PRK SEMENYIH- AIMAN BUKAN CALON PILIHAN MAHATHIR

Antara realiti dan tanggapan; itulah yang dibicarakan oleh rakan-rakan intelektual dan pemerhati politik sehari dua ini, bahawa Aiman bukan calon yang diperkenankan oleh Tun Mahathir, sebaliknya dia adalah calon TS Muhyiddin Yassin.

Lebih daripada itu, Malaysia Today telah membangkitkan tanggapan bahawa PRK Semenyih adalah sebenarnya medan perang antara Mahathir dan Muhyiddin.

Malaysia Today mencatatkan Tun Dr Mahathir Mohamad had promised that seat to another person, someone who had donated a lot of money to the party during the last general election or GE14. This chap had more or less ‘bought’ the Semenyih seat.

Sebagai satu tindakan penentangan terhadap Mahathir, Muhyiddin meletakkan calon pilihannya, Aiman Zainali kerana kemenangan Aiman nanti pastinya merupakan satu merit untuk Muhyiddin dalam percaturan masa depan politiknya di Selangor.

Tidak perlulah kita mencari-cari siapakah orang pilihan Mahathir itu pula, kerana calon PRK sudahpun didaftarkan.

Patutlah kita tidak pernah terjumpa di mana-mana juga, foto calon PH PRK Semenyih bersama Mahathir. Lagi sekali, mungkin ini hanyalah satu tanggapan sahaja.

Namun perbalahan Muhyiddin-Mahathir sudah terbongkar beberapa hari lalu apabila Muhyiddin menyanggah kenyataan Mahathir yang mahu mengurangkan jumlah penjawat awam daripada 1.7 juta kepada 1 juta yang bermakna 700 ribu penjawat awam akan dihentikan.

A A AAIMAN 1
Dipetik dari AstroAwani

Kata Muhyiddin, “Saya tidak setuju kalau Tun kata nak kurangkan (jumlah penjawat awam) hari ini, saya tak setuju.”

Kenyataan Muhyiddin nampaknya seperti satu ‘protes’ terhadap Mahathir.

A A AAIMAN 3
Dipetik dari The Coverage

Adakah Muhyidin lupa bahawa pada 1 November 2011 lagi, orang kanan Lim Guan Eng, Tony Pua dari DAP telah mengeluarkan kenyataan jika pembangkang dapat perintah kerajaan pusat, maka satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” akan dilaksanakan bagi mengenyahkan 700 ribu penjawat awam?

Isu yang sama dibangkitkan oleh Lim Kit Siang pada 24 Oktober 2013 dalam Sinchew Daily bahawa Malaysia telah menggajikan terlalu ramai penjawat awam.

Adakah benar kerajaan PH khususnya DAP amat membenci penjawat awam yang majoritinya adalah kaum Melayu-Bumiputera-Islam?

Persoalan pokoknya ialah Muhyiddin yang selama ini amat patuh kepada Mahathir bagaikan lembu dicucuk hidung, tetapi dua hari lalu (21 Feb 2019) sudah berani melawan kenyataan Mahathir.

Sekiranya Mahathir mempunyai kerangka rancangan jangka masa panjang dalam tindakannya mengurangkan penjawat awam, mengapakah kenyataan yang telah dimainkan oleh DAP sejak 2011, muncul di tengah-tengah PPBM sedang berjuang dalam kempen PRK Semenyih ini?

Bodoh sangatkah Mahathir untuk menolak undi penjawat awam?

Menurut Malaysia Today tiada tempat di hati Mahathir untuk mengangkat Muhyiddin pada pentas kepimpinan tertinggi PH kerana “Mahathir cannot afford to allow him to go higher with the Nika Gee sex scandal still unresolved.”

Dengan itu Muhyiddin terpaksa meletakkan masa depannya pada Anwar. Sekiranya Anwar diangkat menjadi Perdana Menteri (PM), pastinya Muhyiddin diberikan ruang sebagai Timbalan PM.

Dengan itu di PRK Semenyih ini, Mahathir mahu calon PPBM, Aiman Zainali kalah. Kalahnya Aiman Zainali bermakna kalahnya Muhyiddin yang boleh dianggap sebagai proksi kepada kem Anwar. 

A A AAIMAN 2
Dipetik dari The Star

Tanggapan sedemikian mungkin bukan realiti, namun Aiman sudah mengadu bahawa terdapat gerakan sabotaj dari dalaman PH untuk melihat dia kalah di PRK Semenyih.

Sabotaj itu bertitik-tolak daripada hebahan bahawa orang kaya Pakatan akan menyampaikan ‘angpow’ kepada penduduk Semenyih dan mereka diminta berkumpul di sebuah pasar pagi.

Lalu ramailah penduduk yang telah memberikan maklumat nombor kad pengenalan untuk melayakkan mereka menerima angpow tersebut.

Malangnya program ‘angpow’ itu tidak pula menjadi kenyataan sebaliknya membangkitkan kemarahan mereka yang mengharapkan itu.

Walau bagaimanapun mungkin juga ada pihak yang takut dituduh menyogok rasuah kepada pengundi walaupun atas nama ‘angpow’ ketika aura Raya Cina masih hangat.

Siapakah yang sabotaj? Adakah ini juga menjadi sebahagian daripada agenda untuk mengalahkan calon Muhyiddin?

Penduduk Semenyih, apatah lagi pengundi  juga dikejutkan dengan suasana kempen PH di PRK Semenyih yang tidak semeriah PRK Cameron Highlands sebelumnya.

Keadaan ini jelas apabila pemimpin dari parti komponen PH dalam Pakatan Harapan kebanyakannya tidak hadir untuk membantu menyokong kempen Aiman.

Situasi ini diburukkan lagi apabila penduduk Semenyih secara kasarnya tidak mahu menerima kehadiran pemimpin PH, termasuk Mahathir yang seakan-akan tidak dipedulikan rakyat lagi.

Sebaliknya mantan PM, DS Najib pula yang diberikan sambutan meriah dan riuh-rendah oleh penduduk pada setiap kehadirannya.

Malah kempen UMNO-PAS juga dilihat lebih mendapat sambutan, apatah lagi apabila awal-awal lagi calon PH telah ‘ditangkap basah’ cuba menipu maklumat PhDnya sehingga sudah ada yang memanggilnya Dr Aiman.

Adakah pengundi sememangnya mahu melihat pilihan Muhyiddin kalah di PRK Semenyih?

*End*

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: