaan di bawah pentadbiran PH adalah lebih tinggi berbanding Barisan Nasional (BN), walaupun rata-rata bantuan kepada rakyat telah dimansuhkan atau dikurangkan.

Mengikut belanjawan 2019 PH, defisit untuk tahun 2018 (-3.7 peratus) dan untuk tahun 2019 (-3.4 peratus) adalah lebih tinggi berbanding unjuran defisit tahun 2018 di bawah BN (-2.8 peratus).

Hutang rasmi negara juga dijangka meningkat kepada RM820 bilion pada akhir tahun 2019 berbanding RM686 bilion pada masa pentadbiran BN.

Janganlah kamu benarkan bidalan orang Melayu, “Cina kalau tidak menipu bukan Cina namanya.”

Rakyat sedang melihat penyelewengan yang amat besar dilakukan oleh anak kamu dan konco-konco kamu Kit Siang.

Kemudian anak kamu cuba nafikan diskriminasi kerajaan DAP terhadap orang Melayu.

Kamu mesti tahu bahawa rakyat Pulau Pinang sedang menangis apabila 29 kampung Melayu berdepan risiko ‘hilang dari peta’ berikutan diancam aktiviti pembangunan yang akan menenggelamkan kampung tradisi masyarakat Melayu di negeri berkenaan. Sebaliknya mengayakan kroni parti kamu.

Antara kampung dilihat terancam ialah Kampung Bagan Dalam, Kampung Batu Maung, Kampung Batu Uban, Kampung Binjal, Kampung Buah Pala, Kampung Dalca, Kampung Dodol, Kampung Gajah, Kampung Genting, Kampung Lima Kongsi, Kampung Makam, Kampung Melayu, Kampung Nelayan, Kampung Padang Benggali dan Kampung Pisang.

Turut mengalami risiko ialah Kampung Permatang Tepi laut, Kampung Permatang Tok Subuh, Kampung Pondok Upeh, Kampung Pokok Asam, Kampung Pulau Jelutong, Kampung Selut, Kampung Siam, Kampung Sungai Nibong Kecil, Kampung Tanjong Tokong, Kampung Teluk Air Tawar, Kampung Teluk Kumbar, Kampung Tengah Jelutong, Kampung Tengah Air Itam dan Kampung Terang.

Selain aktiviti pembangunan yang mendiskriminasi kaum Melayu pemilikan tanah juga menyumbang kepada faktor kampung Melayu di negeri itu kian pupus.

Kampung-kampung di Sungai Nibong, contohnya sudah lenyap sama sekali dari peta negeri Pulau Pinang.

Jadi Kit Siang, baiklah kamu nasihatkan anak kamu yang banyak berbohong itu.

A 1 KITSIAL 1

Kini rakyat juga sudah tahu kamu juga menipu tentang Ijazah Undang-Undang kamu.

Anak-beranak penipu rupanya!

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: