KRISIS KUASA DALAM REGIM PH

Kemenangan PH pada PRU14, Mei tahun lalu, dengan bersandarkan fitnah dan pembohongan kini mula menjadi pekung kerana dilanda krisis kuasa.

Ada juga daripada kalangan penganalisis politik yang melihat kemenangan regim PH pada PRU14 adalah kerana faktor Mahathir, tetapi dinafikan pula oleh Rafizi Ramli sebagaimana maklumat yang dia perolehi daripada dapatan kajian Invoke.

Masakan Mahathir menjadi faktor kemenangan sedang rakyat sememangnya amat membencinya baik semasa dia di dalam UMNO mahupun setelah dia bersama PH.

Image result for karpal singh mahu mahathir diheret ke mahkamah

Rakyat tidak bodoh untuk melupakan ‘rompakan’ harta negara yang dilakukan oleh Mahathir malahan ia menjadi janji dan sumpahan pemimpin PH baik DAP, PAN mahupun PKR untuk mengheretnya ke mahkamah sekiranya mereka menang PRU14.

Image result for karpal singh mahu mahathir diheret ke mahkamah

Muslihat Mahathir untuk menyelamatkan dirinya ialah dengan cara menyertai parti PH, supaya dia selamat daripada diheret ke mahkamah, sebagaimana regimnya yang telah menggunakan mahkamah dan SPRM untuk mendakwa orang-orang yang terpilih yang dia tanggapi sebagai musuhnya.

Dia menggunakan isu 1MDB, GST, dan macam-macam lagi pelabelan supaya rakyat membina persepsi bahawa DS Najib adalah ‘perompak’ dengan menyembunyikan skandal ‘rompakan’ yang telah dia sendiri lakukan sepanjang 22 tahun semasa berkuasa. Malah berlaku juga pembunuhan di Memali, pembunuhan akauntan Jalil Ibrahim dan skandal kematian Tun Fuad Stephen.

A A A A A A A A A AKRISIS KUASA 1

Tanyalah Mat Sabu yang melabelkan Mahathir sebagai ‘Bapa Perompak dan Pelingkup Negara’ tanyalah Lim Kit Siang yang beberapa tahun berjuang untuk mengheret Mahathir ke penjara dalam kes Forex BNM, tanyalah Anwar Ibrahim yang berjanji akan mengheret anak-anak Mahathir dan kekayaan mereka ke mahkamah, tanyalah mendiang Karpal Singh atau anak-anaknya yang masih hidup tentang  ‘janjinya’ untuk menyumbat Mahathir ke penjara, dan tanyalah juga Lim Guan Eng yang melalak-lalak dalam satu ceramah DAP untuk menghukum Mahathir.

Rakyat masih ingat dan rakyat tidak bodoh!

Akhir-akhir ini, regim PH seperti tersedar daripada mimpi enak, apabila sejak PRK Cameron Highlands mereka dikejutkan dengan gelombang penentangan rakyat terhadap PH-DAP-Mahathir.

  1. Krisis Gelombang Rakyat Membenci Mahathir

Bagi DAP tiada lain lagi yang mereka cuba sandarkan sebagai faktor kebencian rakyat terhadap regim PH, kecuali kebencian rakyat terhadap Mahathir.

Mahathir pula menyandarkan gelombang kebencian rakyat kepada PH atas kelemahan menteri kabinetnya yang banyak kali bertindak bodoh dan tidak sekata dalam beberapa hal berkaitan dengan dasar serta urusan ekonomi negara.

Manakala PKR pula sedang lapar bagaikan harimau yang mahu melihat Mahathir berundur supaya ketua mereka yang telah dipenjarakan dua kali kerana kes salah guna kuasa-rasuah dan kes sodomi yang amat memalukan Malaysia di mata dunia, segera diangkat sebagai Perdana Menteri.

  1. Krisis Menteri Desak Menteri Letak Jawatan

Dalam krisis ini YB Syed Saddiq mendesak Senator Waytha Moorthy meletakkan jawatan kemudian YB Ramasamy yang pernah dikaitan dengan aktiviti Tamil Eelam pula, masuk campur, dan mendesak Syed Saddiq pula meletakkan jawatan. Semuanya berpunca daripada kes rusuhan kuil Mariamman yang menyebabkan kematian pegawai Bomba Adip Adam.

Krisis sesama mereka lebih tertonjol apabila Ramasamy disokong pula oleh YB Bukit Jelutong, Ramkarpal Singh. Kelihatannya seperti ada unsur perkauman antara mereka dalam PH.

Kemudian rakyat juga melihat Datok Kadir Jasin, penasihat Mahathir, juga mencadangkan agar Waytha Moorthy meletakkan jawatan secara sukarela untuk meringankan beban tekanan terhadap Mahathir kerana isu kematian pegawai Bomba, Adip Adam, adalah isu yang amat sensitif dan kontroversial bagi umat Islam.

  1. Krisis PPBM Masuk ke Sabah

PPBM yang dipimpin oleh Mahathir sebagai pemimpin de facto PPBM mempunyai bilangan ahli parlimen (AP) yang amat sedikit, sehingga pemerhati politik meletakkan Mahathir sebagai PM yang amat tidak stabil dalam dunia.

Dengan itu Mahathir berusaha keras mengugut AP UMNO supaya melompat parti sekiranya mereka tidak mahu diheret ke mahkamah atau projek syarikat mereka dengan kerajaan disekat. Selain itu Mahathir juga mahu mengembangkan sayap PPBM ke Sabah agar dapat menarik pula sekumpulan bekas AP UMNO Sabah menjadi ahli PPBM.

Pastinya ia membangkitkan krisis kuasa antara PPBM dan DAP.  Lantas ia membakar kemarahan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang hakikatnya mahu Mahathir mendapatkan dahulu restu Majlis Kepimpinan PH.

  1. Krisis Kuasa Regim PH di Peringkat Negeri 

Lapan bahagian PPBM di negeri Perak telah diberikan notis pembubaran kerana tidak aktif dan ramai ahli yang telah meninggalkan parti.

Manakala semua bahagian PPBM Negeri Sembilan telah dibubarkan, dan dua bahagian di Selangor juga dibubarkan. 

A A A A A A A A A AKRISIS KUASA 5

Hakikat ini menunjukkan betapa lemahnya parti pimpinan Mahathir yang juga menggambarkan kebencian rakyat terhadap kepimpinannya yang lebih mengutamakan kroni dan kepentingan diri sendiri.

Perkembangan tersebut pula dilihat oleh parti komponen lain seperti PKR sebagai suatu petanda baik untuk Mahathir mengundur diri dan menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.

  1. Krisis Percanggahan Dasar antara Kepimpinan Parti

Timbalan Presiden PKR, DS Azmin Ali yang juga merupakan Menteri Ekonomi telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) telah dibatalkan.

Pembatalan projek ECRL itu disanggah oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dengan tanggapan bahawa Azmin tidak menghadiri mesyuarat tentang kedudukan projek tersebut dengan makna bahawa projek tersebut belum dibatalkan.

Walau bagaimanapun rakyat telah dimaklumkan dengan jelasnya oleh media bahawa projek itu sememangnya telah dibatalkan.

Tiada lain yang rakyat fikirkan kecuali krisis kronisme yang berpintal dalam projek tersebut kerana ia adalah projek kerajaan BN terdahulu yang pastinya tidak melibatkan kontraktor-kroni PH.

  1. Krisis Pemilihan Jawatan Tertinggi PKR

Krisis rebutan kuasa antara DS Azmin Ali dan Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden PKR menjadi amat hangat, sehingga mendapat perhatian penganalisis politik dunia.

Pelbagai taktik digunakan oleh kedua-duanya sehingga ada yang menuduh pihak satu lagi menggunakan ‘tauke-tauke’ kaya untuk menyogok pemilih.

Selain itu terlihat juga  sikap berat sebelah kepimpinan tertinggi PKR yang menyokong calon tertentu dalam kem mereka tetapi menolak calon yang bukan ahli kem.

Krisis kuasa dalam PKR itu telah juga menyebabkan rusuhan kecil di pusat-pusat mengundi tertentu.

Kemudian rakyat juga melihat ada calon yang bertanding tanpa restu Presiden Parti iaitu Anwar Ibrahim kerana yakin dia mempunyai penyokongnya yang tersendiri.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin misalnya menegaskan dia tetap bertanding dalam Pemilihan PKR kerana bersandarkan kekuatan sendiri serta pengalaman luas selama 20 tahun dalam parti berkenaan.

Bukan itu sahaja, dia yang bertanding untuk jawatan Naib Presiden berkata, ahli-ahli PKR perlu menolak calon yang menjaja nama Anwar untuk mendapatkan undi.

Jelaslah, baik Azmin mahupun Zuraida yang tidak berada dalam kem Anwar telah akhirnya memenangi kedudukan yang dipertandingkan tanpa restu Anwar.

  1. Krisis Jawatan PM

Akhir sekali, meskipun banyak lagi isu yang tertonjol dalam krisis kepimpinan PH, yang paling mendapat perhatian rakyat ialah krisis jawatan PM antara Mahathir dan Anwar.

Mahathir dikatakan telah berjanji akan menyerahkan kuasa kepimpinannya sebagai PM kepada Anwar dalam tempoh dua tahun PH berkuasa, namun kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa tiada perjanjian tentang tempoh masa yang sedemikian.

A A A A A A A A A AKRISIS KUASA 4

Golongan tertentu dalam parti yang menyokong Anwar merasakan seperti dipermainkan dan diperbodohkan oleh Mahathir.

Sedangkan Mahathir lebih dilihat sebagai manusia tamak kuasa yang berselindung dengan prinsip “mahu selamatkan Malaysia daripada Najib”.

Anehnya hari ini rakyat lebih melihat bahawa PH di bawah pimpinan Mahathirlah baik yang secara terang mahupun secara tersembunyi sedang memusnahkan negara.

Ia menjadi lebih gawat lagi apabila Mahathir telah membuat perakuan bahawa dia hanyalah menurut perintah DAP dalam hal pentadbiran negara.

Adakah kenyataan Mahathir itu lagi sekali merupakan strateginya untuk menyelamatkan dirinya daripada kebangkitan rakyat, dengan meletakkan kesalahan pada DAP?

Taktik propaganda Mahathir ini hendaklah diberikan perhatian mendalam terutamanya oleh PAS kerana kini Mahathir cuba bersembunyi di sebalik pembelaan Islam sedangkan sekian lama dia mengutuk dan menghina PAS di samping membiarkan DAP memusnahkan kedudukan agama Islam. 

A A A A A A A A A AKRISIS KUASA 2

Tidak perlulah disebut tentang gelagat licik Mahathir terhadap UMNO atas prinsip kronisme dan nepotisme apatah lagi dasar kleptokrasinya.

Terkini DAP sendiri mahu Mahathir meletakkan jawatan.

Semoga pengundi di PRK Semenyih sedar akan gelodak krisis kuasa dalam PH yang akan memusnahkan negara dan kebajikan rakyat. 

*End*

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: