BSH 27 SEN SEHARI- SATU PENIPUAN

Sebagaimana yang telah dibentangkan di parlimen, hasil negara dalam Bajet 2019, adalah tidak jauh bezanya berbanding dengan Bajet 2018.

A 27SEN 2

PH telah membentangkan peruntukan belanjawan bagi 2019 sebanyak RM316.55 bilion yang jauh lebih besar berbanding dengan perbelanjaan kerajaan BN pada 2018 yang hanya berjumlah RM282.25 bilion.

Malahan kerajaan PH yang kini terkenal dengan label kerajaan ‘Penipu Harapan’ telah memperakui bahawa hutang negara bukanlah RM1 trilion semasa pentadbiran BN, sebaliknya hanyalah RM686 bilion sahaja sebagaimana diperakui oleh Bank Negara dan beberapa badan penarafan ekonomi dunia.

A 27SEN 3

Dengan itu dimanakah alasannya yang mengatakan bahawa kerajaan akan muflis, dan parah menanggung hutang kerajaan lalu?

Nampaknya ‘akauntan tiruan’ bernama Guan Eng mempunyai agendanya tersendiri untuk menyorokkan pendapatan negara.

Hasil negara sebagai ‘Ekonomi kedua terbaik Asia 2017’ semasa pentadbiran BN, cuba disembunyikan oleh Guan Eng dan Perdana Menteri tertua dunia di sebalik langsir pembohongan, dan mendakwa bahawa ekonomi negara kini sedang kritikal dan negara akan muflis.

Sedangkan dalam Bajet 2019, Guan Eng membentangkan anggaran hasil negara bagi tahun 2019, tanpa mengambil kira RM30 bilion dividen khas Petronas, adalah hampir sama jumlahnya dengan pendapatan negara pada Bajet 2018 iaitu sekitar RM230 bilion.

Malah sehingga ke hari ini Mahathir masih melaungkan bahawa kerajaan PH sedang ‘sakit’ untuk menanggung hutang RM1 trilion kerajaan terdahulu yang masih membohongi rakyat. Sakit nyanyuknya yang dipergunakan oleh DAP seperti kian membengkak.

Selari dengan gelaran kerajaan ‘Penipu Harapan’ (PH) cukuplah sekiranya mahu menipu rakyat kerana rakyat sudah bosan dengan pembohongan dan salah guna kuasa PH.

Beberapa hari lepas Guan Eng telah mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan bujang RM100 yang akan diberikan pada bulan Mac nanti.

Ia jauh berbeza dengan jumlah BR1M kerajaan BN yang berjumlah RM450 dan akan ditingkatkan kepada RM650 sekiranya BN menang PRU14.

Pengumuman Guan Eng yang bertindan dengan waktu PRK Semenyih adalah secara halusnya merupakan ‘rasuah’ kerajaan kepada golongan pengundi muda di Semenyih.

Inilah nasib golongan muda yang terlalu taksub dan terasuk dengan janji bulan-bintang PH dan pembohongan PM tertua dunia yang kini sedang bengong dengan krisis kuasa dalaman PH.

Sedangkan pada PRK Cameron Highlands golongan muda telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan menyumbang kepada faktor kejayaan BN mengalahkan calon DAP.

Guan Eng juga berjanji akan membuat kajian tentang kewajaran untuk meningkatkan RM100 kepada RM450 sebagaimana sumbangan BR1M ketika BN mentadbir negara.

Guan Eng tidak perlulah berbohong dan bereksperimen kerana banyak intipati belanjawan dalam Bajet 2019  merupakan perancangan ‘potong dan tampal’ daripada Bajet 2018 kerajaan BN.

Kajian terperinci sudahpun dibuat oleh kerajaan BN, malah BR1M bukanlah idea DS Najib untuk memanjakan rakyat sebaliknya ia adalah cadangan Bank Negara Malaysia.

Bantuan rakyat sudah lama diamalkan di UK, Australia, Francis, Singapura (secara berkala) dan banyak negara lain lagi.

Rakyat memilih kerajaan untuk membantu rakyat, bukannya untuk kerajaan melupakan rakyat dan menyogok untuk mengayakan kroni, korporat dan golongan borjuis elitis mewah. DS Najib telah membawa dasar perkongsian kekayaan negara dengan rakyat. Sebaliknya PH memusnahkannya.

Dengan RM100 BSH setahun kepada golongan bujang yang bersamaan dengan 27 sen sehari, apakah yang mereka boleh belanjakan? Untuk makan roti canai sekalipun sekurang-kurangnya mereka perlukan RM1.20 sekeping tanpa minuman.

Kita belum lagi membicarakan soal pinjaman PTPTN semasa kerajaan BN yang boleh ditukarkan kepada biasiswa bagi membantu golongan muda.

Kini PTPTN di bawah kerajaan PH telah membatalkan pertukarannya kepada biasiswa meskipun pencapaian mahasiswa adalah dalam kategori ijazah Kelas Pertama.

A 27SEN 1

Mungkin PH malu membicarakan soal ijazah ‘Kelas Pertama’ kerana penipuan ijazah dan sijil termasuk Guan Eng dan bapanya Kit Siang serta ramai lagi pemimpin PH yang amat sesuai dan wajar digolongkan sebagai pemimpin ‘Penipu Harapan.’

Menteri Dalam Negeri, TS Muhyiddin Yassin tahu dan amat sedar bahawa kajian BN dahulu telah mendapati bahawa golongan B40 adalah golongan rakyat yang sedang menderita akibat kos sara hidup yang tinggi, lebih-lebih lagi kini setelah SST dilaksanakan.

Semoga pengundi di PRK Semenyih sedar dan insaf.

*End*

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: