PH MUSNAHKAN EKONOMI NEGARA

Pada laporan tahunan bagi tahun berakhir 2018, analisis Nikkei menunjukkan ekonomi Malaysia adalah yang paling teruk berbanding 15 buah negara Asia yang lain.

Anehnya tiada satu pun akhbar arus perdana yang menjadi kaldai kerajaan PH berani melaporkan keadaan ekonomi yang meruncing itu serta kesan buruknya ke atas rakyat jelata.

A A A A A A A A A A A A AEKONOMIROSAK 2

Pada hujung tahun 2017 semasa pentadbiran Barisan Nasional, Bank Dunia telah meramalkan ekonomi Malaysia adalah kedua terbaik di Asia selepas China dengan pertumbuhan hampir 6%.

Malangnya pada Oktober 2018 ia merosot kepada 4.9% dan pola sedemikian terus-terusan menjunam.

Ekonomi negara menjadi parah apabila perdagangan luar negara Malaysia yang sebagaimana dilaporkan oleh Bank Negara pada Ogos 2018 juga digambarkan sebagai berada dalam keadaan yang amat parah.

Keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila Menteri Kewangan Lim Guan Eng tidak putus-putus memburukkan negara dengan tuduhan tidak berasas “negara akan bangkrap, hutang RM1 trilion,” dan macam-macam lagi, sehingga menakutkan pelabur asing.

Nikkei melaporkan lebihan dagangan Malaysia juga merosot teruk, dengan pola kejatuhan 5% setiap bulan sedangkan import meningkat. Keadaan ini tidak membawa apa-apa kebaikan kepada Malaysia dalam keadaan kuasa membeli rakyat sedang parah.

Pada Disember lalu, lebihan dagangan negara telah merosot kepada RM10 bilion sejak Jun 2018.

Apabila harga minyak mentah jatuh, defisit Malaysia juga turut merudum seiring dengan kemerosotan ekonomi pada kadar terburuk berbanding 20 tahun kebelakangan.

Antara yang menjadi penanda ialah kejatuhan nilai saham TH Plantations. Sebelum PRU14 ia diniagakan  dengan nilai RM1.68, tetapi jatuh merudum kepada RM0.52 sen di bawah pentadbiran kerajaan PH.

Begitu juga dengan harga komoditi asas seperti kelapa sawit sebelum PRU14, Minyak Sawit Mentah didagangkan RM2,850 satu tan tetapi terkini ia menjadi RM200 ke RM300 setan sahaja. Kesengsaraan amat dirasai oleh peneroka dan pekebun kecil.

Inilah akibat sikap dan ego Mahathir yang telah membangkitkan kebencian negara pengeksport sawit negara.

Keadaan ekonomi yang parah itu ditambah lagi dengan kemerosotan rizab wang asing Bank Negara Malaysia kepada USD1.3 bilion atau kira-kira RM5.3 bilion, satu pola kejatuhan Ringgit yang berterusan.

Pola sedemikian menunjukkan dan mengesahkan bahawa aliran keluar wang asing daripada pelabur berterusan sejak selepas PRU14.

A A A A A A A A A A A A AEKONOMIROSAK 5

Semua janji kerajaan PH gagal ditunaikan kecuali pemansuhan GST.

Rakyat menyokong pemansuhan GST dan digantikan dengan SST kerana dikatakan akan menurunkan harga barang harian dan membantu meringankan kos sara hidup.

Malangnya segala jangkaan itu tidak berlaku, sebaliknya harga barang terus meningkat dan kos sara hidup juga naik.

Para peniaga dan peruncit juga terus melonjakkan harga barang kerana terpaksa melayani cukai jualan SST 10%.

Malahan SST juga menjadi punca kepada tekanan pendapatan negara yang jatuh merudum.

Semasa lawatannya ke China, Amerika Syarikat dan United Kingdom, Mahathir telah membangkitkan kemarahan negara-negara maju sebagai pembuli negara miskin.

Seiring dengan sikap suka berbalah Mahathir, dan keengganan menerima dasar CPTPP atau Perjanjian Progresif dan Menyeluruh Transpasifik dalam hal perdagangan bebas, Malaysia akan memulaukan dirinya daripada ekonomi dunia sebaliknya memusnahkan ekonominya sendiri.

Keengganan Malaysia menurut serta dalam CPTPP akan menyebabkan ekonomi Malaysia ketinggalan jauh lebih rendah daripada Vietnam.

Malahan Mahathir terus mewujudkan perbalahan dan permusuhan dengan negara-negara maju seperti China, Singapura, Amerika Syarikat, Israel, Arab Saudi dan Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Jepun secara sendirian tidak akan mampu membantu Malaysia meskipun melalui projek kereta Nasional ke-3 yang menjadi kegilaan Mahathir.

Apakah Malaysia lebih bersedia menghadapi kemusnahan ekonomi dan memulaukan diri daripada perdagangan dunia untuk beberapa tahun ke hadapan ini dan bangga dengan sikap Mahathir yang berani berbalah dan menuduh negara-negara maju sebagai pembuli?

Mahathir amat ego, angkuh dan hipokrit untuk mengutuk Israel sebagai negara pengganas yang memusuhi Islam, sedangkan dia lupa bahawa DAP sedang memusnahkan dan menghancurkan hak umat Islam di negaranya sendiri.

Malahan Mahathir sendiri mengaku bahawa dia adalah boneka DAP, parti cauvinis Cina yang anti-Melayu, anti-Islam, anti Raja-Raja Melayu.

Apakah rakyat masih mahu menunggu sehingga ekonomi negara dan hak umat Islam di negara ini lupus baharu hendak bertindak.

Orang Cina di Malaysia sendiri sudah mula mempersoalkan kerosakan ekonomi negara di tangan Mahathir dan Menteri Kewangannya, serta menteri-menteri lain yang  tidak efisien.

Malahan Ahli Majlis Penasihat Negara, Tun Daim Zainuddin sendiri sudahpun mengkritik kebodohan Guan Eng dalam mengendalikan ekonomi negara.

*End*

Komentar ditutup.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: