GUAN ENG BUKAN AKAUNTAN?

Pendedahan yang dibuat oleh Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong hari ini (11 Feb) tentang latar kelayakan Lim Guan Eng sebagai akauntan bertauliah dalam ‘The Third Force’, disokong oleh data dan fakta yang tinggi kredibilitinya.

Sebagaimana biasa melalui setpolnya, dengan pantas  Tony Pua, telah mengeluarkan ugutan kepada sesiapa sahaja untuk diheret ke mahkamah kerana mempersoalkan taraf Guan Eng sebagai ‘qualified professional accountant,’ sebagaimana yang dilaporkan oleh Sun Daily. Mungkin Tony Pua tidak faham dan tidak tahu apa makna ‘qualified accountant’, malahan dia tidak tahu apa dia akauntan.

A A AGUANENG 5A

Sebagai negara yang kini diterajui oleh kepimpinan PH yang sering melaungkan imej ‘Malaysia Baru’ dan lebih jauh demokratik, kenapakah persoalan yang dibangkitkan tentang latar kelayakan Menteri Kewangan itu hendak disekat?

Adakah Guan Eng atau Tony Pua mahu menonjolkan sikap autokratik atau diktator meskipun hanya baru memegang jawatan ‘Menteri Kewangan’ dan belum pun lagi Perdana Menteri?

Itupun keadaan ekonomi negara sudah pun lintang-pukang sebagaimana yang dilihat oleh rakyat.

Baca sahaja hujah-hujah DS Najib yang amat jitu disokong oleh dokumen fakta dan data tentang “20 Fakta Ekonomi Negara Kukuh di Bawah BN: Jangan Mudah Dirasuk Syaitan seperti Chef Wan.”

Jelas sekali Guan Eng gagal menguruskan kewangan dan ekonomi negara dengan baik.

Bukan itu sahaja, dalam kerajaan Malaysia Baru PH ini juga terlihat tiada kata sepakat dalam hal menguruskan negara. Menteri Ekonomi, DS Azmin kata lain, Menteri Kewangan kata lain, Mahathir pula akan kata “Saya tak tahu.”

Segerabak dengan Guan Eng, beberapa lagi menteri dan orang kuat PH yang kini menjadi polemik dalam media apabila cuba menipu tentang latar akademik masing-masing.

Dalam senarai latar akademik 10 Menteri Pertahanan Asia di rantau ini, Mat Sabu adalah yang tercorot, malah ada yang mengatakan bahawa itulah Menteri Pertahanan paling ‘bodoh’ di dunia. Kalau ditanya pada Mahathir, lagi sekali dia akan jawab “Saya tak tahu.”

Jelaslah bahawa PH memandang enteng tentang pengurusan pertahanan negara mahupun ekonomi.

Tony Pua tidak mahu menjawab soalan pemberita berkenaan kelayakan Guan Eng kononnya bimbang jika ia dijadikan bahan perbicaraan di mahkamah, namun dia sempat membangkitkan isu MCA menerima wang 1MDB daripada DS Najib.

Inilah sifat ular yang membelit-belit apabila tiada taring hendak mematuk, sedangkan rakyat sudah bosan dengan taktik perang saraf PH yang menjadikan 1MDB sebagai senjata karat untuk mempertahankan diri.

Dalam pembelaan Tony Pua ke atas ‘tok kong’-nya, Lim Guan Eng didakwa mempunyai sijil keahlian dalam Persatuan Akauntan Australia, sedangkan sijil itu tidak membawa apa-apa makna kerana ia hanyalah ‘sijil ahli sementara’  (provisional member) yang tidak boleh dijadikan bukti dokumen bahawa Guan Eng adalah ‘akauntan bertauliah’.

A A AGUANENG1

‘Provisional member’ hanyalah syarat sebelum seseorang itu layak untuk mengikuti modul pengajian dan seterusnya peperiksaan. Meskipun telah menduduki peperiksaan, proses mentauliahkan seseorang itu sebagai ‘akauntan bertauliah’ masih lagi jauh dan amat rumit!

Tapi Guan Eng tidak berterus-terang bahawa dia adalah calon yang gagal di tengah jalan. Mungkin sama dengan Mat Sabu yang dibuang dari ITM dalam program diploma kulinari kerana gagal.

Bahkan Lim Guan Eng sendiri dalam satu forum pada bulan Mac 2012 mengakui bahawa beliau gagal menjadi akauntan dan menghabiskan masa kurang seminggu di sebuah firma akauntan di Malaysia sebelum dipecat, sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini. 

A A AGUANENG 2

Selain itu Guan Eng atau kadamnya Tony Pua tidak ada apa-apa bahan untuk dikemukakan kepada media untuk membuktikan bahawa dia adalah akauntan bertauliah.

Malah, semakan atas talian di Institut Akauntan Malaysia (MIA) juga turut gagal menemui nama Guan Eng sebagai ahli.

A A AGUANENG 5

Di Malaysia, anda bukanlah seorang akauntan melainkan menjadi ahli MIA. Di bawah Akta Akauntan 1967 Seksyen 25(e), adalah menjadi satu kesalahan terhadap mana-mana individu atau organisasi mengakui diri mereka sebagai akauntan kecuali mereka berdaftar dengan MIA.

A A AGUANENG 6

Hukuman bagi kesalahan itu ialah denda RM10,000 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya.

Lucunya dan betapa hipokritnya apabila laman web DAP sendiri yang telah memperakui Guan Eng sebagai “akauntan bertauliah”.

A A AGUANENG 4

Pada 11 Jun 2018, Guan Eng sendiri pernah berkata kepada media bahawa beliau adalah seorang akauntan.

Sebagaimana yang telah dihujahkan tadi, kenyataan DS Najib tentang “20 Fakta Ekonomi Negara Kukuh di Bawah BN: Jangan Mudah Dirasuk Syaitan seperti Chef Wan,” begitulah juga matlamat Datuk Dr Wee Ka Siong yang amat prihatin terhadap kelembapan ekonomi negara yang amat signifikan dikaitkan dengan tadbir urus manusia bebal dan tidak berkelayakan.

Apa pandangan Perdana Menteri tertua dunia yang pernah ditanggapi oleh seorang sultan sebagai ‘nyanyuk’? Pastinya dia akan kata “Saya tak tahu.”

*End*

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: