Video dimuat turun daripada YouTube
Bekas Pengerusi Bersih Datok Ambiga menasihatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) supaya mencontohi usaha bekas Perdana Menteri DS Najib yang kerap bertemu rakyat untuk mendekati mereka, mendengar keluhan dan memahami masalah mereka.
Pada PRK Cameron Highlands, DS Najib juga dilihat kerap bertemu pemimpin akar umbi bagi membantu BN dalam kempen membantu calon UMNO, Ramli Mohd Nor.
Kini walaupun PRK Cameron Highlands telah selesai, DS Najib tetap meneruskan usaha beliau menziarahi rakyat, sehingga ada sesetengahnya cemburu atas usaha yang sedemikian.
Tuduhan dan fitnah yang mengatakan DS Najib ditolak rakyat kerana tuduhan melampau atas kes 1MDB, GST, ‘rompakan’ dan baru-baru ini dituduh pula sebagai pengganas yang menyamai Israel oleh Mahathir, nampaknya tidak berkesan untuk rakyat menolak DS Najib.
Sebaliknya rakyat kian membenci Mahathir dan pemimpin PH dan tohmahan yang mereka lontarkan kepada DS Najib.
Malahan undian dalam FB yang dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mendapati populariti dan kredibiliti Mahathir berbanding DS Najib adalah jauh lebih meleset dengan 17% netizen mengangkat Mahathir dan 83% netizen lebih menyokong DS Najib.
Pemimpin PH terutamanya Mahathir harus sedar bahawa rakyat tidak lagi menerimanya.
Di United Kingdom, Perdana Menteri tidak akan berkempen untuk mana-mana PRK (By-Election) kerana jika parti Perdana Menteri kalah dalam PRK maka ia bermakna keputusan berkenaan adalah mewakili penolakan rakyat terhadap Perdana Menteri, lantas undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri menjadi wajar atau relevan.
Keputusan PRK Cameron Highlands dengan penglibatan Perdana Menteri tertua Dunia itu seharusnya menggerakkan rakyat dan Parlimen untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap Mahathir.
Mutakhir ini, masyarakat teruja dan memberikan sambutan hangat kepada program DS Najib bersantai bersama rakyat dengan tema ‘Malu Apa Bossku.’
Anehnya semasa PRU14, PH sering mencanangkan bahawa kalau Najib turun nilai Ringgit akan naik, sebaliknya apabila Najib turun nilai ringgit juga merudum turun.
Bukan sahaja ringgit menjunam turun kepada angka terendah berbanding nilai sepanjang 10 tahun lalu, malah ekonomi juga merosot teruk dengan harga komoditi getah dan kelapa sawit yang menjunam.
Fenomena ekonomi ini bukanlah berlaku atas faktor Najib, tetapi adalah kerana kelemahan Mahathir dan konco-konco PHnya yang rakus ‘merompak’ kekayaan negara dengan tabiat nepotisme dan kronisme Mahathir, serta strategi lemah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang lewah menyalahkan kerajaan BN terdahulu, tetapi buta terhadap kegagalannya untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.
Malah sudah ada kalangan rakyat yang melabelkan kepimpinan Mahathir-PH sebagai ‘kerajaan kikistorasi.’
*End*
Tinggalkan Jawapan