MAHATHIR BINATANG POLITIK YANG GEMAR BERBOHONG

Istilah ‘haiwan politik’ atau ‘political animal’ adalah bidalan daripada Bahasa Inggeris yang ditafsirkan sebagai ‘seseorang yang amat komited dengan isu politik terutamanya mereka yang merupakan penggiat politik.’

Maksud bidalan tersebut nampaknya biasa sahaja, tanpa mahu menghina manusia-manusia ‘haiwan politik’ itu.

Orang kampung mungkin suka menggunakan istilah ‘binatang’ berbanding ‘haiwan’, maka mereka lebih selesa menggunakankan istilah ‘Mahathir binatang politik’ kerana komitmennya dalam isu politik.

A A A A A A ABINATANG 1

Namun apabila pembohongan, penipuan dan fitnah digunakan dengan wewenang dan melampau, maka istilah ‘haiwan politik’ atau ‘binatang politik’ boleh sahaja diterjemahkan sebagai manusia politik yang bersifat binatang.

Pada Jun tahun lalu Mahathir pernah menjemput Presiden UMNO, Datok Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke pejabatnya. Antara lain Mahathir meminta supaya Ahli Parlimen UMNO menyertai PPBM. Sebaliknya permintaan itu ditentang dengan tegasnya oleh DS Zahid.

Amat jelek apabila ekoran daripada pertemuan yang diminta oleh Mahathir itu, dia telah memfitnah Zahid dengan mengatakan bahawa Zahid datang untuk merayu simpati dan meminta nasihat pada Mahathir bagaimana menguruskan parti.

Fitnah Mahathir menjadi dan kini Zahid terpaksa berehat daripada menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO dan menyerahkan kepada Datok Mohamad Hassan, sebagai pemangku tugas Presiden UMNO.

Kali ini ‘binatang politik’ itu membuat fitnah lagi melalui modus operandi yang sama. Dia meminta Presiden PAS, DS Hadi Awang berbincang tentang isu royalti minyak untuk Terengganu. 

Kemudian lagi sekali dia berbohong dengan kenyataan bahawa DS Hadi mengaku PAS tidak akan menyokong UMNO pada PRK Semenyih.

A A A A A A ABINATANG 2

Mahathir juga mendakwa bahawa PAS hanya membantu BN di PRK Cameron Highlands sahaja kerana calon PH adalah daripada DAP sedangkan di PRK Semenyih, UMNO-BN sedang menentang PPBM, parti Mahathir.

A A A A A A ABINATANG 3

Bagaimanakah PAS akan bekerjasama dengan Mahathir, meskipun dalam hal agenda Islam, sedangkan DS Hadi melihat Mahathir telah menjadi kaldai DAP, apabila ketika ini negara di bawah PH disahkan dikendalikan oleh golongan anti-Islam?

“Setakat ini tiada apa-apa arahan daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya pimpinan dan jentera PAS menghentikan kerjasama dengan BN di PRK DUN Semenyih,” demikian jawapan diberikan Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari.

A A A A A A ABINATANG 4

Jelas sekali Mahathir berbohong apabila Ahmad Fadhli Shaari juga menegaskan bahawa Pemuda PAS sedang giat menyusun strategi bagi membantu kempen calon BN di PRK Semenyih yang akan diadakan 2 Mac depan dan tiada sebarang rancangan untuk menghentikan kerjasama UMNO-PAS.

Malahan rakyat tahu, bahawa kerjasama UMNO-PAS adalah untuk menjatuhkan Mahathir dan PH, yang kini sedang menjerut umat Melayu-Islam dengan pelbagai agenda dan tindakan mereka.

Dengan itu amat dangkal bagi Mahathir untuk menipu rakyat, bahawa PAS tidak akan membantu UMNO-BN di Semenyih.

A A A A A A ABINATANG 6

Terkini, blog MindaRakyat melaporkan, Presiden PAS Abdul Hadi Awang akan hadir di Semenyih untuk turut serta berkempen menyokong calon UMNO-BN Zakaria Hanafi, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman.

Katanya, presiden PAS itu dijangka berkempen di Bukit Mahkota.

Memperkukuhkan kerjasama UMNO-PAS, Ketua Bahagian UMNO Sungai Buloh Megat Firdaus Megat Junid berkata Hadi dijangka berkongsi pentas ceramah bersama Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan. 

Sudah terang lagi bersuluh, sebagaimana perang saraf yang digunakan ke atas Dr Zahid Hamidi, Mahathir juga telah menggunakan metode yang sama untuk membutakan dan mentulikan penyokong PAS serta para pengundi di Semenyih. Ia hanyalah taktik perang saraf Mahathir yang dangkal, tumpul dan memalukan. 

Inilah falsafah Machiavellian pegangan dan amalan Mahathir yang “menghalalkan apa jua cara untuk mencapai matlamat politik jahatnya.”

*End*

 

 

2 thoughts on “MAHATHIR BINATANG POLITIK YANG GEMAR BERBOHONG

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: