KADIR JASIN CUBA SOROKKAN REALITI

Semalam 12 Feb 2019, apabila tulisan Datok Kadir Jasin PM tak terlalu gembira prestasi kabinet PH” tersiar dalam Malaysiakini kami terasa ada sesuatu yang cuba dia sorokkan.

Sekian lama dalam tempoh 8 bulan rakyat sudah merasai penderitaan hidup akibat mempercayai dakyah PH, kini baru PM hendak bertindak menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi, atau sebenarnya PM diasak dan ditekan oleh hantu PRK Semenyih.

Walaupun Kadir dengan terang menjelaskan bahawa penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi mengandungi makna tersurat dan tersirat, tetapi Kadir gagal menonjolkan apakah yang tersirat dan membuak dalam pemikirannya sendiri tetapi disorokkan?

PM GEMBIRA

Pertamanya Kadir menggunakan headline “PM tak terlalu gembira.”

Meskipun “PM tidak terlalu gembira” maka makna berlapis yang tersurat ialah “PM tetap gembira” cuma “Tidak terlalu gembira.”

PM gembira kerana rakyat telah diperbodohkan, rakyat telah dibutakan dengan dakyah dan undang-undang rimba, dengan mahkamah dijadikan ‘homestay’ untuk DS Najib rehat dan tumpang teduh, dan esok lusa DS Najib didesak supaya datang lagi dan lagi. Tapi sampai bila mahkamah dan SPRM mahu menggembirakan PM?

PM gembira bahawa “manifesto bukan kitab suci” tetapi sebaliknya hanyalah kertas tisu jamban yang seharusnya dibuang ke dalam longkang sahaja.

PM gembira kerana golongan yang dikatakan sampah-sampah UMNO merayu diterima masuk ke dalam PPBM, sedangkan mereka diugut untuk dimalukan oleh mahkamah dan SPRM yang berada dalam kawalan PM.

PM gembira apabila nelayan, petani, peladang, pekebun, peneroka, miskin tegar bandar dan pesisir bandar, sedang menderita dengan kos sara hidup, bagi mewajarkan pandangan PM yang “Melayu malas”, “rakyat di bawah BN manja”, “rakyat hidup bertongkat” sedangkan selama ini kerja keras mereka hanya mengkayakan golongan cauvinis Cina yang menjadi orang tengah, lintah darat dan mengeksploitasi titik peluh mereka.

Malaskah orang Melayu jika pukul 4 pagi sudah keluar rumah menoreh? Malaskan nelayan yang kadangkala meredah juga gelombang tinggi musim tengkujuh kerana anak perlukan susu dan makanan?

Kita tak perlulah cakap tentang 21,000 penjawat awam yang dibuang kerja seelok-elok PH berkuasa.

Malah Guan Eng dan Kulasegaran amat gembira apabila penjawat awam ini semua adalah kaum Melayu-Islam.

Bagaimana mereka akan melalui hidup selepas ini sekiranya suami-isteri dibuang kerja?

‘PM sebenarnya gembira’! PM gembira melihat Peguam Negara, Hakim Negara gembira menari-mari atas pentas bagaikan keling mabuk todi. Semua gembira.

Image result for hakim negara dan peguam negara menari atas pentas
Tommy Thomas sedang menari gembira -Dipetik dari KiniTV

PM gembira sehingga masih boleh mengutuk menghina mantan PM dalam setiap ucapannya untuk mewajarkan pembohongan sebelum PRU14 dulu.

PM gembira dapat pergi ke luar negara menghentam Israel di hadapan kaum Yahudi sendiri, untuk mengelabukan mata rakyat bahawa dia adalah pemimpin Islam yang amat hebat menentang zionisme.  Sedangkan di negara sendiri dia membiarkan kafirun bermaharajalela menjerut leher muslimin dan sedang galak memperjuangkan gejala murtad, bukan sahaja dari aspek tindakan tetapi juga undang-undang.

Dia gembira apabila Teresa Kok terang-terang membuat kenyataan menolak Islam sebagai agama Persekutuan, dan tiada tindakan undang-undang diambil kerana kenyataannya yang mencabul Perlembagaan Persekutuan!

PM TIDAK TERLALU GEMBIRA

Cuma PM “tidak terlalu gembira” kerana rakyat sudah mula bangun dari mimpi indah, rakyat sudah mula sedar bahawa PRU14 adalah satu penipuan dan pembohongan, rakyat mula sedar bahawa Malaysia tidak memerlukan pemimpin tua yang menjadi kaldai DAP.

Rakyat dah sedar bahawa GST 6% lebih baik daripada SST 16%. Rakyat dah mula sedar 1MDB hanyalah satu bahan ‘sindrom bawah sedar dalam perang saraf PH’ yang kini rakyat berikan makna ‘Pakatan Hancing’. Rakyat dah mula sedar bahawa SST lebih mencekik leher daripada GST kerana harga barang terus juga naik, ekonomi terus merudum.

Rakyat mula sedar apabila DS Najib paparkan ”Dua Puluh Fakta Ekonomi Negara Kukuh Di Bawah BN” untuk menolak dakyah dan pembohongan PH dalam agenda PM untuk merompak negara secara halus.

Perompakkah dia? Atau sebenarnya perompak lanun dan penyangak tulen masih memimpin Malaysia sekarang?

Rakyat mula sedar bahawa Jho Low adalah opera Cina mainan PM yang dijadikan kambing hitam untuk memusnahkan nama baik DS Najib. Begitulah juga 1MDB dan GST.

PM ‘Tidak Terlalu Gembira’ apabila himpunan 812 Bantah ICERD telah disertai oleh 1.9 juta rakyat Melayu Islam. Ia adalah satu amaran tsunami kepada Mahathir sebelum dia mati, bahawa rakyat tidak akan lupakan ‘jasanya’ selama 22 tahun dia memegang kuasa dan ditambah lagi dengan kebodohan rakyat memilih dia sebagai PM lagi sekali.

PM ‘Tidak Terlalu Gembira’ apabila DAP-PH kalah di PRK Cameron Highlands, sedangkan DS Azmin Ali mengatakan bahawa rakyat ‘Cameron Highlands boleh diperbodohkan BN’ tetapi tidak di Semenyih.

A A A AKADIR 1
DS Najib disambut hebat di Semenyih: Dipetik dari Blog AbuLeman

PM ‘Tidak Terlalu Gembira’ apabila popularitinya berbanding DS Najib dalam bancian dalam talian sudah amat merosot. PM ‘Tidak Terlalu Gembira’ apabila dia tidak lagi dipedulikan rakyat semasa berhenti makan di sebuah restoran rakyat marhaen.

APA GUNA ADANYA ‘MAJLIS PENASIHAT KERAJAAN?’

Apa gunanya ‘Council of Eminent Persons’ yang diterjemahkan sebagai ‘Majlis Penasihat Kerajaan’ walaupun makna literalnya ialah ‘Majlis Orang-Orang Penting’ kepada PM?

Gagalkah majlis ini berfungsi yang telah menyebabkan PM “Tidak Terlalu Gembira?”

A A A AKADIR 2
Ahli-ahli CEP

Mereka ini, jadi ‘Tugu Hiasan’ PM sahajakah? Apakah nasihat yang telah mereka sumbangkan kepada PM? Atau sebenarnya dan sememangnya PM tertua di dunia itu tidak pernah mahu menerima nasihat?

Sekiranya PM ‘Tidak Terlalu Gembira’ dengan kabinetnya, mengapa pula ahli-ahli kabinet yang merupakan punca utama kepada kerosakan ekonomi semasa negara, masih terlantik dalam ‘Majlis Tindakan Ekonomi’ (MTE) itu?

Malah Menhan yang kini dilihat rakyat sebagai Menhan Terbodoh Di Duniamasih menjadi sandaran PM untuk menyumbang dalam Majlis Tindakan Ekonomi? Malahan seorang ‘kerani akaun’ juga masih dilantik menjadi ahli MTE?

KADIR TIDAK PUAS HATI

Anehnya Kadir, dan Tun Daim tidak pula terlantik dalam MTE, sedangkan Kadir adalah penganalisis ekonomi yang hebat suatu ketika dahulu, dan Daim adalah kroni ekonomi PM.

Adakah itu yang sebenarnya menjadi kemelut dalaman Kadir sendiri sehinggakan berani dia keluarkan kenyataan ‘Ubah kerajaan jika harapan tak dipenuhi?’

‘Jika harapan tak dipenuhi?’ Harapan siapa? Harapan rakyat atau harapan Kadir?

‘Harapan rakyat’ sudah lama PM buang ke longkang sebab itu segala kemelut ini berlaku.

Jadi kenapa pula nama Tun Daim tiada dalam MTE? Kenapa nama Kadir juga tiada?.

Tun Daim juga pernah mengeluarkan kenyataan supaya tukar kerajaan jika gagal merealisasikan manifesto.

A A A AKADIR 3
Kenyataan Tun Daim ‘supaya tukar kerajaan” -Dipetik dari Sinar

Timbul juga persoalan kenapa nama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri juga tiada dalam MTE? Inikah orang-orang yang menjadikan kabinet Mahathir tempang?

Atau sebenar-benarnya Wan Azizah, Muhyiddin Yassin dan Anwar Ibrahim kini berada dalam kem yang berbeza?

Nampaknya benarlah kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong bahawa kerajaan tidak terikat untuk mengambil semua pandangan CEP.

Katanya dalam sidang parlimen, “Soal akauntabiliti tak wujud kerana mereka (CEP) hanya penasihat dan tidak terikat dengan apa-apa perundangan. Tak semestinya kerajaan kena ambil pandangan mereka. Isu akauntabiliti terletak pada kerajaan dan Jemaah Menteri. Jadi laporan mereka yang diberi kepada kerajaan tidak perlu mengikat kerajaan.” 

Jelaslah bahawa PM sejak mula lagi tidak gembira bukan ‘Tidak Terlalu Gembira’ dengan kerajaan PH. Sebab itulah dia menubuhkan CEP, tapi malangnya CEP tiada akauntabiliti dari aspek perundang-undangan.

Apakah ada akauntabiliti pada penasihat seperti Kadir dan Daim!

Kini PM tua terpaksa menubuhkan pula Majlis Tindakan Ekonomi, seakan-akan satu ‘dejavu’ semasa kegawatan ekonomi 1998.

Maknanya Malaysia lagi sekali sedang menghadapi kegawatan ekonomi!

*End*

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: