SALAHUDDIN, JANGAN PERBODOHKAN RAKYAT DENGAN AIR MATA PALSU

SATU lagi opera Cina terbitan PH yang cuba mengangkat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub sebagai ‘pelakon air mata palsu’ telah dipersembahkan kepada rakyat sebagai propaganda perang saraf yang mungkin mahu dijadikan modal untuk menarik pengundi PRK Semenyih.

Setelah janji-janji palsu manifesto PH menjadi polemik, diikuti dengan isu sijil palsu hutang negara RM1 trilion palsu, tuduhan terpilih untuk parti UMNO yang palsu, kenderaan kempen pilihan raya PRK Cameron Highlands yang palsu, kenyataan palsu Mahathir bahawa PAS tidak menyokong BN-UMNO, kini terbangkit pula isu ‘air mata palsu’ menteri.

A A A A A A A AIRMATAPALSU 2
Salahuddin di majlis ‘tangisan’.

Dalam satu majlis, yang cuba mempromosi ‘hala tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani’ di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS), Salahuddin telah menangis di atas pentas yang disaksikan oleh puluhan hadirin.

Dalam majlis itu telah diadakan satu acara membaca surat ‘rakyat’ daripada golongan pesawah yang diserahkan secara terus oleh Ibas Hamud, 77 kepada Salahuddin di atas pentas.

Surat itu yang kandungannya merupakan luahan rasa dan rintihan golongan pesawah seperti Ibas, dibacakan secara langsung oleh Salahuddin di hadapan khalayak.

Menariknya pembacaan surat itu diiringi oleh bunyi seruling melankolik untuk menambahkan rasa sayu dan sedih atas penderitaan rakyat golongan bawahan seperti pesawah bernama Ibas, yang mungkin mewakili petani, peladang dan juga nelayan di seluruh negara.

Antara kandungan surat:

Bila YB jadi Menteri, YB potong subsidi baja kami. YB tahu tak kami ini susah?

YB sebagai Menteri Pertanian sepatutnya jaga kebajikan kami. Ini tidak, elaun sara hidup nelayan pun YB potong.

Sudahlah mereka ini tertindas. Bersabung nyawa tengah laut, tapi terpaksa jual murah.

Sedangkan dekat pasar harga ikan bukan main mahal. YB nampak tak semua ini?

YB, itu baru cerita padi dan ikan.

Untuk pengetahuan YB, petani lain pun ramai kecewa. Baik yang buat sawit, getah, semua gelisah harga jatuh.

Yang buat cili, yang buat kambing semua pening hasil tak laku. Sebab cili Vietnam dan daging import terlampau murah.

Kalau terus macam ini YB, baik YB tukar saja slogan “Pertanian suatu Perniagaan”, tukar jadi “Kita import sahaja hasil pertanian”.

Biar semua tahu, tiada untung buat pertanian.

Timbul beberapa persoalan daripada ‘ air mata opera Cina tersebut’:

  1. Tidak pernah ada dalam mana-mana Majlis Kerajaan upacara membaca surat aduan rakyat kerana surat adalah sesuatu yang terlalu peribadi. Apa yang sepatutnya didedahkan kepada rakyat dalam sesuatu majlis ialah langkah-langkah kerajaan untuk bertindak atas aduan rakyat. Dengan itu majlis membaca surat itu telah disusun dan direncanakan dengan iringan air mata sebagai satu psywar atau perang saraf, terutamanya menjelang PRK Semenyih dan kalahnya PH pada PRK Cameron Highlands. “Jika tidak boleh menyangkal kesalahan kita, maka kita mengaku salah sahajalah,” itulah dasar dan falsafah tangisan Salahuddin agaknya.
  2. Ibas Hamud sendiri bila ditanya, “Pak Cik tulis surat ini?” Dia menjawab “Tidak” dan kemudian “Ya”. Ini membuktikan bahawa Ibas sendiri tidak tahu menjawab, kerana surat yang ditulis dengan propaganda pemujukan politik itu terlalu ‘indah’ untuk ditulis oleh pesawah seperti Ibas, 77 tahun.
  3. Ketika Salahuddin membaca surat tersebut, ditayangkan montaj Ibas turun dari rumah yang jaraknya 140 km dari tapak majlis dengan menaiki motosikal, dan pelbagai lagi lakonan penyerahan surat aduan itu. Hal ini bermakna, acara membaca surat itu bukanlah sesuatu yang ‘spontan’ tetapi sesuatu yang telah dirancang dengan rapi. Pastinya Salahuddin juga sudah beberapa kali berlatih menangis di hadapan cermin di rumahnya untuk menyelaraskan lakonannya sebagaimana kehendak ‘tuan pengarah’. Setiap tangisan Salahuddin diiringi dengan tepukan ‘kegembiraan’ yang sepatutnya diiringi oleh rasa syahdu dan simpati khalayak dan bukannya tepukan. Jelaslah bahawa ‘air mata palsu’ digunakan untuk memperbodohkan rakyat dalam propaganda ini.
  4. Tangisan Sallahuddin tidak tulen, tutup muka dan kemudian sedia dipujuk oleh wanita di sebelahnya. Tangisannya kelihatan tidak tulen tetapi dangkal dengan gaya yang dibuat-buat. Ia lagi sekali menunjukkan bahawa tangisan itu hanyalah lakonan dan propaganda pemujukan politik untuk mempengaruhi rakyat melalui psikologi simpati dalam agenda psywar kerajaan PH.
  5. Surat tersebut “mengkritik” pihak kerajaan PH yang tidak prihatin terhadap golongan pesawah, petani nelayan dan rakyat miskin. Kenapakah Sallahuddin harus menangis dan rasa bersalah? Sepatutnya sebagai Menteri yang bertanggungjawab, dia semestinya mempertahankan tindakan kerajaan menghapuskan subsidi baja, bantuan sara hidup dan sebagainya. Jika sekiranya dia hendak menangis, banyak lagi penyelewengan kuasa kerajaan PH terhadap rakyat yang harus dia tangisi, bukan sahaja subsidi baja, tetapi pemansuhan klinik 1Malaysia, pemansuhan kedai 1Malaysia, BR1M yang kini dihadkan hanya kepada golongan tertentu, harga komoditi pertanian yang merudum jatuh, harga barang yang meningkat naik, subsidi kos haji yang dimansuhkan, 21,000 penjawat awam yang dibuang kerja, inflasi meningkat naik, pengangguran melonjak dan macam-macam lagi. Jika semua menteri PH menangis pasti banjir Putrajaya.
  6. Adakah bacaan surat yang diiringi tiupan seruling sayu dan melankolik untuk mendesak lagi rasa sedih dan sayu? Hal ini membuktikan bahawa acara bacaan surat tersebut sudah dirancang dan disusun (orchestrated). Apa tujuannya? Adakah untuk menunjukkan bahawa kerajaan prihatin atau kepura-puraan Menteri Asas Tani. Lakonan ini serupa dengan taktik Mahathir yang menjadi kaldai DAP berlakon dengan kanak-kanak sebelum PRU14 tempoh hari? Mahathir berjaya menipu rakyat, namun sampai bila rakyat akan termakan tipu sedemikian?
  7. Adakah penganjur majlis ini sebenarnya cuba sabotaj Salahuddin dengan acara membaca surat pesawah miskin yang datang 140km dengan menaiki morosikal buruk untuk bertemu menteri? Ia boleh ditanggapi sebagai satu sabotaj kerana ia memalukan menteri berkenaan di hadapan khalayak. Ia memalukan juga kerajaan kerana rakyat melihat melalui acara itu, kerajaan PH adalah zalim dan mengabaikan golongan miskin yang telah mengundi mereka dahulu. Apatah lagi Menteri Kewangan adalah cauvinis Cina, bangsa DAP yang suka melihat rakyat Melayu-Islam menderita dan terseksa dizalimi.

*End*

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: