MAHATHIR YAKIN BERSATU AKAN MENANG DI PRK DUN SEMENYIH

a a a a a a a a a a asemenyih 3

Amat menarik apabila Tun Mahathir (Perdana Menteri) yakin bahawa calon Bersatu (PPBM) akan menang di PRK DUN Semenyih.

Saya rasa sokongan orang Melayu di Semenyih masih kuat tapi kena ingat terdapat dua parti melawan jadi Melayu pun boleh berpecah.

“Sudah tentu ia akan memberi kesan terhadap satu parti tapi yakin dengan penilaian bahawa kami mempunyai peluang untuk menang,” katanya dalam satu sidang akhbar di Selangor.

Nampaknya kenyataan Mahathir dibuat atas paksi bahawa “Dia mudah lupa.”

Mahathir lupa bahawa undian dalam talian yang dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, untuk membandingkan populariti Mahathir dan DS Najib telah mendapati bahawa Mahathir cuma meraih 17 % undi daripada 29,300 pengundi, berbanding Najib yang mendapat 83 % undian.

Satu lagi undian dalam talian yang dibuat oleh anaknya YB Mukhriz tentang sokongan terhadap perhimpunan ‘Bantah ICERD’ mendapati bahawa 84% netizen bersetuju dengan perhimpunan itu manakala hanya 16% menolaknya.

Mungkin dapatan daripada kedua-dua ‘undian dalam talian’ itu tidak wajar digunakan untuk menilai populariti Mahathir dan sokongan rakyat terhadap Bersatu, namun Mahathir tidak boleh menafikan bahawa dapatan itu adalah satu proksi kepada minda rakyat terhadap parti Bersatu, kepimpinannya dan juga penerimaan rakyat terhadap kerajaan PH yang dipimpin oleh Mahathir.

Mahathir lupa bahawa dia juga yang telah membuat perakuan yang DAP adalah parti yang amat dominan (berkuasa) dalam PH kerana DAPlah yang telah melantiknya sebagai Perdana Menteri dan DAP juga yang berkuasa memutuskan pelantikan kepimpinan dalam kerajaan PH. 

Dengan kata-kata lain, mengundi Bersatu samalah ertinya bagi rakyat mengundi DAP!

Kita tidak hairan jika ada pendapat yang mengatakan bahawa alasan DAP dominan dalam PH adalah salah kerana PKR yang mempunyai majoriti jumlah parlimen dalam komponen PH.

Namun pendapat sedemikian meleset kerana dalam PKR, ahli parlimen bukan Melayu juga besar yang menyebabkan suara Melayu dalam kerajaan PH mahupun PKR menjadi lemah.

Sekiranya parti Bersatu atau PPBM mempunyai kecenderungan dan iltizam yang tinggi untuk membela masyarakat Melayu-Pribumi, kenapakah dalam PRK Cameron Highlands, Mahathir dan Bersatu menolak calon kaum Pribumi-Melayu, sebaliknya menyokong calon DAP?

Jawapannya mudah sahaja, Mahathir adalah hipokrit, dan parti Bersatu adalah parti hipokrit dan pemimpin Melayu dalam PH juga hipokrit. 

a a a a a a a a a a asemenyih 2

Memang benar juga apa yang tersurat dalam keputusan PRU14 , menunjukkan bahawa BN dengan sokongan PAS tidak boleh menang kerana jumlah undi kedua-dua parti itu masih gagal untuk menang berbanding dengan sokongan undi kepada calon Bersatu.

a a a a a a a a a a asemenyih 1

Berdasarkan keputusan PRU14 bagi DUN Semenyih jumlah undi BN dicampurkan dengan undi PAS hanyalah 21,430 sedang jumlah undi untuk calon Bersatu adalah 23,428.

Namun lagi sekali Mahathir lupa bahawa ahli berdaftar UMNO adalah berjumlah 3,644,295  atau 3.64 juta dengan 21,851 cawangan di seluruh negara sedangkan jumlah berdaftar ahli Bersatu kurang dari 100,000 di Semenanjung Malaysia.

Begitupun apabila Mukhriz Mahathir ditanya oleh Malaysian Insight, beliau malu untuk menyatakan jumlah sebenar ahli berdaftar PPBM sebaliknya memberikan analogi bahawa jumlah ahli berdaftar PPBM cukup berdasarkan sambutan memberangsangkan kerana setiap kali memakai baju ‘Merah PPBM’ akan ada yang memuji. 

Mahathir harus ingat bahawa jumlah undi pada keputusan PRU14 bagi DUN Semenyih tidak boleh dijadikan kayu ukur, kerana rakyat ketika itu termakan fitnah dan pembohongan serta janji-janji bulan-bintang PH.

Kini rakyat sudah sedar.

Tidak perlulah mengadakan undian dan bancian pandangan rakyat, lihat sahaja Perhimpunan 812 yang jelas memberi ‘signal’ atau amaran kepada Mahathir dengan jumlah perhimpunan mencecah 1.9 juta, terbesar dalam sejarah Malaysia sejak ‘merdeka’.

Walaupun dalam Perhimpunan 812 yang tersurat ialah menentang ratifikasi ICERD,  namun yang tersurat ialah kebencian rakyat terhadap kerajaan PH, juga terhadap Mahathir.

Tidak perlu dipanjanglebarkan senarai kegenjotan dan kelemahan PH khususnya para menterinya yang tidak sekata dan sepakat, kronisme, nepotisme, rasisme, rasuah yang jelas di PRK Cameron Highlands, kegagalan mengendalikan ekonomi negara yang merudum, apatah lagi dalam hal PH mempertahankan martabat Melayu, agama Islam dan Raja-Raja Melayu.

Kita harap rakyat di Semenyih tidak diperbodohkan.

*End*

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: