Jho low nampaknya telah dipopularkan di seluruh dunia oleh Mahathir dan media yang diupahnya. Dia seakan-akan lebih popular daripada pelakon Hollywood, Tom Cruise, Vin Diesel atau Jet Li.
Jho Low terpaksa diangkat supaya rakyat jelata diasak dengan mesej bawah arus sedar “rasuah, 1MDB, GST, perompak, lanun” yang akhirnya terkait dengan DS Najib sebagai kleptokrat atau ‘pemimpin yang merompak’.
Perompakkah DS Najib?
Hari ini pula (8 Feb 2019), DS Najib telah membentangkan 20 fakta bahawa sebelum PRU14, BN telah berjaya mengangkat ekonomi negara ke tahap yang amat membanggakan, dan meletakkan Malaysia dalam senarai ekonomi terbaik dunia.
Malangnya kerajaan PH pimpinan Mahathir telah merosakkan segalanya.
Adakah rakyat buta dan tuli bahawa Perdana Menteri Ke-4 Malaysia adalah ‘Bapak segala Perompak’ (sila rujuk Mat Sabu) dan ‘The Greatest Liar, Malaysia has ever seen’ (sila rujuk The Third Force). Malah George Soros pernah mendakwa bahawa Perdana Menteri Ke-4 adalah ‘Corrupt Moron’.
Dalam satu forum NGO, bekas Editor Malaysiakini, Fathi Asri Omar berkata, kemusnahan negara yang ditentang oleh gerakan Reformasi 1998 telah disebabkan oleh Mahathir semasa dia memegang kuasa selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.
Lucunya kini dia cuba alihkan kutukan kleptokrasi ke atas dirinya kepada DS Najib.
Mesej di bawah arus sedar “rasuah, 1MDB, GST, perompak, lanun” yang akhirnya terkait dengan DS Najib, terpaksa dimainkan oleh Mahathir dan konco-konconya kerana kesan psikologinya amat mujarab. Sangatlah mujarab sehingga rakyat taksub dan terasuk untuk memenangkan parti ‘Pee H’ pada PRU14 tempoh hari.
Tapi anehnya Jho Low yang dicari-cari, malah kononnya dengan bantuan polis antarabangsa untuk diekstradisi, tidak berjaya ditemui sehingga ke hari ini.
Sekiranya Saddam Hussein pun boleh ditemui, Osama Laden pun boleh dikesan meskipun bersembunyi dalam lubang tikus di tengah-tengah belantara Himalaya atau belantara Amazon, mahupun di tengah-tengah padang pasir Sahara, masakan pula Jho yang tembam, buncit, cerah tidak dapat pula ditemui.
Kemudian tersiarlah dalam permainan media Mahathir, bahawa walaupun passport Jho Low telah dibatalkan oleh beberapa negara, Jho Low masih tidak ditemui. Hebatnya kaki fitnah tersebut, lebih hebat 100 kali ganda daripada Rafizi Ramli.
Apabila DS Hishamuddin Tun Hussein memberi tawaran untuk menjejaki Jho Low, kelam kabut konco-konco Mahathir menolak. Katanya, mereka tidak perlukan bantuan Hishamuddin, kerana PH boleh cari sendiri, cuma PH, belum jumpa.
Atau sebenarnya ada agenda tersembunyi PH, sedangkan Hishamuddin adalah bekas Menteri Pertahanan negara yang mempunyai ramai rangkaian jaringan luar negara untuk membantu mencari Jho Low. Hishamuddin tidak seperti Menteri Pertahanan yang bengap yang ada hari ini.
Bagi Mahathir watak Jho Low mesti dibawa sehingga PRU15, supaya rakyat ‘uneducated’ (seperti yang didakwa Mahathir) akan terus tertipu, taksub dan terasuk dengan mesej subliminal “rasuah, 1MDB, GST, perompak, lanun.”
Fikiran rakyat akan terpesong dan lupa dengan rompakan licik Mahathir dalam skandal Maminco, Forex-BNM, BMF, bailout syarikat perkapalan anak menggunakan dana Petronas, mewajibkan MAS menggunakan minyak dari Petron, skandal Perwaja Steel, pembunuhan di Memali, Operasi Lalang, Pemberontakan Reformasi menentang diktator, Lebuhraya untuk Kroni, Skandal TNB, skandal tanah kroni Menara Kembar dan banyak lagi.
Kemudian kita lihat pula isu kapal Equanimity yang disita oleh kerajaan Indonesia, namun tiada bukti bahawa pemiliknya, Jho Low, disabitkan dengan kesalahan pengubahan wang haram 1MDB.
Hakim Ratmoho telah merumuskan bahawa tiada apa-apa keputusan mahkamah yang mensabitkan pemilik kapal Equanimity dengan sebarang jenayah. Dengan itu juga mahkamah tiada hak menyita kapal tersebut.
Profesor Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Noor Aziah Mohd Awal, mengatakan bahawa masyarakat dan pemimpin kena faham, sekiranya kapal itu dibeli menggunakan wang 1MDB, maka sepatutnya 1MDB yang menuntutnya.
Sebaliknya kapal mewah Equanimity yang dikatakan bernilai RM1 bilion bukan milik Malaysia atau 1MDB. Jho Low tiada urusan dgn 1MDB dan 1MDB tidak kehilangan apa-apa. Malahan KPN pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB.
Sekiranya terdapat sebarang urusan antara pihak lain dengan rakan niaga 1MDB di luar negara mengapa pula ia dikaitkan dengan 1MDB, sedangkan ia di luar bidang kuasa undang-undang Malaysia.
Persoalan lain yang terbangkit ialah adakah penyitaan Equanimity sekadar pakatan di antara Presiden Jokowi dan Tun Dr Mahathir?
Undang-undang antarabangsa manakah yang membenarkan pencabulan hak ke atas Equanimity melalui penyitaannya di Malaysia?
Apakah terdapat arahan mahkamah antarabangsa yang membenarkan kerajaan Malaysia menyita Equanimity?
Jika tidak ada, maka jelaslah bahawa Mahathir telah merompak kapal mewah itu dan dilabuhkan secara wewenang di Langkawi, kawasan Parlimennya.
Malahan pada Ogos lalu, Jho Low menyifatkan tindakan Mahathir mahu menjual kapal layar mewah Equanimity itu sebagai percubaannya menutup masalah yang timbul selepas merampas kapal berharga RM1 bilion itu.
Apabila kapal Equanimity telah dilabuhkan di Langkawi, atas alasan penyitaan, tergopoh-gopah Mahathir dan konco-konconya datang menaikinya seakan-akan ia merupakan kapal yang amat dirindui oleh Mahathir.
Mengapakah sekiranya ia telah disita tetapi boleh pula dinaiki oleh pihak yang tiada kena-mengena, seakan-akan ia kapal pelancongan yang boleh dinaiki oleh sesiapa sahaja?
Atau hakikatnya Equanimity adalah milik Mahathir tanpa diketahui rakyat, atau Equanimity adalah sebahagian daripada skandal baru Mahathir yang bersekongkol dengan Jho Low untuk menjatuhkan DS Najib?
Setelah tersebar pada pengetahuan rakyat dan orang ramai, tegocoh-gocoh pula Equanimity disembunyikan di Pangkalan TLDM Langkawi.
Patutlah The Third Force menjenamakan Mahathir sebagai ‘The Greatest Liar Malaysia has ever seen,’ dan rakan karib judi Forex Mahathir, George Soros menggelarnya sebagai ‘Corrupt moron.’
*End*
Tinggalkan Jawapan