CALON PH PRK SEMENYIH MEWARISI SINDROM MENIPU RAKYAT

Calon PH dari parti PPBM yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir, Muhammad Aiman Zainali, sudah awal-awal lagi mewarisi sindrom menipu yang berjangkit daripada Mahathir dan konco-konconya.

Dia telah mengeluarkan kenyataan akan mendirikan hospital di Semenyih jika dia menang namun janji mendirikan hospital itu telah disangkal oleh Kementerian Kesihatan.

A A A A A A A A AIMAN TIPU 1

Menteri Kesihatan DS Dr. Dzulkefly Ahmad dengan tegasnya menyatakan bahawa kementeriannya belum melihat sebarang keperluan untuk membina hospital di Semenyih.

Malahan beliau mengingatkan supaya calon PH, Muhammad Aiman supaya lebih munasabah dalam konteks menabur janji kepada pengundi di DUN Semenyih.

A A A A A A A A AIMAN TIPU 2

Dr Dzulkefly menegaskan, “Pembinaan hospital bukan macam pembinaan mana-mana premis. Pada saya adalah lebih wajar kalau kita bercakap mengenai klinik kesihatan di situ.”

Alangkah kecewanya pengundi sekiranya hospital yang mereka harapkan tetapi hanya sebuah klinik yang diberikan, ibarat sebuah Mega Mall Pasar Raya yang dijanjikan, tetapi sebaliknya sebuah gerai ketot tepi jalan yang didirikan.

Ketika itu lagi sekali penduduk Semenyih mahupun rakyat seluruhnya, akan menyumpah-seranah kerajaan PH sebagai kerajaan penipu sebagaimana kesan daripada janji-janji palsu bulan-bintang manifesto PH.

A A A A A A A A AIMAN TIPU 3

Sebelum itu Aiman juga telah menghangatkan lagi polemik pembohongan ‘Ijazah’ dalam kalangan pemimpin PH termasuk ijazah beberapa menteri yang didedahkan oleh media.

Aiman telah memuat naik data profil dalam Linkedln yang mencatatkan bahawa dia adalah pemegang ijazah PhD yang telah tamat pengajian pada 2016.

Data tersebut berkontradik dengan risalah yang disebarkan kepada pengundi dan penduduk DUN Semenyih bahawa dia sedang mengikuti pengajian PhD di UiTM.

Apabila pihak media mempersoalkan kedudukan sebenarnya, lantas lain pula penjelasan yang diberikannya.

Dia cuba ‘bersilat pulut’ untuk menepis dan menyangkal penipuannya dengan menyatakan bahawa dia terpaksa menghentikan pengajian PhDnya kerana tempoh geran pengajian telah tamat.

Walau bagaimanapun, calon PH ini sebenarnya hanya menonjolkan lagi pembohongannya kerana pada awalnya dia mengatakan telah tamat pengajian PhD pada 2016, kemudian menjelaskan bahawa sedang mengikuti pengajian dan akhirnya menamatkan pengajian kerana tempoh geran pengajian telah tamat.

Analoginya samalah sekiranya seseorang mencanangkan bahawa dia sudah berkahwin dengan sianu, kemudian mengatakan sebenarnya dia masih bertunang tetapi akhirnya mengatakan bahawa dia tidakpun mengenali sianu yang didakwa pada awalnya sebagai isteri.

Untuk memutar-belitkan lagi pembohongannya, calon PH dari parti PPBM yang popular sebagai ‘Penipu Harapan’ , telah menjelaskan pula bahawa dia terpaksa berhenti untuk menjaga seorang neneknya yang sedang sakit.

Bagusnya seorang cucu seperti Aiman, kerana ayah dan ibunya masih sihat sejahtera, dia yang sedang membina masa depan dengan pengajian PhD terpaksa pula berhenti untuk menjaga nenek yang sedang sakit, bukan pula ibu dan ayahnya.

Dalam konteks perang saraf, calon PH pembohong ini lupa tentang ‘logical reasoning’ yang tidak dapat diterima oleh khalayak yang waras.

A A A A A A A A AIMAN TIPU 7

Khalayak bodoh yang seangkatan dengan Mat Sabu mungkin boleh diperbodohkan, tetapi rakyat yang waras pemikirannya akan menyumpah-seranah kerana lagi sekali orang-orang PH ini cuba menipu walaupun belum lagi diberikan kuasa.

Bagi kalangan pemegang PhD khususnya di pusat pengajian tinggi, lagi sekali Aiman calon ‘silat pulut’ PH ini telah merosakkan reputasi pemegang ijazah PhD yang tulen dan tinggi keintelektualannya.

A A A A A A A A AIMAN TIPU 6

Kami cadangkan, Kerani Akaun seperti Lim Guan Eng, baiklah menubuhkan ‘Kelab Ijazah Palsu dan Pemegang Ijazah Cap Ayam Negara’ dengan Mat Sabu, Datok Marzuki Yahya, Zuraidah Kamaruddin, DS Ahmad Faizal Azumu dan Datok Osman Sapian sebagai AJK Tertinggi Kelab.

Sudah terang lagi bersuluh, Aiman juga adalah pewaris sindrom budaya menipu rakyat yang amat tegar dalam tubuh parti PH.

Rakyat mestilah berhati-hati dan bijak memilih.

*End*

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: