MAT SABU DAN TUN MAHATHIR BERPENCAK SILAT DI SEMENYIH

Segalanya bermula dengan tanggapan bahawa Mahathir akan digulingkan melalui undi tidak percaya PAN, PKR dan DAP di parlimen.

A PENCAK 1

Ahli parlimen PKR, PAN dan DAP akan bergabung untuk membentuk suara majoriti bagi menyokong undi tidak percaya terhadap Mahathir.

Ketakutan terus memuncak pada minda Mahathir kerana dengan jumlah parlimen PPBM yang tidak dapat mengalahkan gabungan PKR, PAN dan DAP, pastinya dia akan disingkirkan.

Sememangnya hakikat ini amat menakutkan bagi Mahathir kerana sekiranya semua parti komponen PH bergabung untuk menjatuhkannya, pastinya akan berlaku rentetan tindakan yang lain, seperti tindakan mahkamah terhadap salah lakunya, sebagaimana dijanjikan oleh mendiang Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mat Sabu dan DS Anwar Ibrahim.

A PENCAK 2

Anwar Ibrahim pula sudah bosan dengan gelagat Mahathir yang seringkali mengelak untuk mengumumkan serah kuasa kerusi Perdana Menteri kepadanya.

Sudah heboh di media massa, bahawa dia akan terus menjadi ‘Bakal Perdana Menteri ‘ selama-lamanya.

Malah Anwar sudah mencanangkan bahawa sekiranya pada masa ini ‘Aku tidak mengganggu urusan kau sebagai PM, kelak nanti kau jangan ganggu aku ketika aku menjadi PM nanti.’ Nampaknya tinggilah harapan Anwar untuk menduduki kerusi PM.

A PENCAK 3
Mahathir -“Kalau DAP, PKR, dan Amanah belot..saya akan tukar parti lain”- Dipetik dari KiniTV

Tindakan ‘SOS’ terpaksa diambil oleh Mahathir dengan mengugut PAS supaya memberikan sokongan kepada survivalnya atau kesinambungan hayatnya sebagai Perdana Menteri. Bukan itu sahaja, Mahathir mahu PAS mengeluarkan surat perakuan sokongan.

Dengan isu royalti minyak Kelantan dan Terengganu di tangan Mahathir, PAS kelihatannya terpaksa tunduk kepada ugutannya.

Namun PAS tidak sebodoh yang Mahathir fikirkan. PAS telah menentukan syarat bahawa PAS hanya akan membantu Mahathir dalam hal menegakkan agama Islam, mempertahankan kedudukan Islam dan begitu juga kedudukan umat Islam.

Lantas dengan kenyataan putar-belitnya, Mahathir terus mencanangkan kepada media bahawa PAS tidak akan membantu UMNO-BN di PRK Semenyih, sebaliknya PAS akan turut memberikan sokongan kepada calon PPBM.

Lagi sekali Mahathir gagal memperbodohkan PAS. Tiada perjanjian bahawa PAS akan menghentikan kerjasama PAS-UMNO di Semenyih.

Presiden PAS, Datuk Haji Hadi terus menyangkal kenyataan Mahathir yang mengatakan PAS tidak akan membantu UMNO-BN.

Lihat sahaja kempen di PRK, komitmen pemimpin PAS yang terus bersama UMNO-BN untuk melihat kekalahan PH di PRK Semenyih yang akan turut menjejaskan imej PH.

A PENCAK 4

Mat Sabu pula terus melatah apabila mengetahui bahawa PAS akan membantutkan rancangan menggulingkan Mahathir di parlimen.

Lantas, Mat Sabu membangkitkan isu urus niaga tukar tanah (land swap) Kementerian Pertahanan yang telah mengakibatkan kerugian dan ketirisan lebih RM500 juta.

A PENCAK 8

Kes ‘land swap’ tersebut berlaku pada 1997 semasa pemerintahan Mahathir sebagai PM ketika itu.   

Pastinya Mat Sabu ditanggapi mahu mengancam Mahathir yang cuba bersekongkol dengan PAS, kerana persekongkolan Mahathir dengan PAS pastinya akan meleret pula kepada kerjasama dengan BN. 

Hakikat ini amat menakutkan PH dan Mahathir harus diajar. 

Dengan ancaman Mat Sabu yang sedemikian, Mahathir terus membuat kenyataan bahawa PAS berkerjasama dengan parti kafir untuk memenangi PRK Semenyih. 

A PENCAK 5

Jelas sekali kecenderungan Mahathir terhadap PAS sudah terbelok (U-Turn). Mahathir cuba memberitahu Mat Sabu bahawa dia tetap bersama PH.

A PENCAK 6

Dengan kenyataan Mahathir itu, segera pula Mat Sabu mengeluarkan kenyataan dalam satu sidang media bahawa ‘Tiada keperluan untuk membuat laporan polis ke atas kes ‘land swap’ tanah Kementerian Pertahanan’ yang melibatkan ketirisan lebih RM500 juta.

A PENCAK 7

Pastinya rakyat bertanggapan bahawa, Mat Sabu telah berjaya mengancam Mahathir, sehingga Mahathir terpaksa melabelkan PAS sebagai parti yang rapat dengan kafirun.

Apa yang tersirat ialah pencak silat antara Mat Sabu dan Mahathir telah berjaya dikendurkan apabila Mahathir diberikan keyakinan bahawa PAN, PKR dan DAP tetap berdiri di belakangnya.

Anwar pula, seperti yang dijanjikan, “Aku tidak ganggu kau, dan kau jangan ganggu aku nanti!”

Pengundi di PRK Semenyih haruslah sedar dan fikirkanlah senario politik kotor pihak PH ini yang menjadi tanggapan pihak penganalisis politik semasa sebagai perbalahan dalaman PH antara pemimpin tertingginya dengan Mahathir. 

*End*

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: