Pada malam 23 Feb lalu, riuh di Kantan Permai Semenyih apabila ceramah kempen parti BN dan PH dijalankan serentak pada lokasi yang terletak hanya 100 meter antara satu sama lain.

Ceramah BN-PAS mendapat sambutan yang hangat khususnya golongan muda, apatah lagi penceramah kempen sememangnya terdiri daripada kepimpinan golongan muda iaitu Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi, Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua Pemuda Parti Berjasa Iqbal Hakim Razak dan Ketua Pemuda Parti Ikatan, Shahir Adnan.
Ia dibuat di tempat terbuka tanpa bumbung kecuali pentas penceramah.
Apabila kami menjenguk pula ceramah kempen PH yang terletak kira-kira 100 meter sahaja daripada lokasi ceramah BN-PAS, kami dapati bahawa kempen pihak PH terletak dalam tapak ‘Agro-Fiesta Selangor.’

Ceramah PH berlangsung di lokasi berbumbung, namun hadirin yang datang tidak seramai jumlah yang hadir di kempen ceramah BN-PAS meskipun kempen melibatkan DS Anwar Ibrahim.

Jumlah kehadiran mungkin tidak memberikan apa-apa ‘amaran’ kepada keputusan PRK Semenyih namun dari aspek psikologi ia membawa kesan yang amat bermakna.
Apa yang melucukan, pada lorong masuk ke lokasi ceramah di Agro-Fest itu terdapat gerai-gerai yang menjual pelbagai barang dan makanan. Gerai yang paling menonjol ialah gerai menjual T-Shirt.

Ramai tersenyum apabila melihat T-Shirt dengan tag ‘Malu Apa Bossku’ yang menjadi tarikan anak-anak muda dan sebutan harian mereka atas sokongan mereka kepada mantan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.
Kami sempat berbual kosong dengan pihak penjual. Katanya setiap hari T-Shirt sedemikian 1000 helai laku dijual sejak Agro-Fest bermula.
Namun katanya kalau dia tahu, lebih ramai yang hadir di ceramah ‘Perdana Pentas Anak Muda BN-PAS’ pastinya dia akan membuka gerai di sana, kerana malam itu katanya kurang pengunjung yang datang.
Walau bagaimanapun kami lihat ada juga pelanggan kedai yang tarik muka masam apabila melihat T-Shirt itu. Patinya mereka adalah penyokong tegar Tun Mahathir-PH.
Tidak hairanlah kalau ada yang tidak menyokong, kerana pada malam itu, tapak Agro-Fest menjadi tempat kempen parti PH.
Walau bagaimanapun PH harus malu kerana menumpang tapak Agro-Fest Selangor untuk menarik pengunjung, namun kehadiran tidak dapat mengalahkan pengunjung pada kempen ‘Perdana Pentas Anak Muda BN-PAS.’
*End*
Tinggalkan Jawapan